PTT Outdoor

09 May, 2009

Futsal SUPES 2009

- Hari ni bermula Sukan Tahunan tempat kerja aku... Dijalankan setiap minggu selama 3 minggu berturut-turut. Kakitangan seramai lebih kurang 500 orang dibahagikan kepada 4 pasukan. Ada pasukan Biru, Merah, Kuning & Hijau. Macam rumah sukan zaman sekolah dulu la pulak...

 Jadual Acara Sukan:
 9 Mei: Futsal Lelaki & Perempuan

 17 Mei: Bolasepak 9-sebelah, bolatampar L & P, bolajaring & tarik tali L & P.
Sepaktakraw digugurkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui...

 24 Mei: Indoor Games; Ping Pong, karom, catur, dam aji, bola PS2 & bowling.

Aku cadangkan tahun depan masukkan acara snooker(tanpa unsur-unsur perjudian!)

 - Aku sebagai seorang atlet yang serba boleh (semua sukan boleh main tapi tak terrer) dijemput khas untuk mewakili pasukan Biru dalam acara futsal, bolasepak 9-sebelah, karom & bowling.

 - Hari ini dalam acara Futsal yang dipecahkan kepada 2 kumpulan secara liga... aku main untuk pasukan Biru A yang hanya menduduki tempat ke-3 dlm kumpulan (1 menang,1 seri & 1 kalah). Tak layak ke separuh akhir. Gambar lain kali aku upload (kalau jumpa carik)

01 May, 2009

Selamat Hari Lahir ke-5, Aiman Izzuddin

Bertuahnya anak sulung aku ni, setiap tahun semua orang bercuti semata-mata nak menyambut harijadi dia. Tapi mintak mahap je la ye, kami sambut berempat je makan kek & kfc di tepi Tasik Shah Alam.


Nak meriah sikit nanti ayah hantar kek ke taska sambut ramai-ramai dengan kawan-kawan ye...

23 April, 2009

Perasmian P.O.G

- Pejabat aku buka cawangan baru. Pada 1 Ogos 2008 aku berpindah dari HQ Shah Alam ke Pejabat Operasi Gombak (POG), Bandar Country Homes, Rawang. Jarak 25 km dari rumah. Tempat baru...suasana baru...semangat baru! - Hari ini majlis perasmian POG yang dirasmikan secara rasminya. Berapa banyak rasmi daa... layan gambar sudah!




Huh? Macam tak caya aku boleh terjebak dalam team koir ni.. hehe...

15 April, 2009

Tips bila anak-anak bergaduh

Artikel ini ditujukan khusus utk isteri aku (juga ibubapa2 lain) yg selalu tension bila anak2 bergaduh...sebagai panduan kita bersama.


Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda

"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. 

Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru. Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.
“Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja.” Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh? Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka. 

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.  
Mengapa mereka bergaduh?
  • Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain. 
  • Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.
  • Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan. 
  • Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

  •  Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak?

  • Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi. 
  • Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat. 
  • Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya. 
  • Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian. 
  • Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita. 
  • Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan. 
  • Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil. 
  • Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh. 
  • Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.

  • Sumber: Rencana Berita Harian

    31 March, 2009

    Aku dah jadi bapak dan bakal jadi bapak lagi!

    ~ Aku sukakan kucing. Walaupun orang kata aku nampak brutal (diulangi: orang kata...bukan aku kata), tapi jiwa aku ni lembut lagi penyayang sebenarnya...cheh! Tak percaya tanya la kucing-kucing aku yg 2 ekor tu. Yang hitam tu bernama J-Lo dan yg putih tu anaknya bernama Jibam. Kedua-duanya kucing kacukan baka apa entah. Si Jibam tu dah tua bangka & dah bunting pun masih menyusu dgn mak dia (tengok gambar), tak paham betul aku! - Hari ni si Jibam dah beranak 4 ekor. (Update: 2-3 hari lepas tu sekor mati tinggal 3).



    ~ Tajuk tulisan kali ni takde kena mengena dengan kucing-kucing tu. Jangan korang gatal-gatal nak menuduh aku yang membuntingkan si Jibam tu.  Sebenarnya lebih kurang 8 bulan dari sekarang aku bakal menjadi bapa lagi...Insya Allah. Isteri tersayang disahkan mengandung 6 minggu. Semoga dipermudahkan segalanya.

    22 March, 2009

    Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

    Di suatu hari minggu, kebosanan melanda. Mana nak pergi? Terfikir satu tempat yang tak jauh dari rumah tapi dah lama tak pergi...Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, dulunya dikenali sebagai Bukit Cherakah. Masa kami pergi tu sedang musim bunga.



    Bagaimana nak menjelajah taman pertanian ni? Kalau rajin jalan kaki. Kalau malas sikit sewa basikal. Lagi malas...naik je coaster mengelilingi taman ni, free je.

    Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

    Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

    Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...