PTT Outdoor

25 July, 2008

Sudah kahwin tiga

Oooopss...jangan salah faham. Tak mampu (atau mungkin belum mampu) aku nak kahwin sampai tiga. Yang sorang ni pun cukup-cukup makan je...hehehe.

Sebenarnya hari ni umur aku dah 33 tahun. Diraikan secara  kecil-kecilan bersama anak bini dengan kek 'Selamat Harijadi Ayah'.

Itu sudah memadai!

29 June, 2008

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Cuti dua hari, balik Ipoh. Lepas tu hantar pak mertua ke Kuala Kangsar menghadiri mesyuarat koperasi. Sementara menunggu dia habis mesyuarat, aku bawa anak bini & adik ipar pergi berkelah kat Hutan Lipur Ulu Kenas. Agak popular dengan kem bina semangatnya. Tempatnya boleh tahan cantik juga. Mandi manda sampai tengahari.

 aiman menangis tu sebab istana pasir yang dibinanya 
hancur dipijak oleh adiknya aliff...hihi

Habis je mesyuarat, kami balik Ipoh dan petangnya balik Sungai Buloh.

01 June, 2008

Ulangtahun perkahwinan ke-5 dan Ulangtahun TUDM ke-50

Tak sedar dah 5 tahun usia perkahwinan aku & biniku. Hanya sambut dengan sebiji kek ulangtahun dan kemudian kami pergi ke Pangkalan TUDM Subang. Hari ni juga sambutan ulangtahun jubli emas TUDM. Tengok pameran kapalterbang, jet, peralatan ketenteraan dan paling best tentulah pertunjukan udara. Syok betul tengok Sukhoi buat akrobatik.

poster dicilok dari website TUDM

Masa demonstrasi serangan udara, yang tak bestnya si Aiman punyalah takut dengar bunyi jet dan dentuman bom, menggigil dia macam nak terkencing je. Tapi memang pun masa bom tu jatuh ke bumi, tanah tempat kami berpijak rasa bergegar...serta merta terbayang macam ni lah agaknya suasana kat medan perang sebenar...macam kat Palestin tu. Si Aliff pulak aku tak tau apa perasaan dia...tengok muka dia suka pun tak...takut pun tak...cuma tercengang je. Malas cerita panjang, tengok je gambar2 ni...

helikopter tua...nuri

mana pergi mak bapak diorang nih

naik heli kecik, apakenama ntah...allouette kot...

jet pejuang lama...skyhawk

hawk...

mig-29N

sukhoi

sukhoi & mig-29

apa nama ntah kapalterbang banyak kipas ni...

jangan berebut, nanti ayah belikan sebijik...

cuaca panas betul...berteduh bawah kapal terbang

besarnya peluru

pameran model2 kapalterbang penumpang pun ada

ehh... terjumpa pulak si Ramlan, kawan satu sekolah dulu, dah jadi mejar kau ye...

cukuplah tu...malas nak upload dah...

01 May, 2008

Selamat Harijadi ke-4, Aiman Izzuddin

Macam biasa, setiap tahun cuti Hari Pekerja bersamaan dengan harijadi Aiman. Dah 4 tahun umur dia. Buat makan-makan sikit ajak akak tiri aku sekeluarga, jiran sebelah dan kawan-kawan rapat dia je.



Selamat harijadi Aiman.
 

15 April, 2008

Risaunya bila si Aliff demam

Sesiapa yang ada anak kecik mungkin pernah mengalami anak diserang sawan tarik bila demam panas. Yang tak tau apa itu sawan tarik atau sawan demam boleh ambik tau di SINI.

Aku cuma nak kongsi pengalaman menghadapi situasi anak kedua aku si Aliff tu diserang sawan tarik. Pertama kali kena masa tu umur Aliff lebih kurang 11 bulan, memang kelam kabut aku & bini aku. Almaklumlah tak pernah berdepan dengan benda2 macam ni. Tengok badan dia dah kejang semacam, mata hitam dah naik ke atas, air liur pulak meleleh je. Tak tau nak buat apa, cepat2 hantar ke klinik aje lah. Bawa kereta pun tak sedar habis semua bonggol aku langgar. Sampai klinik doktor terus bagi ubat demam masuk dalam lubang bontot. 2-3 minit lepas tu Aliff dah OK semula. Cuma nampak letih sangat dan lepas tu tertidur.
 
tidur...baru lepas kena sawan la ni...

Lepas tu doktor suruh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas check-up, pukul 12.00 tgh malam kena masuk wad. Terpaksalah ibunya tidur di hospital menemankan anaknya. Pukul 3.00 petang esoknya baru boleh keluar.

Selepas peristiwa kali pertama tu, ada juga 3-4 kali si Aliff terkena sawan lagi. Cuma sekarang ni dah tak ke klinik lagi. Bila dia demam je, cepat2 masukkan ubat dalam bontot dia. Ubat tu memang dah standby simpan stok kat rumah, dgn izin Allah memang mujarab (apakenama ntah ubat tu).Lepas tu selimutkan dia dgn tuala lembab, letak juga tuala lembab kat dahi dia (lagi senang letak je 'kool fever'). Alhamdulillah setakat ni dah lama tak kena sawan lagi.

26 March, 2008

Achik dalam kenangan 1963-2008

Siapa Achik dalam hidup aku? 
Mak & Abah aku berpisah sejak aku baru dilahirkan. Kemudian aku & Mak aku tinggal bersama Atuk & Nenek aku, dengan 4 orang adik-adik mak aku yg belum kahwin iaitu Makteh, Maktam, Achik & Busu. Selepas Mak aku kahwin lain, diikuti oleh Makteh & Maktam bertemu jodoh masing2, maka tinggallah aku bersama Atuk, Nenek, Achik mak saudaraku & Busu bapa saudaraku.

Disebabkan Atuk & Nenek aku pun kian uzur, maka Achik & Busu lah yg bekerja menanggung perbelanjaan keluarga. Boleh dikatakan Achik & Busulah yang membesarkan aku dan menanggung persekolahan aku. Malah Achik agak lambat bertemu jodoh (pertengahan 30-an), katanya menunggu aku habis sekolah baru dia nak fikir pasal kahwin.


2 tahun lepas (2006) 
Achik disahkan mengidap kanser payudara tahap 3, tahap yang boleh dikira agak terlewat dikesan. Selepas menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya, hospital menjadi rumah keduanya untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan kemoterapi dan radioterapi, berulang alik antara Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh (HSHAS) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kalau ada appointment di HKL, biasanya Achik datang seorang, aku jemput di stesen bas dan tidur rumah aku semalaman. Pagi esoknya aku hantar ke HKL. Pernah sekali tu Achik masuk wad di HKL selama sebulan untuk rawatan radioterapi, maka sebulan jugalah HKL menjadi rumah kedua aku. Aku sajalah satu-satunya sedara rapat Achik kat KL ni. Dalam sebulan tu, ada sekali aku bawa Achik balik kampung sekejap jenguk anak2 dia yang tiga orang tu. Kesian pulak tengok budak2 tu, kecik2 dah terpisah dengan maknya.

Setelah menjalani rawatan demi rawatan, tahap kesihatan Achik mula menunjukkan perkembangan positif. Badan yang kurus sudah kembali berisi sikit. Badan yang dulunya lemah2 kembali bertenaga, dah boleh buat kerja2 rumah seperti biasa. Dah boleh bawa motor menghantar anak2 ke sekolah. Begitu juga rambut yang habis gugur setelah kemoterapi dah tumbuh semula. Namun begitu, masih perlu berulang alik ke HSHAS & HKL untuk ambil ubat dan menjalani pemeriksaan & pemantauan susulan.


Februari 2008 
Tak semena-mena dapat berita Achik kemalangan, jatuh motor masa jemput anak2 balik sekolah. Kaki retak, bersimen sampai ke paha. Nasib baik juga anak2 dia tak apa-apa.


Mac 2008 
8/3/08 - Balik kampung sempena Pilihanraya Umum ke-12 dan menghadiri kenduri kahwin sepupu aku. Singgah melawat Achik, hanya terlantar tak bermaya. Katanya hanya demam saja.

15/3/08 – Dapat panggilan dari kampung mengatakan Achik dah seminggu masuk wad di HSHAS, mengalami bengkak paru-paru & apendik. Masa melawat dia, aku tengok agak teruk keadaannya.

22/3/08 – Balik kampung lagi. Achik dah makin teruk. Rupanya sel-sel kanser kembali menyerang, kali ni dah merebak ke seluruh badan. Kata doktor tiada harapan lagi untuk pulih. Minta bawa balik ke rumah sajalah. Bawa balik ke rumah naik kereta aku dalam hujan lebat. Tak sangka Achik yang kelihatan dah beransur sembuh tiba-tiba jadi begini. Tiada siapa menduga kemalangan tempoh hari menjadi pencetus semua ini.

24/3/08 – Terpaksa balik KL atas tuntutan kerja walaupun berat rasa hati nak meninggalkan Achik. Sayu aku tengok keadaan Achik yang cuma mampu terbaring lemah tak bermaya, mata kuning, perut makin membuncit, seluruh badan membengkak...petanda seluruh organ dalamannya sudah terjejas diserang kanser. Masa nak balik, aku peluk cium dia 2-3 kali, katanya tak cukup...dia minta cium 10 kali. Aduh, sebaknya dada aku dan aku penuhi permintaannya.

26/3/08 – Malam tadi Makteh beritahu, Achik dah tenat sangat. Pagi ni kemas2 nak balik kampung. Tapi dalam perjalanan, Makteh call mengatakan Achik dah meninggal pada 8.15 am, bersamaan dengan tarikh harijadi Mak aku. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun... Kami sekeluarga (terutama suami dan anak2nya) merelakan dia pergi kerana tak sanggup lagi melihat dia menderita. Dikebumikan selepas Zuhur. Malam buat kenduri tahlil.

arwah Achik (kanan sekali)

TAK TERNILAI JASA & PENGORBANAN ACHIK (DAN BUSU) MEMBANTING TULANG MEMBESARKAN DAN MENYEKOLAHKAN AKU.  AKU ANGGAP ACHIK SEPERTI MAK AKU SENDIRI. TERKILAN JUGA RASANYA TAK DAPAT MEMBALAS JASA ACHIK. TAPI APAKAN DAYA... SEMOGA ROH ACHIK DIAMPUNI DAN DICUCURI RAHMAT...AAMIIN 


INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN...

AL-FATIHAH.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...