2/11/13 (Sabtu) - Mendaki Bukit Broga bersama rakan-rakan JP Selangor. Kalau tahun lepas Along sorang je ikut, kali ni bawa si Angah sekali... tahniah Angah berjaya sampai ke puncak. Kalau tahun lepas Along laju je mendaki tinggal ayah jauh, tapi tahun ni mencungap dia nak sampai puncak... maklum le fizikal dah makin debab... hehe
3/11/13 (Ahad) - Pahang juara Piala Malaysia kali ke-3 (selepas 1983 & 1992) bila menewaskan pasukan pilihan Kelantan 1-0. Terima kasih kepada Matias Conti yang menjaringkan gol cantik hasil hantaran budak Lepih, Alex. Harap-harap janganlah sampai kena tunggu 21 tahun lagi nak julang piala seterusnya. Hogoh Pahang Hogoh!!
9/11/2013 (Sabtu) - Sementara si ibu & anak daranya menyertai aktiviti 'ladies outing' di Melaka,
si ayah & anak-anak bujangnya menghadiri Majlis Kecemerlangan di sekolah.
Along dapat no.2 dalam kelas sekolah agama, sekolah kebangsaan pulak no.20++.
Si Angah pulak dua-dua sekolah dia pulun no.20++... takpe, tingkatkan usaha anak-anakku...
kalau ayah ibu paksa belajar sangat nanti tertekan pulak korang...
9/11/2013 (Sabtu)
- Habis je majlis anugerah cemerlang si Along, si ayah & anak2
bujangnya pulak sempat ke Glory Beach Resort, Port Dickson, menghadiri
reunion rakan sekolah masa form 6. Sebelum tu sempat singgah di Muzium
ATM, PD, kemudian terjun kolam kat resort. Malam, bertemu sahabat2 lama
sambil sibuk ber-BBQ. Ramai sahabat yang berjaya dalam bidang masing2,
mungkin aku je la yang tak berapa nak menjadik... haha. Sambil reunion
ni jugak diorang bercadang nak tubuhkan koperasi alumni. Serah pada yang
pakar , bab ni i follow je lah. Tak dapat nak bersembang lama, 10.30
malam terpaksa balik sebab esoknya aku ada program lain.
10/11/2013 (Ahad) - Program Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri 2, Bukit Beruntung. Satu usaha untuk memperkenalkan lagi fungsi Jabatan Perangkaan kepada masyarakat.
17/11/2013 (Ahad)
- Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula. Terlanjur menghadiri kenduri
sambut menantu En.Manan (rakan sekerja) di Semenyih, masa nak balik
singgah Broga Rabbit Farm.... ladang arnab terbesar di Malaysia. Tapi
bukan hanya ada arnab semata-mata, banyak lagilah haiwan ternakan lain.
Tiket masuk RM5 sekepala... bawah 2 tahun masuk percuma.
19/11/2013 (Selasa)
- Selamat hari lahir ke-4 buat anak daraku ini... semoga hidupmu
diberkati dan dirahmati Allah hendaknya dan menjadi anak yang solehah.
Hanya sambutan kecil-kecilan dengan 3 biji kek kecik (yang nampak macam
besor) serta big-box pizza hut.








No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.