13 Oktober 2018 (Sabtu) : Angah ikut rombongan sekolah agamanya ke Gua Tempurung & The Lost World of Tambun, sempena meraikan kemerdekaan baru habis exam PSRA dan nak berseronok dengan kawan-kawan sekolahnya sebelum meninggalkan alam sekolah rendah.
15 Oktober 2018 (Isnin) : Angah hadir temuduga dan ujian kemasukan ke maahad tempat Alongnya belajar sekarang. Ada ujian bertulis dan juga ujian hafazan di mana calon diberi 1 mukasurat Al-Quran untuk dihafal dalam masa 1 jam. Tapi masa ujian Angah nervous pulak dapat ingat 2 ayat je katanya. Takpelah, insya Allah rezeki Angah kat tempat lain lah tu ye...
27 Oktober 2018 (Sabtu) : Angah ikut rombongan sekolah kebangsaan sempena meraikan kemerdekaan baru habis exam UPSR pulak katanya... kali ni ke Sunway Lagoon.. Betul-betul lepas geram ni lepas penat belajar.
Mujurlah Angah ni jenis rajin menabung, jadi ayah ibu cuma tambah duit separuh + duit belanja je.. Jadi Aina pun kenalah ikut contoh rajin menabung macam Angah ni. Tak bolehlah nak harap ayah ibu je keluar semua belanja... semoga anak-anak dapat pengajaran kalau nak sesuatu kena usaha jangan semua nak kena suap je.

No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.