Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Kenangan menaikkan pari 4 kg dalam trip yang lepas di Kelong Kupang Sabak Bernam membuatkan terasa nak repeat lagi. Trip 2.0 kali ni dari 18-19 Ogos. Dari rumah, bersama Pali & Abg Rizal gerak ke Jeti Nelayan Sementa di Kelang untuk mengambil umpan yang dah ditempah. Kemudian baru bertolak ke Sabak Bernam untuk naik bot dari jeti nelayan Kg. Banting.
~ Perjalanan : dari jeti ke kelong cuma mengambil masa sekitar 15 minit. Dekat jeti air agak cetek dan berlumpur, kena tunggu air pasang barulah bot boleh bergerak. Naik kira-kira jam 5.00pm dan balik keesokan harinya sekitar waktu yang sama.
~ Harga : kalau ambik satu kelong RM400 untuk 24 jam, maksimum boleh masuk 8 orang je... lebih-lebih takut roboh pulak. Bajet sorang untuk kelong RM50 tak termasuk umpan.
~ Kemudahan : 1 bilik kecik untuk tidur dan solat, tandas, dapur dengan peralatan masak dan bekalan elektrik dari genset (malam sahaja). Tiada plug untuk mengecas hp ye... jadi bawalah powerbank sendiri siap-siap.
~ Makan : makan malam tapau je siap-siap sebelum naik bot. Sarapan ringan-ringan je dengan roti atau cekodok. Untuk makan tengah hari masak special sikit; asam pedas ikan kitang, gelama goreng dengan keropok papadom... berselera betul makan atas kelong.
~ Cuaca; Alhamdulillah, cuaca baik dan tak hujan, cuma angin bertiup agak kuat sepanjang 24 jam kami di kelong ni. Sampai melayang papadom kami ditiup angin...
~ Umpan : sotong kurita hidup, udang hidup, udang pasar dan juga perumpun sarang. Kalau umpan habis boleh cari umpan anak ikan bilis, selar dll guna apollo kat bawah kelong.
~ Hasil : Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menaikkan seekor pari seberat 3kg++. Hasil tangkapan lain bersama kawan-kawan adalah seperti Jenahak, Tetanda, Kerapu, Gerut, Kitang, Tuka, Duri dan semestinya ikan paling glamour adalah gelama. Lepaslah nak buat lauk 2-3 hari, memang sedap dan manis rasa ikan segar yang belum kena bahan pengawet. Tak ketinggalan masuk senarai adalah si Buntal yang boleh tahan juga banyaknya tapi terpaksa la dicampak balik ke laut.
20 August, 2018
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
APE UMPAN YG PALING SESUAI KAT SANA...
ReplyDeletePERAMBUT PANJANG KE
umpan favourite sini = kurita hidup... umpan lain standard mcm kat atas tu la.
DeletePerambut tu tengok la apa jenis ikan sasarannya... lain ikan lain perambutnya... boleh tanya pkcik google..
Boleh layan casting x kat situ? Sham..
ReplyDeletekami x cuba casting pulak… nak cuba silakan, manalah tau mngena
Deleteassalamualaikum..saya Aziz dan team
ReplyDeletekami akan ke sana lagi..teruja juga tengok hasil tangkapan..
ReplyDeleteWaalaikumussalam tuan Aziz & team, semoga beroleh tangkapan lumayan... tapi jgn abiskan.. tinggal sikit org belakang hehe
DeleteAssalam tn.. Maaf tanya.. Ada no tekong x? Tq - cgu hafiz
ReplyDelete