Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Balik dari hari keluarga di PD, terus melawat Along kat masjid sebelah asrama dia. Makin bulat pulak nampaknya dia, alhamdulillah makan terjaga... silap-silap terlebih makan agaknya.
Kebetulan pulak hari ni hari jadi Aina ke-8, sambut bersama Along sekalilah. Seronok betul Aina dengan hadiah hari lahir yang dah lama dia
idam-idamkan... sepasang hamster lengkap dengan sangkarnya yang
dinamakannya Koko & Kiki. Jaga-jaga... Si Oyen duk perati je tu...
jangan sampai kena ngap!!!
Selamat hari lahir buat satu-satunya puteri kami ni. "Ya Allah, sihatkanlah
dan panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah
imannya, baguskanlah
amal perbuatannya, cukupkanlah rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan,
jauhkanlah dari keburukan. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar
anak
kami menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa taat kepadaMu
dan berbakti kepada kedua orang tuanya... Amin ya rabbal ‘Alamiin"
19 November, 2017
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
Salam singgah sini dan follow :)
ReplyDelete