~ Anak sulung aku bakal menduduki UPSR bermula pada 5 September 2016. Tahun ni dah buat format baru dengan 6 subjek yang wajib diambil oleh calon. Banyak program yang dijalankan pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar. Antaranya program motivasi, bengkel menjawab soalan, kelas tuisyen setiap malam isnin & selasa, kelas tambahan setiap sabtu, dan juga menganjurkan program solat hajat & bacaan surah Yasin bersama ibu bapa.
~ Si Along pun nampaknya ada juga usaha nak belajar, walaupun nampak macam penat dengan macam-macam program, selain petangnya kena sekolah agama pulak. Dalam exam percubaan, walaupun keputusannya taklah berapa cemerlang, ada juga nampak peningkatannya.
~ Sebagai ibubapa pulak, usaha terakhir cumalah menitipkan doa dan memberi galakan dan motivasi agar lebih bersemangat belajar dan menjawab soalan dengan baik. Bagi kami, tak perlu memberi tekanan dalam mengejar kecemerlangan kerana bakat, minat dan kecenderungan anak-anak memang berbeza antara satu sama lain. Kalau tak berapa cemerlang dalam peperiksaan tak semestinya akan gagal dalam hidup. Walaupun kejayaan anak-anak dalam pelajaran memberi kepuasan dan kebanggaan kepada ibubapa, tapi kami lebih bahagia kalau anak-anak menjadi manusia yang berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada orang lain.
~ 2 minggu lepas habis UPSR ni, ada satu exam lagi; Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pulak. Apa-apapun, selamat menjawab Along.


Laa dah darjah 6 Along, rasa mcm kecik je lagi..inshaAllah, moga Along berjaya cemerlang dalam kedua-dua exam
ReplyDeleteaamiin...insyaAllah, timakasih mama aryan azra... kata along.
DeleteKecik? kalau tengok live mesti x nampak kecik..hihi
Great blog you have herre
ReplyDeleteLovely blog you hhave
ReplyDelete