Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ Perlawanan persahabatan ini menjadi medan latihan terakhir pemain skuad 9-sebelah Zon Tengah dalam sukan antara zon Jabatan
Perangkaan Malaysia yang akan berlangsung dari 3-6 September 2015 di
UIAM cawangan Pahang di Kuantan.
~ Sebagai pemain yang memenuhi 1 kuota pemain veteran dalam skuad ni, cadangnya datang nak main sekejap je, tapi ramai pulak pemain lain yang muda-muda tak dapat datang atau datang lambat sikit, lama pulak la pakcik kena main... ishhh3.
~
Perlawanan diadakan di Padang C, Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil. antara Statistik FC Zon Tengah
menentang Kelab Detura FC. Perlawanan berkesudahan pasukan kami menang 6-5...
~ Dah macam main futsal pulak banyak jaringan dan banyak bolos. Dalam situasi ni ada dua kemungkinan, iaitu pasukan ni sama kuat... ataupun sama-sama tak kuat...hihihi...
23 August, 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.


No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.