Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
22 Mac 2015 (Ahad) ~ Setelah mendaki Bukit Tabur (West & East), kali ni nak mendaki Bukit Tabur Extreme pulak bersama grup baju merah yang dikenali di Nuang baru-baru ni. Ini
catatan ringkas log pendakian pada hari tu:
INFO:
~
Bukit Tabur terletak di Ulu Kelang,
Gombak. Bukit yang membentuk rabung kuarza yang dikatakan terpanjang di dunia sepanjang lebih kurang 14 km
ini berada dalam Hutan Simpan Hulu Gombak Tambahan 1 dan ianya boleh
dilihat dari lebuhraya MRR2. Dari atas bukit boleh nampak pemandangan
indah sekitar Ulu Kelang, bandaraya Kuala Lumpur, UIAM Gombak, lebuhraya
Karak serta tasik Empangan Klang Gates.
~ Terdapat empat puncak di Bukit Tabur: West (446 meter d.p.l), East (275 meter), Far-East (tiada info ketinggian buat masa ni) dan Extreme (396 meter).
Di sesetengah tempat, treknya sangat berbahaya dengan laluan rabung
sempit serta terpaksa memanjat tebing berbatu yang curam. Banyak kes
kemalangan terjatuh gaung dan kematian terjadi di sini terutamanya di
Tabur West. Tidak digalakkan mendaki ketika hujan kerana laluan akan
menjadi licin dan berbahaya.
~ Walaupun ramai yang main redah je, Permit Memasuki Hutan Simpan sepatutnya perlu diperolehi terlebih dahulu daripada Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dengan bayaran sebanyak RM5/seorang.
~ Dah malas pulak nak tulis, aku dah jumpa info yang lebih lengkap, sila ke SINI.
~ Line up hari ni 12 orang: Awe, Idot, Asol, Azmir, Chee, Michelle, Muru & isterinya Kanchana, Faliq, Jiha, Shahrul & aku. Memang 1Malaysia sungguh!
LOG:
7.30 AM ~ Berkumpul di depan Zoo Negara. Tapau sarapan apa yang patut.
8.15 AM ~ Bergerak ke starting Point di Chalet Rimba Jinbara, Kg Kemensah. Terjumpa Umaisarah Sameaun (yang pernah sesat 19 hari di Gunung Tahan pada 2009) sekeluarga, sembang-sembang mengimbas pengalaman lalu beliau. Datang chalet ni pun sebab ada interview untuk projek dokumentari pengalaman beliau masa sesat dulu.
9.30
AM ~ Memulakan pendakian secara santai ikut trek dusun buah. Agak sibuk laluan dusun ni sebab berkongsi dengan penggiat basikal bukit, motocross dan ATV. Kemudian jumpa trek hutan seterusnya baru jumpa trek berbatu. Trek
Tabur Extreme taklah seekstrim namanya, walaupun agak mencanak juga bila tiba di kawasan berbatu.
11.30 AM ~ Hampir ke puncak, berhenti rehat di satu kawasan redup bawah pepohon bonsai, makan bekalan masing-masing sambil berkongsi kurma, agar-agar dan nasi himpit kuah kacang.
12.00
PM ~ Alhamdulillah, sampai di puncak Tabur Extreme. Seperti biasa, meraikan kejayaan dengan berfoto/selfie/wefie sakan.
1.00 PM - Mula turun. Balik ikut trek yang sama tapi bila jumpa trek hutan ikut jalan lain pulak. Sebaik masuk trek hutan, hujan turun dengan lebatnya, mujurlah sudah melepasi trek berbatu yang pastinya licin dan berbahaya bila hujan.
3.15 PM ~ Sampai di starting point Chalet Rimba Jinbara. Makan, bersihkan diri dan solat zuhur sebelum bersurai.
Terima kasih & jumpa lagi.
22 March, 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
As-Salam... tuan empunya blog.
ReplyDeletePagi tadi saya dengan 2 orang kawan gi hike kat tabur East. Habis tu plan nak gi ke Tabur Extreme ni, tapi starting point nyer pulak yang tak jumpa. kami dah try carik kat area pembinaan rumah2 baru kat hujung Jalan Melawati 7. Sbb baca blog2 lain, starting point kat area sini. dah try carik smp hujung area tanah2 yg dikorek tu. tgk gambar dlm blog tu mcm senang jer nak cari. tp macam dah takder jer. maybe sebab tanah kat situ dah kena sodok/dimusnahkan. So boleh tolong detailkan kat mana starting point tu? atau boleh tolong bagi tanda2 trek ke tabur extreme nie. terima kasih
wsalam anon... tanpa nama...
Deletememang area tu tgh buat pmbinaan... baca sini
http://alibukansetan.blogspot.my/2015/08/mendaki-bukit-tabur-far-east.html
tapi kalu nk gi exteme semata2 biasanya org ikut chalet rimba jinbara, kg kemensah.... baca sini
http://alibukansetan.blogspot.my/2015/03/mendaki-bukit-tabur-extreme-kemensah.html
Salam..mana yg lebih dekat klau naik tabur ektrem ikut laluan tabur far east atau ikut chalet rimba jinbara..
ReplyDeletewsalam... maaf, saya pun x pernah ikut far east..
ReplyDeleteAslmkm,utk hiking kt bukit tabur ni,kena ada guider ke x eaa.. sbb km pun first time naik bukit tabur nii.. takut sesat ja..
ReplyDeletemaaf lambat reply, sebaiknya ada guider/kwn2 yg dah pernah pergi...
Delete