Memandangkan semua tempat tu kami dah pernah pergi, kami memutuskan naik beca berhias menuju tempat tarikan yang belum pernah kami pergi, iaitu River Cruise Melaka. Khabarnya kalau naik waktu malam lebih cantik pemandangan sebahagian bandaraya Melaka. Malas nak cerita tengok je la gambar.
![]() |
| terang benderang.... banyak guna elektrik Melaka ni |
Pagi Sabtu, lepaskan anak-anak mandi kolam sampai tengah hari. Lepas checkout, dalam perjalanan balik singgah Pantai Pengkalan Balak. Tetiba rasa macam malas nak balik... cari chalet tidur semalam lagi. Sayangnya lupa bawa khemah, kalau bawak boleh belasah berkhemah je kat sini. Tapi kat pantai ni ada banyak chalet. Hari ni puaslah anak-anak aku mandi... pagi sampai tengah hari mandi kolam hotel, sebelum checkout mandi dalam bathtub bilik hotel, petang sampai senja mandi laut pulak... Malam, makan seafood di Restoran Nelayan Pantai Kundur... memang santai makan di meja makan yang terletak di atas pasir pantai.
![]() |
| mandi... mandi... mandi |
Pagi Ahad, lepas subuh bermalas-malasan tidur balik di chalet. 10.00 pagi lebih terus 'brunch'. Singgah sekejap di Pusat Konservasi Penyu, Pantai Padang Kamunting (sebelah Pantai Pengkalan Balak). Anak-anak boleh dapat info pasal penyu di sini, dan boleh tengok beberapa ekor penyu hidup dalam kolam takungan. Lepas tu balik.
![]() |
| mengenal penyu |
Tak banyak tempat pun kami pergi, banyak masa dihabiskan dengan mandi... mandi... mandi. Sampai kecut dan rentung bebudak tu, haha!




Waaa... sakannya bercuti. Pusat Konservasi Penyutu besor tak tempatnya bro?
ReplyDeletedah banyak kali kitorg gi melaka tp tk pernah naik beca, ntah le rasa cam malu gile sbb beca tu pasang lagu techno kuat2.. lagu dangdut la.. hahaahahah
ReplyDelete~ tak besar mana ali pancing, tapi info pasal penyu kira lengkaplah.
ReplyDelete~ alah buat muka tebal je zura... bukan selalu, haha...