~ Tapi sungguh kontras sekali bila kumpulan-kumpulan rock ni popular dengan lagu-lagu cintan mendayu-dayu yang jiwang habis... dan lagu-lagu yang memuja perempuan... Nampak je ganas tapi dalam hati ada taman. Radio pulak asyik putar lagu jiwang je. Bukan tak ada lagu rock kapak yang heavy sikit, tapi kalau nak dengar terpaksalah beli kaset.
![]() |
| battle of the bands |
~ Faktor persekitaran menyebabkan gua terpengaruh menjadi mat rock. Kawan-kawan gua ramai yang layan rock. Stail dressing gua masa tu taklah berapa rock sangat, maklumlah masih di zaman sekolah rendah dan menengah. Rambut pun tak boleh la nak simpan panjang. Baru nak simpan ekor sikit dah kena potong dek cikgu. Tapi gua pernahlah tempah seluar sekolah menengah dengan potongan ala jeans, poket belakang tampal kat luar.... memang trend masa tu lah. Tapi sayangnya sebelah kaki seluar tu dah kena potong sampai paras lutut oleh cikgu disiplin (tak ingat pulak nama cikgu tu). Terpaksalah gua buat selamba balik sekolah seluar pendek sebelah... haha... kelakar bila dikenang balik. Lepas tu terus gua buat seluar sekolah yang besar sikit ala GQ pulak.
~ Seluar jeans gua masa tu mesti kena koyak kat lutut... baru rock kononnya. Kasut 'hi-cut' jenama Aliph boleh dianggap kasut rasmi untuk mat-mat rock zaman tu. Sekarang kasut ni boleh dikatakan sangat 'rare' sebab dah tak dikeluarkan lagi, kilang pun dah tutup sejak awal 90-an. Gua pun ada sepasang kasut Aliph edisi Search. Hanya kumpulan Search & Lefthanded yang diberi penghormatan ada edisi istimewa kasut ni. Seingat gua, kasut ni dibeli menjelang raya. Kena ikat perut jugalah nak dapat kasut ni, nasib baik pak sedara gua bagi duit raya lebih sikit buat tambah modal. Tapi gua pun dah tak ingat mana perginya kasut gua tu. Siapa yang tak kenal kasut ni silalah google sendiri... ada banyak model sebenarnya.
![]() |
| kasut aliph gua sebijik macam ni la (gambar ni gua cilok kat gugel je, kredit kepada pemilik yang gua tak tau siapa) |
~ Dulu, malam-malam gua suka dengar permintaan lagu kat radio.. Pilihan Bersama tak silap gua.. Layan lagu rock kapak sambil bersedia dengan kaset kosong. Bila lagu dimainkan, tap... terus gua tekan butang 'record', maka terhasillah album kompilasi cetak rompak buatan sendiri... huhu. Nak jimat duit punya pasal. Tapi selalu jugalah kerja-kerja kotor gua tu terganggu bila tetiba deejay membebel masa lagu tengah dimainkan. Hampeh, terpaksa gua 'rewind' balik kaset tu dan tunggu lagu seterusnya. Aktiviti ni lebih sesuai dibuat waktu malam yang sunyi. Kalau siang agak bising, kekadang bunyi ayam berkokok pun terakam sekali... haha. Tapi aktiviti mencetak rompak tu untuk gua dengar sendiri je, kalau zaman sekarang ni sama la macam download lagu kat internet.
~ Kumpulan rock kapak yang gua betul-betul layan masa tu ialah Search, Wings, May dan Lefthanded. Tapi yang paling gua layan tentulah kumpulan hard-rock XPDC sebab muziknya lebih keras dan padu. Keras macam mana pun, mesti kena ada 1-2 lagu jiwang meleleh baru boleh jual album. Tapi lagu-lagu jiwang ni buat stok layan tidur bolehlah. Kumpulan-kumpulan rock selain tu (banyak sangat kumpulan tak larat nak tulis) gua sekadar layan lagu-lagu yang popular je.
![]() |
| antara legenda rock kapak |
~ Zaman tu cetak rompak memang sangat berleluasa. Kaset cetak rompak dijual secara terang-terangan kat pekan sehari / pasar malam. Selalunya yang berlambak dijual adalah kaset kompilasi lagu-lagu hit dan popular zaman tu. Tapi kualiti memang hancur le, kalau main banyak kali, tak lama keluar la bunyi tikus... citttt...citttt.... mengiringi lagu dari kaset tu. Lagi baik gua cetak rompak sendiri... adehh... inilah puncanya industri hiburan bungkus... Tapi nak buat macam mana, dah ada orang jual... murah pulak tu... mesti ada yang beli...
~ Bila duit terkumpul dah cukup, gua beli walkman jenama Aiwa yang paling murah masa tu, tak ingat pulak berapa harganya. Walkman pun satu lagi barang 'rare' sekarang ni. Dengan walkman ni gua boleh layan lagu 'anytime anywhere'... sambil makan, study, dalam jamban... kekadang tidur pun dengan walkman. Memang layanlah dengar lagu rock dengan sound tahap enjin jet supersonic. Telinga pun naik pekak dan berdengung memanjang.
![]() |
| bebudak sekarang mesti tak tau antara walkman, kaset & pensel ni ada hubungan sulit...haha |
~ Konsert-konsert rock pun banyak masa tu. Penganjur konsert yang aktif masa tu adalah Ali Bakar dengan syarikatnya Boxoffice. Seingat gua masa tu ada satu je konsert besar pernah sampai kat Mentakab, tempat gua bermastautin sejak kecik sampai besar... iaitu Konsert Search. Gua dah tak ingat tahun berapa tapi seingat gua konsert tu free je. Disebabkan konsert tu ditaja oleh syarikat rokok Salem, setiap orang dapat sekotak rokok Salem 7 termasuklah gua yang masih di bangku sekolah menengah. Konsert yang paling kerap gua layan mestilah setiap kali ada fun fair. Macam-macam kumpulan rock yang beraksi tapi yang paling happening pastilah aksi Raja Fun Fair... XPDC.
~ Dulu gua minat juga belajar main gitar. Ada ramai sifu bersilih ganti mengajar gua mengenal kord gitar, tapi belum sempat pandai, sifu-sifu gua tu semuanya meninggal - bukan meninggal sebab mati, tapi meninggalkan gua sebab tak tahan dapat anak murid yang bengap nak mampus macam gua... terpaksalah gua terima hakikat yang gua memang tak berbakat main gitar... last-last gua masuk kumpulan kompang je la... haha!
~ Apapun, lagu-lagu rock kapak memang terbaik, tetap evergreen sampai hari ni. Buktinya lagu jenis apa yang popular untuk dinyanyikan kat pusat karaoke, kalau bukan lagu-lagu rock kapak. Bebudak yang belum bersunat atau belum lahir zaman tu pun kalau kat pusat karaoke pun layan nyanyi lagu rock kapak jugak.
~ Menjelang pertengahan tahun 90-an... irama rock kapak mula melalui zaman suram. Mungkin sebab perubahan zaman kot.. dan mungkin juga sebab makin banyak sekatan oleh kerajaan masa tu sampai kalau rambut panjang tak boleh masuk TV. Masa tu juga bermulanya era lagu-lagu rap dimulai oleh KRU, 4U2C, Nico, Feminin dll, serta lagu-lagu pop rock yang dinyanyikan oleh kumpulan-kumpulan seperti Slam, Spoon, Ukays, Umbrella dll. Muzik jenis-jenis ni gua layan gitu-gitu je, tapi tak berapa nak masuk dalam kepala. Tak sesuai dengan jiwa muda gua yang agresif. Maka muzik yang gua layan pun berkembang kepada genre yang lebih keras.... jeng jeng jeng....
Entri seterusnya... Aku dan Metal





Ђɱɱ aku ingat zaman tu..aku nk ucapkan terima kasih sebab lu dah mengingatkan gua pada zaman persekolahan dulu..masa tu rasanya dunia ni tempat yg aman,x perlu bimbang apa2,cuma bimbang x siap kerja sekolah dengan kaki buli je hahaaa...
ReplyDeletesama2... haha nostalgia tu
Deletealamak..mmang best kalau dengar cerita zaman ni..maklum lah..zaman nie gua tak lahir lagi. nasib masih ade lagi band rock kapak macam syj yang buat show..dunia rock sekarang semua underground je..pape tetap layan..yang penting masa pergi konsert kasut aliph tu mesti ada..(peminat rock tegar)
ReplyDeletealamak bro...x sangka walaupun lu blum lahir zaman tu tapi boleh jadi peminat rock tegar... wa caya lu.. yeahhh
Deletehahahaha, mcm sm je, zmn dulu2 pnh sll rakam lagu kat kaset kosong, tp paling x best bila dj membebel so terakam sekali, hahha. gile la...
ReplyDeletezaman tu ramai lagi yg perangai sama mcm kita.. hahaha
DeleteAKu carik info pasal Aliph terjumpa pulak blog kau bro. terima kasih menguntum nostalgia.
ReplyDeletesama2 bro.. susah nak cari aliph skrg ni...
DeleteAli...ko skolah sains muar dulu kan? Kalau betul call/whatsApp aku balik.
ReplyDelete0177890991
Apis
Terkenang swmasa dulu..zaman kasut fung keong,warrior,aliph,palas jazz lagu2 rock kapak,walkman,radio mini compo,bag iron maidin,fesyen rambut rockers,fesyen GQ,basikal cooper,tali kaset,speaker dlm tempayan(legend),kain sapu tangan KEY,smuanya era 80an n 90an..since 1974
ReplyDeletebetul tu bro... tapi klu nk cerita benda2 nostalgia ni panjang lagi klu nk senaraikan hehe
Delete