Ketika ramai orang yang mempercayai berakhirnya kalendar puak
Maya sedang bersiap-sedia untuk menyelamatkan diri dari 'Hari Kiamat'
pada 21/12/2012... Angah pula dengan selambanya menyambut harijadi beliau yang ke-6 tahun.
Belikan
sebiji kek aiskrim untuk dimakan bersama kawan-kawan di taska... makan
ramai-ramai barulah meriah. Di rumah pulak, cuma beli set 4 gulung swiss
roll perasa pandan,coklat, cappucino dan vanilla berserta set nasi ayam
Ayamas... dimakan bersama keluarga makan apa pun mesti sedap.
Doa ayah & ibu : Semoga jadi anak yang soleh yang boleh menjadi harta peninggalan kami yang paling berharga. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati dunia dan akhirat. Amin.
21 December, 2012
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.


Happy Birthday Angah. Amin....
ReplyDeletehappy belated besday angah..moga menjadi seorang yg beriman, berjaya didunia & akhirat.
ReplyDeletejadi anak yg menyenangkan hati ibu dan ayah ye..
timakasih makcik2 semua... kata angah :D
ReplyDelete