~ Khamis, 3 Feb; pagi raya pertama (ehh macam aidilfitri pulak), perjalanan balik Ipoh berjalan lancar walaupun banyak kenderaan.
~ Sabtu, 5 Feb; 5.00 petang balik KL, kalau balik esok mungkin lagi sesak teruk (kononnya). Tapi aku silap perhitungan, bukan sebab matematik aku lemah... tapi mungkin sebab beribu lagi orang yang fikir sama macam aku... perjalanan dari Ipoh ke KL yang biasanya 2-3 jam dah jadi 7 jam... Hiway dan jalan lama sama je sesaknya. Pukul 12.00 malam baru sampai rumah, adehhh! (lagi). Nasib baik esok cuti lagi, kalau tak gerenti ambik MC.
~ Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang senasib... banyak update di status Fesbuk masing-masing yang mengeluh tersangkut dalam perjalanan dari kampung selama berbelas-belas jam, terutamanya dari utara dan timur. Luar biasa sungguh. Gila wehh sorang kawan aku memandu dari Gerik, Perak ke KL selama 11 jam (biasanya 4 jam). Gila wehh (sekali lagi) sorang jiran aku memandu dari Kota Bharu nak balik ke KL selama 18 jam... nak dekat 24 jam dah tu. Banyak juga kereta yang tersadai (kira terkeluar dari perlumbaan lah tu) akibat kehabisan minyak atau kerosakan enjin.
MORALNYA:
TERIMALAH HAKIKAT MACAM NI LAH MALAYSIA BILA CUTI MUSIM PERAYAAN, SEMUA NAK BALIK KAMPUNG. KALAU TAK NAK TERSANGKUT DALAM KESESAKAN, DUDUK RUMAH DIAM-DIAM LAGI BAGUS!


laaa sampai t.batik...x hello pon... rumah den bukan jauh sangat dahh
ReplyDeleteheheh, pasal tak plan pun nk singgah tlk batik tu, sangkut lak dlm jem, langsung tak tringat nk singgah umah ko...
ReplyDelete