Seperti biasa bila Malaysia menang piala (biasa la sangat), aku teruja untuk mengarkibkan dalam blog aku ni perjalanan mereka ke final seterusnya menjulang piala.
Group Stage, 1st game: Macam tak boleh pergi jauh je, awal-awal dah kena belasah 1-5!
2nd game: Seri 0-0, masih ada harapan...
3rd game: Menang 5-1, layak ke separuh akhir. Terima kasih Indonesia kerana menewaskan Thailand.
Semi final 1: Malaysia 2-0 Vietnam
Semi final 2: Vietnam 0-0 Malaysia
Final 1 @ Stadium Bukit Jalil: Malaysia 3-0 Indonesia.
Final 2 @ Gelora Bung Karno: Malaysia de Champion walaupun kalah 1-2...
Fakta-fakta menarik, lawak & bangang sepanjang pertemuan final Malaysia vs Indonesia:
- Macam-macam alasan diberi penyokong Indonesia selepas kalah final pertama 0-3 kat Bukit Jalil. Kebanyakannya menuduh Malaysia main curang (main tipu la tu) dan kemenangan Malaysia tak bermaruah. Antaranya menuduh Malaysia menggunakan laser untuk mengganggu konsentrasi penjaga gol mereka si Markus tu padahal penyokong indon sendiri yang mula dulu melaser masa Malaysia kalah 1-5 di peringkat kumpulan, takde pulak Sharbinee bagi alasan kalah pasal kena laser. Media Indonesia pun sama bangangnya menuduh Malaysia pakai bomoh dari China, India & Siam (haha lawak khurafat ni!) selain mendakwa gawang Indonesia ditabur serbuk yang menyebabkan badan Markus gatal-gatal (lagi satu tuduhan bangang! Kan ke lepas separuh masa tukar tempat tapi si Apek takde mengadu gatal-gatal pun?)
Owh, Malaysia main curang ya...nah lihat video ni..
sungguh memalukan!
"Indonesia, lu orang tak payah bermegah sangat konon-konon lu orang fair play. Mungkin lu orang dah lupa 'tragedi' yang sangat memalukan dalam sejarah bolasepak dunia masa Indonesia lawan Thailand ketika AFF Piala Tiger 1998 dulu yang mana masing-masing tak nak menang untuk mengelak lawan Vietnam yang masa tu jadi tuan rumah. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0, dua-dua pasukan tak berapa nak main bola.
Separuh masa kedua Indonesia score 2 biji dan Thailand score 2 biji, dua-dua gol sebab pemain pertahanan masing-masing bagi jalan dan berkata, "nah lalu, silalah score". Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri 2-2 di masa kecederaan, tiba-tiba pemain pertahanan Indonesia, Mursyid Effendi datang menyerang dan merembat bola dengan sangat kencang ke dalam gol sendiri. Gua ulang, bukan sepak slow-slow ni derr, rembat padu punya cerita! Pemain Thailand pula cuba mempertahankan pintu gol Indonesia daripada dibolosi pemain Indonesia tu. Hebat sungguh! Siap player Indonesia celebrate lagi gol sendiri mereka tu. Kahkahkah!
Quote kat atas tu aku copypaste dari SINIThailand menang lawan Indonesia 3-2 kerana gol tersebut. Pada separuh akhir, Indonesia dapat apa yang mereka nak, mengelak lawan Vietnam dan bertarung dengan Singapura. Thailand pula dengan berat hati terpaksa menentang tuan rumah Vietnam. Balasan tuhan secara tunai, kedua-dua pasukan kalah separuh akhir. Kahkahkah! Sumpah lawak! Gelak la woii!Penutup cerita, Mursyid Effendi digantung setahun daripada bermain di Liga Indonesia dan tak dapat bermain seumur hidup di peringkat antarabangsa. Jadi, inikah yang mereka bilang bermaruah? Ini pengecut namanya!"
- Belum pernah dalam sejarah dunia, pemain bola terpaksa naik kereta perisai untuk pergi stadium, macam nak pergi medan perang pulak. Itu yang berlaku bila team Harimau Malaya pergi Jakarta. Dah la nak berlatih kat padang pun tak dapat akibat ancaman penunjuk perasaan, terpaksalah berlatih depan hotel. Nampaknya rakyat indon ni kena belajar adab menyambut dan menghormati tetamu, sebagaimana layanan Malaysia kat timnas indon bila datang main kat Malaysia... tenang je takde kacau bilau!
- Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menarik ramai peminat baru ke akaun Facebook beliau, juga menempatkannya di kedudukan ke-5 tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Malah secara tak langsung mempopularkan awek beliau yang berjari runcing.


No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.