~ Agak lama tiada entri baru kerana penulisnya tersangat sibuk bekerja mengalahkan Perdana Menteri. Sepanjang bulan November hingga awal Disember boleh dikatakan setiap hari termasuk Sabtu & Ahad terpaksa O.T demi menyelesaikan kerja yang berlambak di hujung tahun. Nak bawak anak bini gi jalan-jalan cuti sekolah ni pun tak sempat.
~ 12/12/11 (Isnin) ; Hari cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Main futsal friendly lawan Pejabat Operasi Kajang kat gelanggang futsal ntahapakenama kat Jln Reko, Kajang. Masing-masing menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Kajang A (anggota tetap), Kajang B (sambilan), Gombak A (tetap) dan Gombak B (sambilan). Dijalankan secara liga sepusingan di mana berkesudahan dengan Kajang B menjadi juara. Team aku Gombak A no.3... pingat gangsa pun jadilah...
~ 15-17/12/11 (Khamis-Sabtu); Terpaksa tinggalkan anak bini lagi tiga
hari. Kena pergi taklimat PHP pulak kat Selesa Beach Resort, PD.
~
18/12/11 (Ahad) ; Baru ada kelapangan masa bawa anak jalan-jalan, tapi
tak jauh mana cuma pergi mandi sungai kat Templer Park. Janji anak-anak
gumbira.
~ 21/12/11 (Rabu) ; Selamat hari jadi anakku Angah yang ke-5. Aku selalu
confuse umur sebenar dia sebab dia lahir hujung tahun. Cuma buat
sambutan kecil-kecilan 5 beranak shj. kat rumah.
~ Kerja dah selesai, ambil peluang pulak untuk bercuti panjang sambil menguruskan persiapan persekolahan anak-anak... beli kelengkapan persekolahan... beli tu, bayar ni... nasib baik dibantu oleh bini dan jugak dapat duit bonus setengah bulan gaji dan bantuan pendidikan RM100... Kerajaan dah bagi... ambik dan terima kasih sajalah jangan banyak bunyi!
~ Lepas cuti Krismas, balik kampung bini 2-3 hari. Masa nak balik sempat singgah berkelah di Sg. Klah Hot Spring, bersama mertua dan abang ipar. Terima kasih kepada abang ipar yang sudi membelanja kami sekeluarga. :)
~ Sekarang orang kerja gomen tengah hangat pasal Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & opsyen pencen dari 58 ke 60 tahun. Sebelum bercuti aku dah sain mana yang patut... kekal pencen pada umur 58 dan sain sajalah penerimaan SBPA. Sebarang isu berbangkit pasal gaji biar Qpac & JPA bincang kemudian. Sebarang ketidakadilan biar Allah shj membalasnya.Yang penting sekarang aku nak cutiiiiiiiiiii....!!!
Selamat tahun baru 2012.