PTT Outdoor

31 October, 2010

Konvokesyen 2010

29-31 Oktober (Jumaat - Ahad); aku terpaksa menghadiri program jabatan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Tapi aku mintak kat urusetia nak balik awal sebab nak menghadiri hari konvokesyen anak sulung aku... konvo tadika je daa... so hari ahad pagi-pagi buta lepas subuh aku berangkat balik.

Acara: Ini tadika sekular, maka acaranya pun acara keduniaan je lah. Dimulakan dgn persembahan tarian setiap kelas yg ada kat tadika tu ,termasuk persembahan si along...owh,ada bakat juga anak aku tu menari, ingatkan dia reti buat tarian mengelupur je. Sambil tu diselangselikan dgn acara  lucky draw, penyampaian sijil, dan diakhiri dgn acara makan-makan beramai-ramai.

suasana sekitar majlis, bunyi bising bukan penghalang utk si kecik tu melelapkan mata...

bersama cikgu2nya...
report card
Tahun depan dah masuk darjah satu...
Terasa cepat sungguh masa berlalu...

10 October, 2010

Suatu hari di Sunway Lagoon

Dah lama tak update blog ni... sibuk dgn kerja, out station sana sini.

Suatu hari cuti, sempatlah kami sekeluarga pergi Sunway Lagoon. Setelah berbelas tahun bermastautin kat area KL/Selangor, inilah pertama kali datang ke sini. Itupun sebab dapat tiket masuk free (abang ipar aku bagi).


Moh kita ramai2 datang ke sini. Boleh cuci mata melihat berbagai spesis manusia yg berpakaian tapi macam telanjang, Kalau berkulit mulus & gebu takpe juga, tapi ramai yg menggeleber & berselulit sana sini...hahaha.

Owh... banyak dosa aku bertambah hari ni.

27 September, 2010

Selamat Jalan Sayang!


Setelah sekian lama sejak perkenalan kita 7 tahun yg lalu, sampailah masanya kita berpisah.

Bukan aku tak sayang, mungkin sudah tertulis jodoh kita setakat ini saja.

Terima kasih kerana sepanjang perhubungan suci kita, kau tak banyak kerenah & tak banyak meragam.

Jasamu akan kukenang sepanjang hidupku.

Semoga kau bertemu tuan baru yg lebih baik dari diriku, harap2 penggantimu pun tak banyak kerenah macam kau!

* Sebuah entri penuh syahdu sempena perpisahan dgn kereta pertamaku... huhu!

22 September, 2010

Beberapa Hari di Hari Raya 2010 + Tragedi Dihempap Pokok

Itulah tajuk lagu raya terbaru dari M.Nasir, setelah menyedari orang kita dah tak raya sehari dua... tapi raya sakan selama sebulan. (sila jangan percaya sebab fakta tu rekaan aku semata-mata).

Ini cerita raya aku...

- Tahun lepas dah beraya kampung isteri aku dulu. Sebagai suami yg adil lagi saksama... maka tahun ni raya kat kampung aku kat Mentakab la pulak.

- Balik kampung sehari sebelum raya, nasib baik jalan clear... mungkin sebab ramai rakyat Terengganu & Kelantan dah balik lebih awal... bagus sebab tak menyusahkan aku!

- Sampai kat kampung tempat aku dibesarkan dah petang, lemang semua dah siap masak... ayam dah siap disiang & dibasuh nak masak rendang malam nanti (semua dah disetelkan oleh bapak-bapak & mak sedara aku), melepak je lah menunggu waktu berbuka.

- Raya pertama... disebabkan jatuh hari Jumaat, maka dua kali lah ke masjid untuk solat sunat raya & solat jumaat. Antara waktu tu lepak kat rumah je melayan kawan-kawan & budak-budak yg datang beraya.


Petang balik pulak ke rumah mak aku kat Bera. Dalam perjalanan berlaku satu tragedi yg hampir menamatkan riwayat aku anak beranak. Angin takde ribut pun takde tapi tiba-tiba sebatang pokok yg boleh tahan besarnya tumbang menghempap kereta aku yg tengah bergerak tu. Tak sempat buat apa-apa tekan brek je dan terhenti kira-kira 10 meter selepas  pokok tu (sambil membawa bersama dahan pokok yg patah tersangkut atas kereta aku).


Nak tambah sedapkan cerita & menambah malang, kat pokok tu pulak ada sarang penyengat... dan masa tu pulak cermin tingkap tak tutup. Kena sengat juga lah anak-anak aku  1 das setiap seorang, manakala bapaknya kena 3 das (err...betul ke penjodoh bilangan yg aku pakai utk kira jumlah sengatan tu?). Meraung-raunglah anak aku pertama kali merasa disengat penyengat.

Nasib baik kereta belakang sempat brek, nasib baik hanya dihempap bahagian hujung pokok dengan ranting & dahan sebesar lengan je... dan nasib baik jugalah cermin depan tak pecah, kereta boleh jalan lagi, cuma pecah bumper, lampu dan kemek sikit kat bahagian pintu, bumbung & bonet depan.... alhamdulillah panjang lagi umur aku anak beranak... mesti DIA nak beri peringatan la tu.

ooppss...berhenti kejap ambik gambar... tadi tengah blur lupa nak ambik gambar kereta

- Lepas tu cerita raya aku biasa-biasa saja. Tidur rumah mak aku dua malam. Raya ke-3 balik semula ke kampung aku. Raya ke-4 balik Ipoh pulak kampung bini aku, dalam perjalanan tu sempatlah singgah beraya kat rumah abah & makcik aku.

percaya tak, dalam keadaan kereta yg ghompong ( bermaksud rongak dalam dialek Pahang) macam ni...
selamba je aku drive dari Mentakab ke Ipoh, cuma gantung no. plate je... haha...

- Lepak Ipoh 4 hari 3 malam, tapi aku langsung takde beraya ke rumah sedara-mara/kawan-kawan, sebaliknya sibuk menziarahi kedai spare part, kedai potong & kedai aksesori kereta sekitar Ipoh dalam usaha untuk cuba mengembalikan rupa paras kereta buruk aku yg dah tak berapa hensem tu.

Sekian adanya.

19 September, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham M.Rajoli


Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...

Pelakon veteran versatile berusia 65 tahun, M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 September 2010)

Aku bukanlah peminat arwah... tapi ada sesuatu yg menarik arwah tinggalkan untuk kita yang masih hidup ni menghayatinya...  dan memang pun bacaan talkin tu sebenarnya untuk orang yg masih hidup mengambil pengajaran... yg dah mati tu nak diajar apa lagi...dah terlambat dah...



* Video di atas adalah babak bacaan Talqin oleh arwah sewaktu berlakon di dalam filem Esok Untuk Siapa puluhan tahun yang lepas (ketika masih muda, hensem dan sihat lagi).

Al-Fatihah kepada Allahyarham dan salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin!
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...