PTT Outdoor

24 June, 2007

Bolasepak 9 sebelah

Hari ni dari pagi sampai petang main bola je, mewakili team apartment aku masuk pertandingan bolasepak 9 sebelah di kawasan tempat tinggal aku ni.


 Main striker. Team aku kebanyakannya pemain veteran je, tapi mampu juga pergi sampai suku akhir, kalah penentuan penalti. Dan salah seorang yang gagal score penalti adalah.........aku! Huhu...

aksi penalti

01 May, 2007

3rd Birthday Aiman Izzuddin


Harijadi anak sulung aku, si Aiman yg ketiga.

Ibunya buatkan kek harijadi...kami sambut berempat je...sempoi.


Tak payahlah nak buat majlis harijadi...kecik lagi.

Happy besday Aiman.

01 April, 2007

Discovery Challenge Group Gathering @ Cherating


31 Mac 2007 – 8.00 am, bertolak ke Pantai Cherating utk join gathering grup gunung aku dulu,DC Group. Sampai pukul 11.00 am. Lepak2 kat chalet. Petang ada acara sukaneka, lepas tu bawa Aiman mandi laut. Aliff baru umur 3 bulan lepak tepi pantai je lah dgn ibunya. 


Malam pulak ada acara BBQ & karaoke. Lepas tu pergi pekan Kemaman layan snooker dgn kawan2 lama. Esok tengahari bersurai.

18 February, 2007

Selamat Pengantin Baru, Juliana

Cuti raya cina, adik tiri aku (mak sama ayah lain), Juliana, kahwin dengan budak Jengka. Semua adik beradik balik, memang penuh lagi meriah bila semua berkumpul. Tolong2lah buat persiapan kenduri apa2 yg patut.


Lepas kenduri, bergotong royong adik beradik merobohkan bilik air kat luar rumah yg memang dah nak roboh pun. Buat pulak yg baru. Bilik air kat dalam pun ada, tapi yang kat luar ni utk kemudahan bila dah ramai sangat anak cucu yang balik serentak. Berebut la pulak. Dah siap terus balik KL.

31 December, 2006

Salam Aidil Adha... Jaga sendiri isteri berpantang

~ Bini aku masih dalam pantang dan malas nak jalan jauh, jadi beraya dan berpantang di rumah sendiri je. Masa baru bersalin, ada juga mertua datang rumah aku, duduk seminggu. Boleh juga tengok2kan bini aku & baby. Kalau hantar balik kampung, banyak juga kos nak ulang alik. Kena juga menghulur duit belanja makan minum, takkan nak duduk saja ye tak? 

lenanya dia tidur...

~ Jadi, susah senang biar aku jaga sendiri (bukan aku kedekut, tapi bajet aku yg ciput). Maka cuti hampir 2 minggu aku habiskan dengan kerja2 mengemas rumah, memasak (masakan bodo-bodo je la) & basuh pinggan, membasuh & sidai kain, melayan kerenah anak sulung aku, mandikan baby, tolong buat tungku utk bini aku dan juga mengurut bini aku satu badan secara pakej 3 hari berturut-turut (dah macam mak bidan pulak). Pehh...baru aku rasa betapa penatnya jadi surirumah sepenuh masa. Bini aku rilek je, aku kasi can. Bila aku dah start kerja nanti, pandai2 dialah nak hidup...hohoho!

Lepas gi solat raya, balik lepak kat rumah je, menjalankan tugas2 seorang suami & bapak mithali...cheh. Lepas tu masak ketupat segera & buat rendang daging sikit untuk menghidupkan suasana raya dlm rumah aku. Dan kedua2 menu tu aku melantak sendiri sorang2 je...hehe.. bini aku masih dlm pantang daa. Selamat Hari Raya & Selamat Tahun Baru.

21 December, 2006

Mengumumkan ketibaan Aliff Najmuddin

8.00 malam tadi, bini aku mengadu sakit perut. Sakit perut biasa je kot. Pergi klinik dekat rumah je, doktor pun buat pemeriksaan biasa lepas tu bagi ubat sakit perut.

12.00 am; bini aku rasa sakit makin kerap, kekerapan setiap 5 minit. Bila tengok ada keluar darah sikit, terus bawa ke Hospital Sg Buloh. Kelam kabut punya pasal, aku angkut sekali anak sulung aku si Aiman yg tengah syok tidur. Sampai hospital, rupanya pintu rahim dah terbuka 8 cm. Membebel nurse tu kat aku pasal lambat hantar ke hospital. Terus kena masuk bilik bersalin. Aku nak masuk tengok & temankan bini aku tak dibenarkan pulak sebab ada Aiman. Aku terpaksa hantar Aiman balik dulu, tinggalkan kat taska, biar dia tidur kat sana. Lepas tu pergi hospital balik nak tengok baby keluar, tapi tak sempat.....

2.12 am; baby yg kami dah rancang utk diberi nama Aliff Najmuddin selamat dilahirkan secara normal, seberat 3.0 kg. Alhamdulillah kedua-dua ibu & anak sihat dan selamat, walaupun tarikh jangkaan sebenarnya awal Januari tahun depan. Mungkin sebab ibunya banyak sangat berjalan naik bukit turun bukit masa pergi Bukit Tinggi baru-baru ni, tu yg tak sabar-sabar nak keluar tu...agaknyalah.

7.00 am; balik rumah tanam uri. Lepas tu pergi hospital balik hantar barang keperluan. Tapi bini aku kata petang ni dah boleh keluar. Balik rumah tidur sekejap. Penat tak tidur sejak malam tadi dan penat juga berulang alik dari rumah ke hospital sejauh kira-kira 15 km sehala. Tapi aku sedar kepenatan tu tak seberapa kalau nak dibandingkan kesakitan bini aku bertarung nyawa melahirkan zuriat aku, apalah sangat kan?

 dah boleh panggil abang long lah si aiman ni...


3.00 pm; pergi pejabat pulak ambik guarantee letter (GL), kemudian ke hospital semula untuk bawa balik baby & ibunya. Pejam celik pejam celik dah dua orang anak aku, dua-dua hero pulak tu. Masih ada rasa macam tak percaya dah ada anak (yg dirasai semasa kelahiran anak pertama dulu).
 
Cukup dulu setakat ni, lain kali sambung cerita.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...