PTT Outdoor

23 January, 2015

Tips Berjimat agar dapat travel keliling dunia walaupun tak kaya!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pasti ramai yang ada impian untuk melancong dan mengembara keliling dunia... melihat keindahan alam tanda kebesaran Allah, serta mengenali bangsa dan menyelami budaya hidup yang berbeza. Tapi nak travel kena ada duit banyak dan bukan semua yang mampu. Mungkin tips berjimat dari Bro Q Rhy Mey ni boleh merealisasikan impian kita untuk mengembara tercapai... insya Allah.

Ada sahabat tanya saya macamana saya boleh jimat duit dan travel walaupun saya tidak kaya? Berdasarkan pengalaman sendiri, ini yang saya lakukan beberapa tahun lepas.

1. Yang belum ada kereta, kumpul duit tiap2 bulan semaximum yang boleh, beli kereta 2nd hand secara tunai dan pastikan kereta berkeadaan baik. Contoh, kancil RM6k-RM8k. Jangan fikir negatif tentang maintenance/repair/services nanti. Guna dan pandu dengan cermat, maintenance services kerap mengikut jadual. Maintain kereta dan usah berangan untuk tukar kereta. Di sini anda telah jimat jika ansuran bulanan yang dianggarkan RM500-RM1k setiap bulan. Jika setahun tentu RM6,000-RM12,000!
2. Jika anda punyai kereta, kekalkan kereta anda walaupun setelah habis membayar sepenuhnya. Usah bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekal dalam 6 bulan, anda akan dapati ada duit lebihan contoh RM500 sebulan, 6 bulan tentu sudah ada RM3000 dalam tangan. Jika setahun, tentu RM6000!

3. Bayar bil secara lebihan. Jika bila anda RM75, bayar RM100. Tetap bayar lebih setiap bulan dan jangan fikir tak perlu bayar jika 2-3 bulan akan datang tengok bil negatif (contoh negatif -RM25 yakni TNB hutang kita). Displinkan diri bayar sampai hujung tahun. Anda akan dapati bil anda telah capai -RM300. Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tak perlu risau setiap bulan untuk bayar bil. Pastikan bayar bil secara online, bayar di kaunter tidak dibenarkan bayar lebih.

4. Berhenti merokok. Maaflah ya perokok. Anda boleh jimat antara RM120-RM200 sebulan. Mungkin lebih untuk perokok tegar.

5. Jangan membuat pinjaman untuk apa-apa seperti pinjaman peribadi, pinjaman membeli saham, tak perlu beli insurans hayat jika anda betul-betul berjimat untuk beberapa tahun dan jaga kesihatan anda yang paling utama agar tidak sering jatuh sakit.

6. Saya sudah hampir 10 tahun berhenti langgan astro. Saya jimat RM1200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12k. Saya jarang tonton tv sebab saya selalu pulang lewat. Jika ada masa tersisa hanya 1 jam itu pun rasa tak berbaloi langgan astro. Jika mahu tonton, saya tonton melalui youtube (jika ada).

7. Kurangkan berbelanja makanan minuman mewah di luar. Tentu dapat jimat RM150-RM250 sebulan.

8. Jika ke tempat kerja, guna kereta separuh jalan, parking berhampiran stesen dan naiki tren atau bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol kereta anda. Contoh jika sebulan kos petrol anda RM400, anda sudah jimat RM200.

9. Elakkan shopping barang yang tak perlu. Jika setiap bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150-RM200, anda sudah jimat RM200. Tak perlu risau, nanti semasa travel anda boleh shopping, barang overseas lagi.

10. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa jika perlu berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan kos dan mungkin mengurangkan dosa bergosip atau mengumpat atau fitnah. Jangan marah aa. Anda boleh jimat separuh atau mungkin lebih. Jika sebelumnya, penggunaan telefon saya mencecah RM90 sebulan, kini RM30 bertahan untuk sebulan. Saya jimat RM720 setahun.

11. Jangan lupa banyakkan bersedekah kepada yang layak, terutama kepada ibu bapa, kepada keluarga, dan kepada yang layak dan berhak. Jangan kedekut kerana bersedekah tidak akan membuat anda miskin, malah Allah swt akan membantu anda melalui orang-orang yang terpilih tetapi jangan terlalu berharap sangat nanti anda kecewa tapi lakukan dengan penuh ikhlas tanpa berkira-kira. Jika anda rajin bersedekah, orang yang mahu berhutang pun akan terasa malu dengan anda sebab anda pun bukan orang kaya. Inshaallah dijauhkan oleh pencuri, pencopet, penyamun, dll.

12. Rajin solat dhuha, dekati Allah swt. Solat tahajjud jangan tinggal juga solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Bangun sebelum adzan subuh dan siap-siap solat serta jangan tidur semula.

13. Berfikir positif tentang semua perkara dan elakkan berfikiran negatif. Niat positif, fikir positif, berkata positif dan bertindak positif, hasilnya akan terbaik. Displinkan diri itu paling penting, usah terpengaruh dengan anasir yang kurang sihat. Contoh, diajak beli kereta baru.

14. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi bukan hanya sekadar menjimat duit. Dan anda boleh tambah sendiri. Tak perlu join bisnes buat duit berjuta-juta ria yang belum tentu terjamin anda menjadi seorang jutawan.

15, Anda tak buat, anda takkan faham sendiri sebab saya buat ini daripada pengalaman sendiri, tak pergi kelas atau kursus pun.

~Travel doesn't need you to become rich~


12 January, 2015

Kembali ke sekolah: Perkara-perkara yang Ayah dan Ibu Mahu Anak-Anak Tahu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Walaupun sesi persekolahan 2015 ditangguhkan seminggu akibat musibah banjir besar, anak-anak nampaknya tak sabar nak kembali bersekolah, terutamanya si Aina yang akan masuk tadika... Selamat kembali bersekolah buat Along (Tahun 5) dan Angah (Tahun 3), serta selamat masuk sekolah tadika untuk Aina.


  
Berikut adalah entri yang diedit dari aminin.my, buat renungan untuk anak-anak ayah dan ibu....
Moga apa yang dikongsi ini menjadi iktibar dan pedoman, dari kecik sampai besar.

24 Perkara Ayah dan Ibu Mahu Anak-Anak Tahu
1. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
2Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
3Cari orang yang boleh gembirakan kamu dan berbaik-baiklah dengan mereka. Ketawa itu ibarat vitamin. Dan kita sentiasa perlukan vitamin untuk badan kita.
4. Bacalah bahan bacaan seperti sajak dan puisi. Agar kamu dapat belajar bahasa yang indah-indah. Dalami ilmu agama sebanyak mungkin. Sekurang-kurangnya doalah kesejahteraan kami, sekali sehari pun sudah memadai buat kami.

5. Jangan sekali-kali berbohong mengenai perkara yang benar-benar penting. Pembohongan pertama akan menyebabkan anda perlu untuk berbohong sekali lagi dan sekali lagi untuk menutup kebenaran. Dan setiap kali anda akan menyimpang jauh dan merumitkan keadaan sendiri.

6. Melakukan perkara yang salah adalah lebih baik daripada langsung tidak melakukan apa-apa. Kamu akan tetap membuat kesilapan di dalam hidup. Soalan sebenar adalah apa yang kamu akan belajar daripada kesilapan kamu, itu paling penting.

7. Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.

8. Anak gadisku sayang.. Perempuan harus menjaga kesucian diri ,jika kita biarkan orang lain merenggutnya,maka derita itu akan kita bawa seumur hidup kita.
9. Buat anak lelaki, jangan memberi komitmen kepada si gadis jika belum betul-betul bersedia nak berkahwin, baik dari segi kemampuan kewangan, persediaan mental, emosi dan diri sendiri.
 10. Anak lelakiku, hormati wanita sebaik-baiknya. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang lelaki itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang wanita yang kamu cintai.

 11. Menangis lah jika kamu mahu menangis. Tak salah jika kamu mahu menitiskan air mata untuk perkara yang mengembirakan atau menyedihkan kamu sekali-sekala. Lelaki juga manusia.

 12. Cari jalan untuk mengembirakan dan membuat kamu selesa tubuh badan kamu. Kamu tidak perlu tubuh badan seperti atlet untuk menjadi lelaki sejati. Yang penting, kamu gunakan badan kamu dengan sebaik mungkin dan jaga ia.
13. Melihat video atau gambar-gambar tidak senonoh mungkin menyeronokkan bagi kamu, tapi sesungguhnya ia merosakkan akal. Jika anda melakukan hubungan intim dengan orang yang anda sayang dan ambil berat serta secara halal, itu adalah seribu kali lebih indah dan menyeronokkan. Maka sabarlah dan habiskan pelajaranmu dulu.
 14. Jangan tergopoh-gapah untuk berkahwin kerana penceraian itu amat menyedihkan jika kamu berada di dalamnya. Perkahwinan yang bahagia tidak semestinya pada umur yang masih muda, tetapi tetap akan bahagia pada umur 50 tahun jika itu takdirnya.

 15. Lihat kedalam mata si dia apabila kamu jatuh cinta untuk mendalami hati dan perasaan si dia.

16.Jangan mudah jatuh cinta tanpa kenal budi bicara. Pandai-pandailah membawa diri,di luar sana banyak sekali orang-orang yang tidak kamu kenal dengan baik, walaupun kamu rasa ‘mengenal’ orang yang kamu cintai, jangan sampai kamu serahkan mahkota diri kamu padanya sebelum pernikahan terjadi. Kami harap anak-anak kami tahu menjaga maruah diri dan maruah keluarga. Itu saja yang kami minta.
17. Habiskan sebahagian dari masa kamu setiap tahun dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kamu. Ia akan mengisi hati kamu dengan kesyukuran dan akan membuatkan kamu lebih menghargai kehidupan kamu. Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.

18. Cari kerja yang membuatkan kamu bahagia. Jika anda boleh mengubah dunia dalam proses itu, ia adalah lebih baik.

19. Anakku, jika kamu dapat peluang untuk mengembara ke seluruh negara atau ke seluruh dunia, pergilah. Ambil pengalaman dengan suasana berbeza dan bersama orang yang berbeza. Kamu akan belajar lebih lagi berbanding dengan orang yang sama kamu jumpa setiap hari.

20. Wang dan kuasa merupakan kombinasi yang baik, tetapi mereka tidak akan mengisi kekosongan kamu seperti keluarga kamu memberikan kegembiraan kepada kamu.

21. Hidup dengan gembira, jangan menyerah kalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang kamu inginkan.

22. Selalu ingat yang ibu dan bapa selalu menyayangi kamu dan sentiasa berada di belakangmu biar apa pun yang terjadi.

23. Jangan lupakan keluarga kalau dah berjaya nanti. Ibu dan ayah tak mahu kamu menjadi seorang yang berjaya tetapi melupakan keluarga.

24. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

11 January, 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir @ Kelantan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dari 6-10 Januari, aku berkesempatan menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir (kerja-kerja pembersihan) bersama rakan-rakan sekerja selama 5 hari di sekitar negeri Kelantan, iaitu antara negeri yang paling teruk terjejas. Sungguh menginsafkan bila melihat kesan-kesan kemusnahan teruk di sekitar Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu dan Tumpat, pastinya peristiwa ini memberi kesan mendalam terhadap mangsa-mangsa yang terlibat.

 antara kesan-kesan kemusnahan selepas banjir

geng sukarelawan kami

Sukar dibayangkan perasaan mereka yang menjadi mangsa musibah ini, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Diharapkan berkat usaha kami para sukarelawan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka. 

BACA: 'Bah Kuning'... Tragedi Tragis Dalam Lipatan Sejarah Kelantan


21 December, 2014

The Hobbit - The Battle of the Five Armies.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sempena harijadi Angah, kami sekeluarga menonton filem The Hobbit: The Battle of Five Armies. Disebabkan dah menonton kedua-dua filem terdahulu, tak lengkap rasanya kalau tak menonton sekuel terakhir trilogi pengembaraan Bilbo dan rakan-rakannya. Malas aku nak mengulas, jadi lebih baik kopipes ulasan orang yang lebih rajin...hehe.


Ulasan oleh : IZZAT MOHD ANUAR (MYNEWSHUB.CC) 
Siri adaptasi daripada karya agung J.R.R Tolkien itu bermula dengan filem pertama, The Hobbit – An Unexpected Journey (2012) diikuti sekuel The Hobbit – The Desolation of Smaug (2013).
Plot yang ditampilkan dalam sekuel terbaharu, akan merungkai nasib yang menimpa penduduk Laketown apabila Smaug, naga gergasi yang penuh amarah menyerang perkampungan tersebut. Smaug bertindak demikian setelah Bilbo Baggins, Thorin Oakenshield dan rakan-rakan menceroboh ke ‘Lonely Mountain’ dan cuba untuk membunuhnya bagi merampas kembali tempat tinggal dan emas yang diambil Smaug.  
Bukan itu sahaja, pertarungan hebat bakal ditampilkan melalui babak peperangan beberapa puak, antaranya Orc, Elf, manusia dan orang kerdil (dwarves).

Untuk informasi, The Hobbit merupakan prekuel kepada trilogi popular, The Lord of The Rings yang ditayangkan pada 2001 – 2003. Sutradara hebat Peter Jackson yang menangani kedua-dua trilogi ini, secara purata berjaya memungut hampir US$3 bilion bagi kutipan trilogi The Lord of The Rings dan bagi trilogi The Hobbit, US$2 bilion sudah pun berhasil dikutip menerusi dua siri terdahulu. 
Setelah memakan masa lebih 10 tahun untuk tampil dengan keenam-enam siri, nampaknya filem terbaharu kali ini bakal jadi yang terakhir. Ia berikutan perselisihan faham antara syarikat penerbitan Warner Bros dan waris Tolkien dalam isu pemilikan karya-karya terdahulu, lantas, buku terakhir yang masih berkisar tentang fantasi itu, The Silmarillion, tak dapat diadaptasi ke layar perak. 
Maka, ini satu lagi alasan kukuh mengapa para peminat trilogi epik The Hobbit perlu ke panggung untuk menyaksikan kesudahannya! - MYNEWSHUB.CC

Selamat Hari Lahir ke-8, Angah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat hari lahir yang ke-8 buat anakku Angah.

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

Semoga menjadi anak yang soleh.

Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Aamiin.


19 December, 2014

Gebu makin gebu... datang pulak si Kontot

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 Julai lepas, bini aku mengutip seekor anak yatim yang dinamakan Gebu... sebab bulunya warna putih gebu. Masa kecik teruk juga Gebu dibuli oleh si Memey.



Sekarang Memey dah hilang entah ke mana, sejak musim mengawan yang lepas... entah ikut jantan mana agaknya. Gebu pulak umurnya dah lebih kurang enam bulan... makin gebu, makin nakal dan makin kuat makan. Tiba-tiba hari ni Angah kutip pulak seekor lagi anak yatim terbuang... bersungguh-sungguh nak bela katanya. Kucing warna putih hitam tu dinamakan si Kontot sebab ekornya kontot. Kali ni giliran Gebu pulak membuli Kontot.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...