- Pagi Sabtu sebelum pergi memancing kat Jambatan Pulau Indah, aku sempat bawa anak bini pergi sarapan kat Kedai Makan Pak Man kat Kg. Melayu Subang (dekat tapak pasar tani). Pernah tinggal area tu masa baru-baru kahwin hampir 10 tahun yg lalu, dan selalu juga bersarapan kat situ sebab dia punya pulut kuning cicah kari ayam memang sedap le bagi tekak aku. Masa aku pergi tu... sekali pulut dah habis daaa...!!! Huhu... layan je la nasi lemak, anak bini pulak pekena roti canai.
- Nak balik awal lagi, ronda punya ronda tersinggah pulak kat
PAWS Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Subang... satu tempat perlindungan utk haiwan peliharaan yg terbiar, khususnya kucing dan anjing la. Setakat ni belum ada lagi aku dengar ada pusat perlindungan ikan terbiar... hamster terbiar... khinzir terbiar... atau burung terbiar... dsb. Ehh termengarut pulak.
- Disebabkan tempat ni diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan, ia amat bergantung kepada sumbangan derma orang ramai. Sesapa yg nak bela kucing bolehlah ambil kucing angkat dgn
kos tertentu. Sesapa yg ada kucing tapi dah tak sanggup nak jaga (tapi tak sanggup pulak nak buang kat kedai makan atau pasar atau mana-mana tempat awam) boleh juga diserah kat pusat ni, juga dgn. kos yg sama tapi kena bersetuju dgn
polisi penyerahan yg ditetapkan oleh pihak PAWS. Kalau rasa tak setuju dengan kemungkinan kucing tu akan 'ditidurkan' dalam tempoh tertentu jika takde sapa yang ambil utk dijaga, baik jangan hantar.
- Tempat ni terbahagi kepada dua seksyen iaitu anjing dan kucing. Tidak pulak terlintas nak masuk tempat anjing tu, jadi kami tengok-tengok kat seksyen kucing je. Kebanyakan kucing kat sini adalah dari jenis domestik atau kucing kampung, tapi ada juga jenis kacukan yg aku tak tau pulak baka jenis apa. Banyak yg comel-comel tapi kesian pulak tengok kucing-kucing tu terkurung dalam sangkar.
 |
| ini kurungan anjing... |
 |
| reban/kurungan kucing |
 |
| seronoknya aina |
- Bagaimanapun, semua haiwan kat sini cukup makan, malah diberi penjagaan kesihatan sewajarnya termasuk suntikan vaksin dan rawatan pemandulan (dikasi/dikembirikan).
- Niat asal mula-mula ingat nak tengok je kucing-kucing kat sini. Tapi anak bini agak teruja lalu terberkenan pulak nak bela seekor. Aku pun tak kisah sebab bagus juga dapat mendidik anak-anak sifat sayangkan haiwan. Agak memeningkan juga diorang nak memilihnya sebab banyak yg comel-comel belaka. Tapi tak bolehlah nak ambil banyak-banyak memandangkan kami duk apartment je.
 |
semua kucing ada tag nama.. nama orang putih belaka...
takde yg namanya pe'ah, kontot, comot mahupun tompok...
boleh pilih mana suka |
 |
| pencinta haiwan |
- Seekor kucing comel bernama Emmy yg bini aku pilih bersifat agak pemalu dan agak takut-takut dgn orang. Kalau tengok kat tag pengenalannya, si Emmy tu baru sebulan dihantar ke situ. Bila dipegang je oleh sorang pekerja kat situ terus dia melompat lalu lari masuk dlm semak. Tak pasal-pasal PAWS hilang seekor kucing hari ni.
- Akhirnya semua sepakat ikut pilihan si Along iaitu seekor anak kucing jantan berwarna oren+putih, berbulu sedikit kembang dan baru berumur 4 bulan. Dengan ini kami memperkenalkan ahli keluarga kami yg baru iaitu.... CHILLI. Ehh lupa lak nak tanya apasal namanya diberi macam tu. Tanya pakcik Gugel jap... haa dah dapat
jawapannya! . Tapi kami rasa macam pelik je nak panggil cili sebab cili biasanya warna merah... jadi tukar sikit la bunyinya jadi CHARLIE... barulah urban sikit... kui3.
 |
emmy yg terlepas lari...
chilli yg extremely friendly |
 |
| pekerja baju oren mengeluarkan Chilli yg. berbulu warna oren dari rebannya |
- Balik tu terus singgah kedai haiwan peliharaan nak cari makanan kucing dan dah tentulah pasir kumbahan dia. Pengurus PAWS tu kata kucing-kucing kat situ semua 'toilet trained'... harap-harap tak berak bersepah... senang sikit kerja tak payah nak dilatih lagi...
 |
selamat sampai rumah... terus menunjukkan aksi 'extremely friendly'nya
seperti menggesel dan menjilat keluarga barunya... |
 |
| posing bajet comel la tu |
 |
apa tengok-tengok? cepat la update blog...
tak sabar nak masuk dlm blog alibukansetan ni... |
- Selamat Datang Charlie... kami akan anggap macam keluarga sendiri. Aku dan bini akan anggap macam anak sendiri, dan aku suruh anak-anak aku anggap dia macam adik sendiri. Jangan lupa tolong beri makan... tolong beri belaian kasih sayang... tolong main bersama... tolong jaga kebersihannya... dan dah tentu tolong bersihkan bekas tempat dia melepasss...
- Kalau sesapa berminat nak ambil kucing angkat, selain kat PAWS, ada beberapa lagi tempat perlindungan haiwan terbiar. Atau kalau nak yg free... pergi cari kat kedai-kedai makan... kat pasar-pasar... ada banyak lagi sebenarnya kucing terbiar kat luar sana...