10-11 April 2010; balik kampung nak tengok anak sedara baru. Dalam perjalanan balik ke KL, macam biasa mesti singgah bawa anak2 mandi kat Hutan Lipur Lentang. Anak kecik aku si Aina tu dah umur 4 bulan lebih...dah boleh mandi sungai dah tu...steady je dia dia walaupun air sejuk gila...agak2 lepas setengah jam dah menggigil baru bawa naik.
Abang2 dia pulak...huh malas nak cerita...selagi tak panggil tak reti2 nak naik...
Sekian posting ringkas dari aku...malas!
12 April, 2010
27 March, 2010
Futsal Friendly....
Malam tadi main futsal persahabatan kat Rawang antara ofis aku, Pejabat Operasi Gombak (POG) lawan Pejabat Operasi Kajang (POK). Bebudak ofis aku ada 7 orang je (cukup2 ada dua pemain simpanan) tapi POK bawa berbelas2 player. Adehhh...pancit aku...
Kesudahannya menang 8-11... Ehh...kenapa 8-11...bukan 11-8??? Sebab pihak lawan yg menang...haha! Dalam bulan depan diorang ajak repeat...main kat Kajang pulak. Lepas game boleh gi pekena sate kajang pulak...
Kategori :
Bola
14 March, 2010
Hijrah lagi...
Atas beberapa sebab, terutamanya tak larat nak melayan kerenah seorang makcik jiran sebelah, aku pindah semula ke rumah sendiri yg aku sewakan sebelum ni, kebetulan rumah tu baru dikosongkan oleh penyewa. Lebih kurang dekat dua tahun jugalah merasa duduk rumah teres dua tingkat. Anak ketiga pun lahir di sini.
Sekarang pindah duduk apartment balik, seminggu dua jugalah sibuk mengemas & packing barang.
Sekarang pindah duduk apartment balik, seminggu dua jugalah sibuk mengemas & packing barang.
selamat tinggal kucing2ku J-lo & Jibam...
bagi free je sangkar kat jiran aku, dgn syarat tolong jaga kucing2 ni sekali...
bagi free je sangkar kat jiran aku, dgn syarat tolong jaga kucing2 ni sekali...
rumah sekarang...
Lepas ni tak tau pindah mana lagi, rasanya tak kot...
Lepas ni tak tau pindah mana lagi, rasanya tak kot...
Kategori :
Peristiwa
11 March, 2010
Hati-hati guna Facebook
Ramai kawan2 aku dah ada akaun Facebook. Malah ada yg dah jadi FB addict...sehari tak buka FB boleh menggigil satu badan. Papahal pun ni aku nak share info pasal FB yg aku rasa bagus untuk pengetahuan kita bersama. Facebook : Nasihat Penggunaan
Facebook (FB) adalah salah satu ’social networking’ sama macam friendster, myspace, googlebuzz dan banyak lagi. Bila kita dah sign up untuk join FB, secara otomatiknya kita adalah salah seorang daripada komuniti FB. Maka, kita bertanggungjawab ke atas diri kita dan orang lain yang ada dalam komuniti FB.
Kita kena ingat, orang lain yang guna FB mungkin tak sama macam kita guna FB. Ada orang guna untuk tambah kawan, cari kawan lama, jaringan bisnes, informasi, urusan rasmi dan sebagainya. Secara tak langsung, nak tak nak memang kita kena hormat pengguna-pengguna lain.
Banyak isu timbul bila Mark Zuckerberg perkenalkan laman sesawang FB ni. Tak kurang juga teori konspirasi yang berbagai-bagai. Nak percaya boleh, tak nak pun tak mengapa. Tapi, beberapa perkara perlu kita ambil perhatian. Antaranya:
- Pihak Facebook Corp. dapat mengetahui setiap benda yang kita masukkan dalam profile kita. Ini termasuklah gambar, maklumat, aktiviti, kegemaran, jaringan dan sebagainya. Sebab itulah timbul teori FB dijadikan sebagai medium untuk monitor pengguna. Benda ini mungkin hanya teori tapi tak mustahil.
- Gambar-gambar, posting-posting dan maklumat-maklumat yang kita masukkan atau orang lain masukkan untuk kita akan terdedah kepada siapa saja (jika tidak diprivasikan). Risiko untuk diri anda di’dajal’kan oleh orang adalah sangat tinggi.
gambar hiasan
Oleh sebab itu, setelah menggunakan FB untuk beberapa ketika, saya melihat beberapa kebejatan dalam penggunaan laman sesawang ini. Berikut adalah beberapa nasihat saya untuk pengguna-pengguna FB:
- Elakkan memasukkan semua maklumat peribadi secara terperinci ke dalam profile anda. Ia mungkin dieksploitasi oleh pihak yang anda tidak ketahui (termasuk FB Corp.).
- Sekiranya anda tak mahu maklumat peribadi terdedah, lebih elok privasikan laman anda (jika anda bukan ikon masyarakat).
- Setiap gambar manusia yang anda post adalah hak milik orang yang ada dalam gambar tersebut. Kalau nak post, pastikan minta izin dulu. Boleh jadi orang itu tak suka gambarnya dimasukkan.
- Elakkan tag nama orang dekat gambar-gambar yang tak masuk akal atau tiada kena mengena atau dengan tujuan seronok-seronok. Ingat, sesetengah orang tak guna FB untuk seronok-seronok.
- Kalau anda kemaruk membuat maksiat, tak perlulah mempamerkan segala-galanya di laman anda. Simpanlah aib anda dalam hard disc masing-masing. Jangan sampai nanti orang boleh jadikan modal fitnah. (walaupun masa tu anda dah bertaubat nasuha.)
- Jika anda terlibat dengan aktiviti-aktiviti subversif (cth: parti pembangkang, HAMAS etc.) yang boleh jadi tidak disukai oleh mana-mana pihak dan anda tak mahu diketahui oleh pihak itu, elakkan memasukkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan secara ekstrim. Cukuplah untuk anda simpan sendiri-sendiri. (cth: gambar tokoh-tokoh, senapang, bom etc.)
- Jangan mulakan wall post yang provokatif sampai beratus-ratus orang bergaduh kerananya.
- Jika anda berminat dengan games-games yang ada dalam FB, tak perlulah forward kepada semua kawan-kawan anda yang ada dalam senarai. Boleh jadi mereka tak mahu mencemarkan laman mereka dengan games-games tak masuk akal itu. Penat pulak mereka nak remove satu persatu.
- Jangan forward kuiz-kuiz yang mengarut. Kalau nak forward juga, pilihlah kepada siapa anda nak forward, iaitu friends yang anda rasa nak main kuiz itu juga.
- Jangan post urusan-urusan peribadi dekat wall. Cukuplah dengan personal message atau email.
- Jika anda dapat mesej berantai, pastikan mesej itu benar-benar sahih dan tepat. Jika tidak atau kurang pasti, JANGAN forward kepada semua orang walaupun dinyatakan dalam mesej tersebut. Tak perlu risau atau rasa bersalah. (juga boleh diaplikasi dalam YM)
- Elakkan accept friend request tanpa mengetahui siapa yang request. Boleh jadi orang itu adalah musuh atau pemfitnah besar.
- Jangan join group-group yang mengarut atau tiada hala tuju dan yang lebih penting, JANGAN invite orang lain untuk join group-group yang mengarut.
- Jika anda ingin meringkaskan penggunaan FB tanpa dicemari games, quiz, application yang tak diingini, gunakan FB Lite
- Elakkan membazir masa yang lama dengan FB. Hidup ni bukan hanya untuk alam virtual.
- Gunakan laras bahasa yang elok dan sopan. Jangan maki hamun orang walaupun orang itu ternyata salah.
Beberapa pihak mungkin mampu memanipulasi FB untuk kepentingan tertentu. Data mining, intrusion of privacy, violation of intellectual properties adalah isu-isu biasa di negara maju. Nyata sekali, kerajaan-kerajaan taghut, syarikat-syarikat besar, individu-individu berkepentingan mampu mengeksploitasi FB untuk tujuan tertentu terutama dalam isu monitoring dan data mining.
Risiko untuk maklumat dan gambar-gambar dalam FB digunakan untuk tujuan jahat adalah sangat tinggi. Mungkin bukan sekarang, mungkin juga pada masa depan. Berfikirlah dahulu sebelum jari-jemari mengklik tetikus dan menekan papan kekunci.
Bukan semua perkara dalam FB tidak baik. Tak dinafikan banyak juga kebaikannya. Terpulang kepada tujuan dan cara penggunaan.
Tahukah anda?
- FB merupakan laman sesawang kedua paling popular selepas google.com.
- Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, FB merupakan laman yang paling popular.
- FB mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna aktif dan bilangan mereka meningkat setiap hari.
- Lebih 3 bilion gambar dimuat naik ke dalam FB setiap bulan.
- Lebih 35 juta pengguna meng’update’ status mereka setiap hari.
- Secara purata pengguna menggunakan lebih 40 minit sehari untuk FB.
Wallaahua’lam.
Kategori :
Blog/Internet
18 February, 2010
Selamat Pengantin Baru, Lan & Jijai
13-17 Feb. 2010, cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Balik kampung, ada dua kenduri kahwin. 1 di Pahang (adik tiri aku) dan 1 di Perak (abang bini aku), berselang sehari. Walaupun jauh jaraknya tapi saudara terdekat yg kahwin jadi tak patut la kalau tak balik. Lainlah kalau saudara yg bau2 kentut, bolehlah pilih salah satu.
13 Feb; Balik Pahang. Lumrah musim cuti, jalam jem gila. Start dari Bt Caves sampai lepas terowong Genting Sempah, lenguh kaki main klac. Masa ni lah terbayang nikmatnya bawa kereta auto. Perjalanan biasa 2 jam dah jadi 4 jam...adehhh.
14 Feb; kenduri kat Pahang, rumah mak aku. Biasalah kat kampung, persiapan kenduri dibuat secara gotong royong. Penat la sikit membantu bahagian penanggah. Menu kat sini special sikit, lauk utama Ikan Patin Gulai Tempoyak.
Lepas kenduri, lebih kurang 4 ptg, bertolak ke Ipoh pulak. Lepak sejam minum kat Batang Kali. Sampai Ipoh dekat pukul 10.00 mlm...penat!
13 Feb; Balik Pahang. Lumrah musim cuti, jalam jem gila. Start dari Bt Caves sampai lepas terowong Genting Sempah, lenguh kaki main klac. Masa ni lah terbayang nikmatnya bawa kereta auto. Perjalanan biasa 2 jam dah jadi 4 jam...adehhh.
14 Feb; kenduri kat Pahang, rumah mak aku. Biasalah kat kampung, persiapan kenduri dibuat secara gotong royong. Penat la sikit membantu bahagian penanggah. Menu kat sini special sikit, lauk utama Ikan Patin Gulai Tempoyak.
Lepas kenduri, lebih kurang 4 ptg, bertolak ke Ipoh pulak. Lepak sejam minum kat Batang Kali. Sampai Ipoh dekat pukul 10.00 mlm...penat!
Kategori :
Nikah Kahwin
12 February, 2010
Main Bola kat Stadium Shah Alam
Ooopss...sebenarnya main kat Stadium Mini Shah Alam, sebelah Stadium Shah Alam. Sebenarnya aku dah tak larat sangat nak main bola memandangkan keadaan lutut yg dah kondem ni. Masa main tak terasa sangat, yg azabnya bila lepas main, seminggu sakitnya. Tapi kawan-kawan dah ajak, layan je lah... lagipun gatal juga kaki dah lama tak main.
pemain2 simpanan yg gelap masa depan
Perlawananan persahabatan Statistik Selangor FC lawan team kakitangan Perbadanan Negeri Selangor Bhd (PNSB) yg menguruskan stadium ni, berkesudahan seri 2-2. Habis game pukul 11.00 malam, terus balik rumah. Esok pagi2 nak balik kampung.
Kategori :
Bola
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.







