PTT Outdoor

15 April, 2008

Risaunya bila si Aliff demam

Sesiapa yang ada anak kecik mungkin pernah mengalami anak diserang sawan tarik bila demam panas. Yang tak tau apa itu sawan tarik atau sawan demam boleh ambik tau di SINI.

Aku cuma nak kongsi pengalaman menghadapi situasi anak kedua aku si Aliff tu diserang sawan tarik. Pertama kali kena masa tu umur Aliff lebih kurang 11 bulan, memang kelam kabut aku & bini aku. Almaklumlah tak pernah berdepan dengan benda2 macam ni. Tengok badan dia dah kejang semacam, mata hitam dah naik ke atas, air liur pulak meleleh je. Tak tau nak buat apa, cepat2 hantar ke klinik aje lah. Bawa kereta pun tak sedar habis semua bonggol aku langgar. Sampai klinik doktor terus bagi ubat demam masuk dalam lubang bontot. 2-3 minit lepas tu Aliff dah OK semula. Cuma nampak letih sangat dan lepas tu tertidur.
 
tidur...baru lepas kena sawan la ni...

Lepas tu doktor suruh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas check-up, pukul 12.00 tgh malam kena masuk wad. Terpaksalah ibunya tidur di hospital menemankan anaknya. Pukul 3.00 petang esoknya baru boleh keluar.

Selepas peristiwa kali pertama tu, ada juga 3-4 kali si Aliff terkena sawan lagi. Cuma sekarang ni dah tak ke klinik lagi. Bila dia demam je, cepat2 masukkan ubat dalam bontot dia. Ubat tu memang dah standby simpan stok kat rumah, dgn izin Allah memang mujarab (apakenama ntah ubat tu).Lepas tu selimutkan dia dgn tuala lembab, letak juga tuala lembab kat dahi dia (lagi senang letak je 'kool fever'). Alhamdulillah setakat ni dah lama tak kena sawan lagi.

26 March, 2008

Achik dalam kenangan 1963-2008

Siapa Achik dalam hidup aku? 
Mak & Abah aku berpisah sejak aku baru dilahirkan. Kemudian aku & Mak aku tinggal bersama Atuk & Nenek aku, dengan 4 orang adik-adik mak aku yg belum kahwin iaitu Makteh, Maktam, Achik & Busu. Selepas Mak aku kahwin lain, diikuti oleh Makteh & Maktam bertemu jodoh masing2, maka tinggallah aku bersama Atuk, Nenek, Achik mak saudaraku & Busu bapa saudaraku.

Disebabkan Atuk & Nenek aku pun kian uzur, maka Achik & Busu lah yg bekerja menanggung perbelanjaan keluarga. Boleh dikatakan Achik & Busulah yang membesarkan aku dan menanggung persekolahan aku. Malah Achik agak lambat bertemu jodoh (pertengahan 30-an), katanya menunggu aku habis sekolah baru dia nak fikir pasal kahwin.


2 tahun lepas (2006) 
Achik disahkan mengidap kanser payudara tahap 3, tahap yang boleh dikira agak terlewat dikesan. Selepas menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya, hospital menjadi rumah keduanya untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan kemoterapi dan radioterapi, berulang alik antara Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh (HSHAS) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kalau ada appointment di HKL, biasanya Achik datang seorang, aku jemput di stesen bas dan tidur rumah aku semalaman. Pagi esoknya aku hantar ke HKL. Pernah sekali tu Achik masuk wad di HKL selama sebulan untuk rawatan radioterapi, maka sebulan jugalah HKL menjadi rumah kedua aku. Aku sajalah satu-satunya sedara rapat Achik kat KL ni. Dalam sebulan tu, ada sekali aku bawa Achik balik kampung sekejap jenguk anak2 dia yang tiga orang tu. Kesian pulak tengok budak2 tu, kecik2 dah terpisah dengan maknya.

Setelah menjalani rawatan demi rawatan, tahap kesihatan Achik mula menunjukkan perkembangan positif. Badan yang kurus sudah kembali berisi sikit. Badan yang dulunya lemah2 kembali bertenaga, dah boleh buat kerja2 rumah seperti biasa. Dah boleh bawa motor menghantar anak2 ke sekolah. Begitu juga rambut yang habis gugur setelah kemoterapi dah tumbuh semula. Namun begitu, masih perlu berulang alik ke HSHAS & HKL untuk ambil ubat dan menjalani pemeriksaan & pemantauan susulan.


Februari 2008 
Tak semena-mena dapat berita Achik kemalangan, jatuh motor masa jemput anak2 balik sekolah. Kaki retak, bersimen sampai ke paha. Nasib baik juga anak2 dia tak apa-apa.


Mac 2008 
8/3/08 - Balik kampung sempena Pilihanraya Umum ke-12 dan menghadiri kenduri kahwin sepupu aku. Singgah melawat Achik, hanya terlantar tak bermaya. Katanya hanya demam saja.

15/3/08 – Dapat panggilan dari kampung mengatakan Achik dah seminggu masuk wad di HSHAS, mengalami bengkak paru-paru & apendik. Masa melawat dia, aku tengok agak teruk keadaannya.

22/3/08 – Balik kampung lagi. Achik dah makin teruk. Rupanya sel-sel kanser kembali menyerang, kali ni dah merebak ke seluruh badan. Kata doktor tiada harapan lagi untuk pulih. Minta bawa balik ke rumah sajalah. Bawa balik ke rumah naik kereta aku dalam hujan lebat. Tak sangka Achik yang kelihatan dah beransur sembuh tiba-tiba jadi begini. Tiada siapa menduga kemalangan tempoh hari menjadi pencetus semua ini.

24/3/08 – Terpaksa balik KL atas tuntutan kerja walaupun berat rasa hati nak meninggalkan Achik. Sayu aku tengok keadaan Achik yang cuma mampu terbaring lemah tak bermaya, mata kuning, perut makin membuncit, seluruh badan membengkak...petanda seluruh organ dalamannya sudah terjejas diserang kanser. Masa nak balik, aku peluk cium dia 2-3 kali, katanya tak cukup...dia minta cium 10 kali. Aduh, sebaknya dada aku dan aku penuhi permintaannya.

26/3/08 – Malam tadi Makteh beritahu, Achik dah tenat sangat. Pagi ni kemas2 nak balik kampung. Tapi dalam perjalanan, Makteh call mengatakan Achik dah meninggal pada 8.15 am, bersamaan dengan tarikh harijadi Mak aku. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun... Kami sekeluarga (terutama suami dan anak2nya) merelakan dia pergi kerana tak sanggup lagi melihat dia menderita. Dikebumikan selepas Zuhur. Malam buat kenduri tahlil.

arwah Achik (kanan sekali)

TAK TERNILAI JASA & PENGORBANAN ACHIK (DAN BUSU) MEMBANTING TULANG MEMBESARKAN DAN MENYEKOLAHKAN AKU.  AKU ANGGAP ACHIK SEPERTI MAK AKU SENDIRI. TERKILAN JUGA RASANYA TAK DAPAT MEMBALAS JASA ACHIK. TAPI APAKAN DAYA... SEMOGA ROH ACHIK DIAMPUNI DAN DICUCURI RAHMAT...AAMIIN 


INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN...

AL-FATIHAH.

10 February, 2008

Menghadiri Majlis Pertunangan... gajah di Kuala Gandah

Lain macam je tajuk tu, macam ada yg tak kena je kan. Hehe...ini cerita sebenarnya...

9 Februari 2008 - Menghantar adik tiri aku bertunang di Felda Mempaga, Pahang. Rombongan kami berkonvoi 5 buah kereta. Aku cuma jadi pemerhati aje lah, orang-orang tualah yg mengendalikan urusan merisik, meminang dan bertunang.
 

Setelah semuanya selamat dan selesai urusan pertunangan, dalam perjalanan balik kami sempat singgah di Pusat Latihan Gajah Kuala Gandah, Lanchang. Bawa budak-budak tengok gajah memanglah diorang seronok. Aktiviti yang boleh dibuat di sini seperti naik gajah, tengok pertunjukan gajah, bagi makan gajah, mandi sungai bersama gajah dll. Kalau terlebih rajin boleh juga bersihkan tahi gajah di kandang.


  Agak tersohor juga tempat ni, ramai pelancong mat saleh datang sini.

25 January, 2008

Abah dan pembedahan Hernia


Abah aku mengidap hernia ni dah lama, agak-agak 2-3 tahun jugalah. Tapi sebab benda tu tak menyakitkan (cuma rasa kurang selesa), dia buat tak tau je lah. Tapi setelah beberapa kali buat check-up akhirnya doktor kata perlu dibedah, kalau dibiar takut membahayakan pulak.

Apa ke jadahnya hernia ni??? Kalau orang kampung biasa sebut angin pasang...atau uluran...atau burut. Senang cerita, tali perut termasuk dalam kerandut telur (bagi orang lelaki lah). Maklumat lanjut baca SINI

20/1/08 – Pagi-pagi aku hantar abah ke hospital. Menjalani beberapa pemeriksaan. Mak tiri aku tinggal hospital, jaga abah. Aku balik.

22/1/08 – Lepak dua hari kat hospital, baru hari ni abah dibedah.

23/1/08 – Bawa adik2 melawat abah, masih lemah lagi.

24/1/08 – Abah dah boleh balik. Semoga cepat sembuh.

21 December, 2007

Selamat Harijadi Aliff

Hari ni harijadi Aliff, dah setahun, dah pandai bertatih. Abangnya Aiman pun dah 3 tahun lebih, dah tak pakai diapers. Dah boleh juga uruskan diri sendiri sikit2 (guna tandas, pakai baju dll). Kira OK lah tu.

syoknya mandi ujan...ikut perangai bapaknya masa kecik... hehe

01 December, 2007

3 in 1 – Kenduri Kahwin, Ziarah, Balik kampung

Hari ni pagi2 lagi pergi kenduri kahwin Hasmi (rakan sepejabat) di Hutan Melintang, Bagan Datuk sambil menghantar mertua balik Ipoh. Diorang dah dua minggu lepak rumah aku.

Dari Sg Buloh ikut jalan Kuala Selangor – Sabak Bernam. Lepas kenduri, menziarahi rumah saudara mertua aku kat Selekoh, juga di Bagan Datuk. Kat rumah yg kami singgah ni, aku tertarik dengan rekabentuknya, rumah kayu tradisional, sungguh klasik. Tak caya tengok gambar ni...



Dari Selekoh, kami ke pekan Bagan Datuk sekejap. Lepak kat jeti tepi laut...melayan nostalgia mertua aku masa muda2 dulu. Lepas tu balik Ipoh, singgah lagi rumah saudara mara di Kg. Kayan dan Lekir, berhampiran Sitiawan. Pukul 9.00 malam baru sampai rumah mertua...adehh...penat.
 
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...