Dapat tiket bola free perlawanan persahabatan antara Malaysia lawan Fiji... pergi berdua dengan Angah je. Separuh masa pertama duduk berhampiran grandstand. Separuh masa kedua pindah ke tempat berhampiran Ultras Malaya pulak... suasana lagi meriah. Boleh pindah-pindah tempat sebab penonton tak ramai. Terjumpa juga sahabat sepejabat bersama anak-anaknya.
KUALA LUMPUR, 6 Julai - Skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut tahun ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Fiji dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Bagaimanapun, hanya aksi 20 minit pertama pasukan negara mempamerkan permainan yang menarik manakala baki 70 minit lagi aksi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe agak membosankan.
Gol kemenangan skuad negara dijaringkan oleh Shafiq Ahmad pada minit ke-20 selepas mendapat hantaran lintang cantik daripada Syazwan Zainon.
Terdahulu Malaysia menamatkan kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir sejak penghujung 2016 dengan membelasah Bhutan 7-0 pada 1 April lalu.
Selepas ini Harimau Malaya akan menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan bertemu Taiwan pada 7 September depan, Kemboja (11 September), Sri Lanka (12 Oktober), Republik Kyrgyz (16 Oktober) dan Maldives (3 November). - UTUSAN ONLINE
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.