Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dah lama tak mancing laut. Nak mancing atas bot dah tentu mabuk. Jadi pancing kat kelong pun jadi la. Lokasi dituju... Kelong Kupang Sabak Bernam. Naik dari jeti nelayan Kg. Banting... bukan kat Banting tapi kat area BNO Sabak Bernam.
Harga kalau ambik satu kelong RM400 untuk 24 jam, maksimum boleh masuk 8 orang je... lebih-lebih takut roboh. Bajet sorang untuk kelong RM50 tak termasuk umpan. Kemudahan lengkap; bilik untuk tidur, tandas, dapur dan bekalan elektrik dari genset.
Umpan; sotong kurita hidup, udang hidup, udang lipan, udang & sotong pasar dan juga isi ikan.
Hasil; Seekor pari seberat 4kg++, Tetuka, Tetanda, Senangin, Kitang dan semestinya paling banyak gelama & ikan duri. Lepaslah nak buat lauk 2-3 hari, memang sedap makan ikan segar belum kena ais & ubat.
20 September, 2017
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.
Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.
Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.


Ali, ko skolah sains muar dulu kan? Kalau betul ko, call/whatsapp aku balik.
ReplyDelete0177890991
Apis
Nk tny sekitar kelong kupang ada ke kedai jual umpan idup (udang/belanak/umpun2)
ReplyDeletetak pasti bro... umpan hidup kami beli siap2 dari port klang... mungkin boleh tanya tauke kelong kupang - 017-339 7120
DeleteUntuk umpan udang lipan hidup mcm mana ya utk dpatkn bekalan
DeleteMane dpt umpan sotong kurita hidup & udang lipan?ade contact no tauke umpan? -apek
ReplyDeleteSori bro apek... dah kehilangan no.contactnya
Deletejauh ke daripantai...ambil masa berapa minit
ReplyDeletedari jeti dalam 15-20 minit je bro.. (sori lambat balas)
Delete