Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
~ 25 Julai 2017, bersamaan 1 Zulkaedah 1438 (Isnin) - ♪♪Happy Birthday to me-4x♫♫. Terima kasih kepada semua
sahabat yang mengucapselamat di FB & whatsapp... aku doakan
semoga segala doa yang baik-baik yang sahabat semua doakan untuk aku
akan berbalik kepada sahabat semua... agar kita semua sama-sama dipanjangkan
umur dengan kesihatan yang baik, dicukupkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan paling penting hidup
kita diberkati, dirahmati dan diredhai oleh-Nya... agar berjaya dan bahagia dunia dan akhirat... aamiin.
~ Semalam hari terakhir bulan Syawal. Bersawang dah blog ni lama tak update... sibuk melampau campur malas sebenarnya... haha.
~ Semalam hari terakhir bulan Syawal. Bersawang dah blog ni lama tak update... sibuk melampau campur malas sebenarnya... haha.
Ramadhan
~ Along dah Tingkatan 1... tahun pertama duduk asrama. 4 hari pertama Ramadhan dapat cuti untuk sambut puasa di rumah. Lepas tu bersahur, berpuasa dan berbuka dengan kawan-kawan di asrama je lah. Memang rasa lain bila tak cukup korum waktu berbuka. Apatah lagi Along... sampai menitik air mata katanya terkenang berbuka dengan keluarga kat rumah. Tabahlah Along.
~ Angah (11 tahun) pulak kali pertama berjaya berpuasa penuh... tahun lepas kantoi sehari sebab sakit perut... tahniah Angah. Aina (8 tahun) pulak baru belajar puasa setengah hari. Walaupun sering mengadu penat dan dahaga, dapat juga 10 hari puasa penuh. Waktu bangun sahur pun taklah susah sangat nak kejutkan mereka. Walaupun belum wajib berpuasa, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tiada sebarang unsur paksaan untuk mereka berpuasa... cuma menggunakan teknik pujukan, teknik melekakan dengan bawa ronda-ronda naik motor sebelum waktu berbuka, atau suruh tidur sekejap sementara menunggu waktu berbuka kalau rasa penat sangat.
~ Angah pulak berjaya solat terawih 8 rakaat tak tinggal, berbanding tahun lepas 4 rakaat je lepas tu tidur kat belakang... Tahniah Angah, tahun depan boleh tambah solat witir pulak.
~ Awal Ramadhan kami sekeluarga ke Kota Tinggi, Johor menziarahi Yob, abang ipar yang terlantar sakit. Semoga beliau cepat sembuh.
~ Pertengahan Ramadhan balik Pahang pulak, berpuasa bersama keluarga di kampung. Mak nampak seronok berbuka ramai-ramai dengan anak cucunya.
Syawal
~ Tahun ni giliran beraya di Perak dulu rumah mertua. Tahun pertama beraya tanpa arwah pak mertua. Along dapat cuti 9 hari. Balik kampung sehari sebelum raya. Perjalanan yang biasanya 2 jam jadi 6 jam akibat kesesakan. Tiada pilihan... redah sajalah.
~
Petang raya ketiga, balik ke rumah kami di Sg Buloh... balik menjenguk
kucing- kucing... si Oyen, Taro dan seekor lagi kucing kecik yang baru
dikutip... Zero... (nama kucing semua anak-anak yang bagi nama).
~ Tahun ni giliran beraya di Perak dulu rumah mertua. Tahun pertama beraya tanpa arwah pak mertua. Along dapat cuti 9 hari. Balik kampung sehari sebelum raya. Perjalanan yang biasanya 2 jam jadi 6 jam akibat kesesakan. Tiada pilihan... redah sajalah.
~
Lepas subuh di pagi raya pertama, orang rumah aku kata Aina yang dah
2-3 hari selsema mengadu susah nak bernafas... nafas berbunyi dan
pendek-pendek. Bergegas cari klinik tapi awal pagi semua tutup... pagi
raya lagipun. Terus ke hospital Ipoh... setelah lama sesi soal jawab
dengan doktor, kena buat ujian darah dan masuk gas... akhirnya menjelang
tengahari kena masuk wad. Hantar orang rumah balik. Biar aku je yang
jaga Aina kat wad. Biar ibunya duk rumah je boleh juga tolong-tolong mak
mertua aku kat dapur. Aina disahkan kena jangkitan paru-paru dan ada
tanda-tanda awal asthma. Tengahari raya kedua baru dibenarkan balik...
alhamdulillah. 'Meriah' betul tahun ni terpaksa beraya dalam wad.
~ Raya keempat balik Pahang pulak. Beraya di sekitar Triang, Temerloh, Mentakab dan Lanchang.
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin dari kami sekeluarga buat semua yang mengenali kami. Maaf atas segala keterlanjuran perkataan mahupun perbuatan. Mohon dihalalkan yang termakan dan terminum.
Semoga diizinkan bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan... aamiin.
selamat hari raya! *nak ucap jugak sebab entry pasal raya. hehe
ReplyDelete