~ Jabatan
Perangkaan Malaysia telah
menganjurkan Mini Karnival Sukan 4 penjuru 2015 yang disertai oleh Ibu
Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Negeri Selangor,
Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bank Negara
Malaysia pada 16 Mei 2015 bertempat di Pusat Latihan Inspen, Bangi.
~ 4 acara dipertandingkan iaitu bolasepak 9-sebelah, badminton berpasukan, bola tampar dan bola jaring.
~ Dalam acara bolasepak 9-sebelah, syarat pertandingan kena ada seorang wakil pemain veteran 40-tahun ke atas. Disebabkan tahun ni aku dah cukup umur, aku dijemput dengan segala hormatnya main dengan team ni...hihi. Main 4-5 minit jadilah buat syarat... nak main full time memang tak larat.
~ Team aku JP Selangor berjaya muncul naib juara setelah menang 2 perlawanan dan kalah sekali.
- JP Selangor 0-2 Bank Negara Malaysia
- JP Selangor 1-0 JP WPKL
- JP Selangor 1-0 Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia


No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.