~ Bila ahli keluarga atau orang yang dekat dengan kita mengidap penyakit kronik, barulah nak ambil tahu tentang penyakit tu... termasuklah aku.... huhu. Baru-baru ni semasa aku menghantar mak menjalani pemeriksaan di Hospital Temerloh, mak disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap 4, di mana fungsi buah pinggang cuma tinggal 30%, tapi belum perlu menjalani rawatan haemodialisis kecuali kalau dah sampai tahap 5. Semoga mak terus kuat menghadapi ujian penyakit ni. Harap-harap buah pinggang mak mampu terus bertahan tanpa perlu menjalani rawatan dialisis yang menyukarkan tu.
~ Sifat penyakit kronik, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.
~ Dah lupa fungsi buah pinggang? Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya. Di sini aku kongsikan info tentang penyakit ini untuk manfaat bersama.
PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)
1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.
3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.
TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG
(Sumber: mauceriasokmo)
1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang
tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan
sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah
yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh
anda terlalu letih.
3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan
seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk
mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya
terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda
tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing
boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah
pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh
menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan?
Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya
juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah
tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia
atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda?
Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat
ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.
3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.
4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.
5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.
6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.
7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal
8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.
Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini. Caranya mudah sahaja:
1. Beli seikat daun SUP
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Selamat mencuba.
CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.
2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.
3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.
4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.
5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.
6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.
7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal
8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.
Info tambahan: Ini info yang tersebar meluas dalam internet tentang cara mencuci buah pinggang cara mudah dan murah. Tak pasti keberkesanannya tapi tak salah mencuba kan?
Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini. Caranya mudah sahaja:
1. Beli seikat daun SUP
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Selamat mencuba.


Terima kasih atas info ni
ReplyDeletesama2...semoga bermanfaat
DeleteKenapa di bahagian belakang saya di bawah kiri asyik 'terkepak' dan sakit??
ReplyDeletemaaf, saya sekadar berkongsi info... saya bukan pengamal perubatan maka tidak layak memberi nasihat perubatan...sila jumpa doktor...tq
DeleteHi Ali,
DeleteNi daun soup biasa ke daun soup yg btg keras(daun sederi.
Duin
daun sup biasa...
Deletebagus info ni, memang beberapa tanda ni suami saya alami, alhamdulillah dia dah oke dah..bacaan protein dah negatif..
ReplyDeletealhamdulillah suami puan makin sembuh...
Deletebagaimana ianya boleh pulih puan? ade tip2 yang berkesan boleh dikongsikan.
DeleteSuami saya kena buah pinggang bocor(nephrotic syndrom) ada saya kongsikan di sini ceritanya
Deletehttp://mohkitasihat.blogspot.my/2015/06/penapis-buah-pinggang-bocor-suamiku.html?m=1
Saya doakan ibu tuan juga kuat dan cepat sembuh Amin
Deleteadakah bengkak2 tu boleh merebak ke bahagian lain?
ReplyDeletePencerahan tentang kerap kencing pada waktu mlm tu.. kne bagi detail lg.. kalo dh mnum air byk sebelum tidor mmg la akn terjaga mlm nk kencing.. so kne betulkn mngikut situasi.. kang xpasal2 org ingt ade msalah buah pinggang..
ReplyDeletet.kasih atas pencerahan... tapi kalau minum banyak air sblum tidur, paling kuat pun akan bangun kencing 1-2 kali, kalau lebih dari tu mungkin kena suspek juga buah pinggang ada masalah kot...
DeleteThanks awak info.
ReplyDeleteSemacam rasanya.
Xkn lari dr sakit even fit mana pun badan.
Again thnxs ya!
:')
sama2 kejora... kita cuba fitkan badan sbg ikhtiar mengurangkan risiko penyakit... tapi kebanyakan penyakit skrg berpunca dari makanan kita... mcm2 ada dlm mknan kita yg susah dielak
DeleteTerima kasih atas info ini, ibu saya baru sahaja mendapat keputusan dari Doktor yang beliau ada sakit buah pinggang tapi belum disahkan untuk menjalani rawatan dialisys. saya nak cuba buat air dari daun sup untuk mengubati sakitnya ini. Zaliza dari Melaka
ReplyDeleteassalamualaikum....ayah saya mengalami kaki bengkak...tp ia surut...adakah ia tanda2 penyakit buah pinggang..
ReplyDeleteSalam...bolehkah beri gambar daun sup yang d maksudkan?
ReplyDeletezaliza- sama2, selamat mencuba, smoga mujarab insya allah.
ReplyDeletezul- wsalam, mungkin, tapi utk lebih kepastian lebih baik buat pemeriksaan doktor
anon- wsalam, sila google atau tanya penjual sayur kalau tak kenal daun sup ye..
Ada info yg sy dpt rebus daun ketumbar utk merawat kencing xlws atau brkenaan sakit pd buah pnggang..wallahualam
ReplyDeletedaun ketumbar pulak? allahua'lam...
DeleteSyukur, alhamdulillah... satu info yang bermanfaat..
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteThanx di info yg sgt berguna.br dpt berita dr mak saya yg juga membuat pemeriksaan di hospital temerloh, dr saspek buah pinggang bocor.saya dlm proses mengumpulkn maklumat sbb xtau ape langkah seterusnye yg perlu diambil. Thanx again
ReplyDeletesama2, semoga dipermudahkan segala urusan & smga ditemui jalan kesembuhan
DeleteMaaf sy ingin bertanya...dlm 3ke 4 hr ni sy mengalami sakit pinggang,bdn2 sy sakit2 seperti ketegangngan urat sakit di bahagian tulang belikat.bdn menjadi byk angin.pening2 kepala seta mata menjadi kabur.buang air kecil skang pn da xlawas kerap ke tandas sehingga xslesa di buat nye.g check hospital asyik dpt ubat angin n pening je..ape patut sy buat..mohon pencerahan..sgt buntu
ReplyDeletemaaf, saya sekadar berkongsi info... saya bukan pengamal perubatan maka tidak layak memberi nasihat perubatan...sila jumpa doktor... kalau doktor bagi ubat yg sama je mungkin patut jumpa doktor/hospital lain... smoga menemui jalan kesembuhan.. tq
Deletepergi ke klinik buat pemeriksaan urine utk buah pinggang...
Deleteterima kasih en.anon sudi berkongsi info
DeleteSaya pon dlm situasi yg sama dengan abng , doctor kata x ada pa2 cuma bagi ubat cuci air kencing . tapi saya sakit sgt di bahagian buah pinggang , terasa menyucuk mnyucuk
DeleteSy hanya ade tanda2 sakit dbelakang??tu kira mcm mne
ReplyDeletesalam encik Ali, sekadar nak berkongsi..jika mahu ikhtiar untuk penyakit ini boleh hubungi saya di 0148222310.ramai dah berjaya alhamdulillah.namun semua adalah dengan izinnya.kita usaha,doa dan tawakal, insyaallah.
ReplyDeletew'salam puan, insyaAllah, sesiapa yg nak berikhtiar sila hubungi puan juliana, terima kasih
DeleteSalam...smua...sye nk brkongsi sdikit, untuk pnyakit buah pinggang dh ad pnawar nye walau pon dh smpai thp 5,dn untuk pnyakit kronik lain pon ad ubat nye jika ingin kn rwtn sila hubungi WAN AISHAH 016-6590313, klo yg brada d mlaka dtg je d kipmart bachang,ad pusat rawatan kami d sana
ReplyDeletewsalam, t.kasih sudi berkongsi,kpd pesakit/waris pesakit buah pinggang bolehlah save no.hp di atas utk berikhtiar...
DeletePerkongsian yg sgt menarik sekali.
ReplyDeleteSakit buah pinggang ni, walaupun tak 'nampak' pada mata kasar, tapi tetap merbahaya. Makan minum semua kena kawal.
ReplyDeletepantang larang pesakit buah pinggang
terima kasih pn. fatimah tony sudi share pantang larang... sesiapa yg sakit buah pinggang & nak berikhtiar dgn produk shaklee sila hubungi pn.fatimah..
DeleteSaya di sahkan ada batu krg dlm buah pinggang knn sejak thun lps.Hanya buat pengambilan ubt utk pecahkan batu, namun doktr kata buah pinggang skrg ada takungan air yg hrus dibuang.Skrg makin kerap sakit pinggang dn efek ke tulang blkng,simptom lain juga ada.bln dpn br mahu buat scan utk tahun ini.Lama juga tak ambil ubt fktor busy dgn kerja.Rs kali ni sudah melarat sakit.Terima ksh kongsi petua itu. - Byu
ReplyDeletesama2 byu, semoga kembali sembuh spt sediakala..
DeleteSalam...suami saya baru meninggal 3 minggu lepas akibat kegagalan buah pinggang. Beliau telah discan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis namun merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. sebelum ini mendiang suami memang bertemujanji darah tinggi dan kencing manis, namun x sangka penyakitnya sudah di tahap kronik. Rakan2 sekalian, cegahlah penyakit sebelum parah, dan kongsikan dengan keluarga apa2 pun keputusan pemeriksaan doktor. Saya masih terkejut dan sukar menerima pemergian suami yang saya sangka sihat2 belaka. Doakan saya dan anak2 (masih sekolah rendah) tabah mengharungi dugaan ini.- Puan Ida
ReplyDeleteSalam takziah puan Ida, semoga puan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Harap kita semua ambil pengajaran dari pengalaman puan Ida ni...
DeleteTrima kasih atas perkongsiannyg bermanfaat..selain tu boleh amal makanan sunnah sprti minyak zaitun, madu lebah, dan jus delima untuk membantu pulihkan kesihatan..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesy mengalami sakit cucuk2 di sblah kanan..atas pinggang.. dah sbulan lebih..1st klinik pergi buat check urine ada sikit tompokan darah dan kuman..then dr.suspek sy batu karang.. kemudian diberi ubat pecah b.krang..tapi kencing lawas.minggu kemudian sy ke klinik lain utk ultra sound.result nye tiada batu krang di hempedu,pinggang dan pundi kencing.. sy confius sekrg..huhu. darah semua normal..
en.ad.. 30.male.thanks!
wsalam en.ad... mungkin kena check dgn dr.pakar pulak tu...
ReplyDeletesaya mengalami kencing tidak lawas selama seminggu dan bila berjumpa doktor doktor kate kencing sy xkotor sgt..kaki saya rasa bengkak n bila picit lekuk tu lambat naik..adakah itu tanda buah pinggang saya problem?
ReplyDeleteMiss D.
Terima kasih kongsi info. Sy mngalami masalah sakit pinggang belah kanan n blakang dah masuk hari ke 3, kencing xde masalah. X sakit, x pedih. Cuma Kadang2 warna jernih, Kadang2 wrna kuning PEKAT. Xda jugak masalah bengkak2. Sy mmg bermasalah bab minum air ni. Selalu lupa. Tp bila dh sakit pinggang gini, Baru rasa takut, Baru nak minum byk. Kdg2 wktu mlm pun sy minum dgn kuantiti yg byk. Sbbnya nak bg warna air kencing tu clear balik. Tp sakit pinggang nya x jugak surut. Dgn baca perkongsian blog2 mcm ni, Baru la rasa kesedaran pentingnya kena minum air putih, jaga kesihatan. Thanks jgk utk petua tu. Boleh Cuba, mana nak tahu rezeki nak baik semula
ReplyDelete-Pak abu
sama2 pak abu... kalau xde masalah kencing, bengkak pun xde, mungkin salah urat kot, cuba jumpa tukang urut dulu kot... apapun mohon dijauhkan dari sakit buah pinggang ni...
DeleteHi ..seperti yg awak kata kat sy ada rasa sakit di bahagian belakang dan tepi sebelah bawah pinggang .. rasa takut la pulak .. adakah ini tanda2 buah pinggang nk rosak ??
ReplyDeleteIswary, kalau ikut tanda2 awal no.9 tu, kemungkinan tu ada... utk lebih kepastian sila berjumpa doktor...
Delete9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
Assalamualaikum.. men 'drill' papan yg keras mmerlukan kekuatan tenaga yg trtumpu pd perut. Slepas prtukangangn itu, saya rsa sakit d bawah buah pinggan kanan.
ReplyDeleteKeesokn nya, doktor bagi suntikan punggung, ubat tahan sakit dan ubat saraf. Namun rasa makin tak selesa. Seluruh pinggang rasa sakit hingga tulang belakang.
4 hari saya tahan, kerap kencing pula dtg. Pergi jumpa doktor smula, d scan, jumpa batu karang.
D bagi ubat pecah batu dn lawas kencing untuk 10 hari. Alhmdullah.. kencing dah lawas dn sakit da hilang.
Tp, rsa tk selesa pd buah pinggang dtg smula slepas 3 hari rsa sihat.
Soalan saya, siapa tahu boleh la info..
1. Bolehkah persetubuhn mnyebabkn sakit buah pinggang?
2. Bolehkah bersenam walau pinggang rasa tk selesa atau sakit? - mohsin
knpa kdua2 terletaknya buah pinggang saya trrasa sakit, nak batuk pun sakit.. knpa yee?
ReplyDeletesalam.. sayasendiri pernah mengalami seperti sakit di atas, saya bersukurkepada allah kerana sya telah berjumpa oleh dokter pakar sakit buah pinggang, suruh sya mengamalkan perubatan seperti yang tertera itu,hanayalah daun sup.tapi alhamdulillah, doktor telah mengesahkan buah pinggang saya normal seperti biasa..
ReplyDeleteTerima kasih..info berguna.
ReplyDeleteSy mengalami ruam dan kegatalan serta keletihan dan baru ni rakan sy tegur sy nampak kurus.adakah ini simpton..mohon pendapat semua...
ReplyDeleteSalam...saya juga ingin berkongsi di sini
ReplyDeleteUntuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.
Jika dah cuba nanti, boleh juga kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah
wsalam, terima kasih sdra shamsul sudi berkongsi
DeleteAssalamualaikum...thanks pd yg memuat naik info tanda2 penyakit buah pinggang...bbrp petanda tersebut terdpt pd emak sy antaranya ialah :
ReplyDelete1)bengkak pd kedua2 tgn dan kaki
2)kegatalan yang melampau
3)berasa sgt sejuk hinggakan tgk air pun dh takut
Jika benar itu petanda sakit buah pinggang,apa yg harus sy lakukan?pernah mendptkan rwtn di hospital...dktr hya bekalkan sejenis pil...yg mana ia membantu utk membuang air kecil dan Alhamdulillah slps mengambil ubat tersebut bengkak di kaki dan tgn surut.dan dktr nasihatkan kurgkan pengambilan air.cumanya setiap kali temujanji,darah akan diambik utk diuji namun tiada sbrg laporan diberikan kerana itu sehingga kini km tidak mengetahui penyakit sbnr emak.slps membaca artikel ini shj sy rs kemungkinan emak mengalami mslh buah pinggang...
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Sakit Buah Pinggang Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...
ReplyDeleteSiLa KLik Sini
Assalamualaikum.. saya selalu rasa sejuk pada bhagian kaki.. kadang2 time berdiri tumit kaki rase mcm kene cucuk... kencing pula kerap jugak..tp keluarnya sikit saja.. selera mkn berkurang.. bila tgk mknn mmg rse lapar.. tp bila dh mkn 2/3 suap saya rase xde selera dan rase nak muntah.. dulu saya aktif sukan.. skrg tak lagi sbb kaki saya lemah tak tau kenapa... ada masa tgh berjalan tetiba je jatuh... kebelakangan ni juga saya selalu sakit belakang.. bengkak pada bhgian badan tu kira mcm mana eh? Adakah ini tanda2 sakit buah pinggang? Mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteWani,17
elok dapatkan nasihat doktor cik wani...
DeleteSalam, saya pun nak kongsikan satu petua tradisional menggunakan daun sup
ReplyDeleteIa merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.
wsalam, memang dah dikongsikan dlm post ni tuan shamsul...t.kasih :)
DeleteSakit buah pinggang awal, boleh cuba rebusan air akar lalang
ReplyDeleteterima kasih cikgu jj kongsi petua :)
DeleteDoktor kata elakkan guna gula sebaliknya guna Stevia kerana ianya pemanis semulajadi tanpa kalori. Nak Stevia boleh hubungi saya 0184074009
ReplyDeleteSalam. Ayah saya bengkak betis & kaki, susah buang air besar, sakit melampau di bahagian pinggang. Macamana nak ubatinya. Ada sesiapa tau tips utk kurangkan kesakitan.
ReplyDeletesalam...saya juga nak kongsikan masalah kesihatan sy kalau ada boleh berikan pendapat yang berguna...saya mmg takut nak jumpa dgn dr...maslah saya...sy kencing tak berapa lawas...walaupun sy minum air byk...tapi sy paksa juga buang air kencing....bila tido sy akan bangun 2 kali utk kencing...mungkin sebab siangnya sy minum byk air....setakat ini tiada bengkak apa2 di kaki atau tangan....cuma sy mmg selalu ngantuk...walaupun pada waktu pagi....sila bagi nasihat kat sy....
ReplyDeletearis
Wsap / call 0163798677
DeleteWsap / call 0163798677
DeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera
ReplyDeleteSaya berkongsikan pengalaman saya bkenaan dgn pmasalahan buah pinggang. Kawan saya mengidap penyakit
1. Kedua2 buah pinggangnya rosak pada tahap 4
2. Batu karang
3. Darah tinggi.
Setelah dia minum air suling gaharu kayuragi kesemua masalah diatas hilang dan rasa sakit pinggang yg sebelum ini amat sukar utk mengerakkan badan kembali normal tidak sakit lagi.
Baru2 nie kawan saya pergi medical check up amat mengejutkan kesemua penyakitnya telah hilang.
Untuk keterangan lanjut air kayuragi boleh hubungi saya call/wsap 0163798687 hisham.
http://ruqyahquranicsolution.blogspot.my/2015/02/manfaat-kayu-gaharu-untuk-atasi-sihir.html?m=1
ReplyDeletehttps://m.youtube.com/watch?v=OxzMnn6egPI
ReplyDeleteCall / wsap 0163798677
https://m.youtube.com/watch?v=OxzMnn6egPI
ReplyDeleteCall / wsap 0163798677
Masalah buah pinggang bocor ataupun rosak memang bahaya.
ReplyDeleteDisebabkan lama kelamaan mungkin kena dialisis kan.
Boleh dapatkan doktor untuk pemeriksaaan.
Kalau ada alternatif boleh cuba kan..
Assalam . Saya nak kongsi beberapa pengalaman yg saya hadapi skrg ni, iaitu mak saya sndri. At least mak merasa skit lebih kurang 7 bulan yg lalu .. first mak sya rasa sakit di bahagian pinggang seblah kanan. Asal bergerak jak mesti rasa sakit n ada merasa mcm kejutan elektrik.. setelah mndpt skit itu . Mak sya x boleh berbaring di katil cuma hanya boleh tidur di kerusi dgn cra duduk sahaja.berapa bulan dia cuma tidur di kerusi itupun tidur x selesa.asyik terkena kejutan elektrik shaja. Dah byk tmpt sya bwk berubat semua tiada prubahan .. lma kelamaan mak tiada selera mkn, berat bdnya menurun, asal mkn mau muntah telan nasi pun x boleh. Ada 1 ary pergelangan kakinya bengkak.. dan skrg ni perut dibhgian samping merasa skit dan keras kerana susah mmbuang air kecil dan skrg mak sya x boleh bangun berjalan dan duduk hanya boleh berbaring tp terbatas prrgerakan kerana terlalu skit.. adakah itu semua tanda" masalah buah pinggang ?
ReplyDeletebahaya gak sakit buah pinggang ni yer.
ReplyDeletetanda sakit buah pinggang
T.kasih infonya..
ReplyDeleteas'salam,sy nak cerita sedikit pengalaman yg abg sy hadapi. Abg sy disahkan sakit buah pinggang semasa umur 22 tahun selepas tamat belajar. Masa tu hanya allah saje yg tau betapa sedihnya melihat abg sy yg dulu sgt aktif smpai abg sy tak bole terima hakikat. Punca abg sy kena buah pinggang kerana kerap makan panadol,minum air coke dan air tebu sewaktu zaman belajar. Buah pinggang abg sy dua2 rosak kini lebih 10 tahun abg sy buat dialisis.Mudah2an abg sy dipanjangkan umur :(
ReplyDeleteHubungi whatsapp saya 0138593888
DeleteElok buat ujian darah dan air kencing untuk pastikan tahap kesihatan buah pinggang kita sekurang kurangnya setahun sekali
ReplyDeleteKalau ada seaiapa yg bermasalah buah pinggang atau yg sudah hemodialisis....
ReplyDeleteIn Sha Allah dah ada penawarnya, tanpa makan ubat atau suntikan....dah ramai testimoninya...
Sesiapa yg perlukan rawatan pencegahan dan penyembuhan sila hubungi whatsapp saya 0138593888...
Pertama kali dengar tips daun sup ini. Terima kasih sudi berkongsi :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKesian tengok orang yang sakit buah pinggang ni..terpaksa buat dialisis setiap minggu. Jadi, jagalah kesihatan buah pinggang kita masing-masing ya :)
ReplyDeletebetul tu... mencegah lebih baik dari mengubati
DeleteInfo yang bermanfaat dan amat membantu. Terima kasih .
ReplyDelete-Mir
sama-sama mir... segala yg baik dari Allah belaka...
DeleteAssalam Semua...
ReplyDeleteSesiapa pesakit buah pinggang yg memerlukan buah pinggang, saya sanggup menjual sebelah buah pinggang saya atas masalah kewangan saya. Saya sihat tubuh badan. tidak merokok. Darah B+. Saya berada di KL & Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya 011-1019 2098. Tqvm.
semoga dipermudahkan urusan tuan... dan semoga diberi jalan keluar dari masalah tanpa perlu jual buah pinggang..
DeleteSy umur 22.dan tlah mngalami simptom2 buah pinggang bocor baru baru ni. Sekarang sy msih ikhtiar sblum mnjadi teruk.sy pilih vivix..sy harap dpat smbuhkan semula buah pinggang sy.nanti sy akn update lagi slepas appointnmen doktor kat sini sbb sy tgk blog sini aktif..doakan sy yer.. dan anda harus jaga buah pinggang anda baik2.
ReplyDeleteKlau anda ada knl org yg dah sembuh boleh la pm sy untuk tambahkan semangat sy.
0139737521-ws
Alif..
sama2lah kita doakan Alif kembali sembuh seperti sediakala... aamiin
DeleteTerima kasih atas info yang bermanfaat...
ReplyDeleteThank you very much.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*
7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
saya ba ru saja disahkan penghidap penyakit buah pinggang......ia memangmenyakitkan...berpunca dr period yg kah apekah???...yg tak itulah...tp yg pasti pendarahan yg byk sehingga ketulan dr yg kluar dr kemaluan...sehingga sampai tempah untuk 3 bulan saa mengalami sukar hendak kencing...sakit sangat apabila sampai tahap diakhir pembuangan air kencing peringkat yg hujung....sampai terpaksa kehospital SGH,kuching,Sarawak...utk memudahkan saluran dr pundi kencing saya...pada masa itu...blum lagi dsahkan penghidap penyakit buah pingang 30.03.2019....setelah diCT Scan...sya disahkan...penghidap penyakit tersebut.......skrg cuma tggu untuk di radioterapy saja....darah masih lagi trus keluar dr pangkal rahim sehingga disah penghidap Kanser serviks.....???....saya musykil dengan penyakit kanser servik tapi kenapa tidak kaser saluran air kencing......????.......skrgmasih lagi sakit membuang air kencing dan mengalami gatal sangat2 dibahagian saluran kencing...bukan dipangkal rahim....
ReplyDeleteyes betul bahayalah sekarang ni..macam2 penyakit ada. tu lah makanan cheese lah viral lah..nih semua penyebabnya. sama-samalah kita menjaga kesihatan buah pinggang kita..
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy nk kongsikan sedikit ..sesiapa yg telah menjalani ujian darah,dan dr sahkan buah pinggang spt bermasaalah dan perlu menjalani dialisis..cubalah berikhtiar minum air rebusan barli tanpa gula setiap hari dan minum air rebusan daun telinga kera(sila google) bersama kurma merah..insyaAllah..buah pinggang akan kembali normal,minum juga air rebusan daun pasley berselang seli dgn minuman ini..utk mencuci buah pinggang..,.dlm masa yg sama..elakkan mknn tinggi potasium dan protein...info ini dari sahabat sy.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, terima kasih en. anon sudi berkongsi info
DeleteAssalammulaikum, Saya mengalama masalah buah pinggang kedua2 belah di tahap 5. Sampai sekarang saya cuma ada petanda letih dan lesu saja dan masih belum buat dialisi. Saya buntu dan tidak tau tahu dimana lagi mahu mencari penawar. Terima kasih atas tips yg bagi.
ReplyDeletecuba artic sea dengan aloe vera
ReplyDeleteAssalam. Kalau hendak merebus daun sup tersebut, berapa kah jumlah air bersih yg diperlukan? Berapa lama rebusan tersebut sebelum kita hentikan rebusan?
ReplyDelete