- Keseronokan menikmati kelazatan duniawi juga boleh dikatakan sudah puas dirasai...nasib baik nyawa tak dicabut masa hidup dalam zaman kesesatan dulu... Syukur sebab aku masih diberi peluang bertaubat, dan menginsafi bahawa semua kelazatan dunia hanyalah sementara... dan juga menginsafi bahawa tujuan utama aku dijadikan dan dihidupkan di sini, hanyalah untuk mencari bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke alam yang kekal abadi di sana.
- Sebab tu sejak setahun dua kebelakangan ni, aku buat tindakan drastik untuk cuba berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni. Pedulikanlah kalau orang pandang sinis sambil kata " dia ni dah buang tebiat nak mampus ke hapa"... Tapi aku tak pulak kata sekarang ni aku ni dah baik sangat macam malaikat. Kan aku dah kata tadi aku cuma CUBA berubah menjadi lebih baik, sedangkan hakikat sebenarnya memang payah nak mengubah sifat buruk yang dah sebati menjadi darah daging. Takpelah, janji ada usaha untuk berubah ye tak?
- Sempena hari jadi aku ni, macam biasa bini aku belikan kek sebijik untuk aku percikkan air liur masa meniup lilin bersama anak-anak. Ni lagi satu aku pelik dengan bini aku ni... kenapa setiap kali hari jadi mesti kena ada kek? Tak boleh ke buat benda-benda lain.... pulut kuning ke, bubur lambuk ke...kambing golek ke? Kui3...apahal pun terima kasih lah kepada biniku yang bersusah payah membuat.... ehh membeli kek untuk lakimu ini. Err... tahun depan buat pulut kuning macam dalam gambar belah kanan tu pulak ye...nampak macam kek jugak apa...
- Sekarang dah jarang buka FB. Sekali buka ehh berderet rupanya sahabat-sahabat yang ucap selamat hari jadi kat aku. Terima kasih bebanyaklah kepada sahabat-sahabatku Ekin Saleh, Nawawi, Norita, Azamuddin, Hasni, Syed Shairazi, Hasnah, Nany, Zainora, Hazwani, Raiham, Noor Aini, Syafaliza, Azam, Faizul Joe, Azizul Hap Seng, Norhafiza, Mieen Edy, Ikhsan, Pugal, Wan Maizurina, Farry, Rafiqie, Aliena Suria, Maslina, Eyma, Rizaudin, Shahrizal, Syed al-Fatah & Fain Rosli.
- Aku pun doakan korang semua pun panjang umur dan dimurahkan rezeki, yang paling penting semoga hidup kita semua ni diberkati dan dirahmati Allah. Kalau hidup je lama, rezeki pun banyak tapi tak berkat tak guna jugak kan?


No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.