Biniku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Biniku
Termanis senyummu biar ku telan selautan hempedu
Dialah biniku selalu
Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia biniku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia biniku
Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cinta kan bercahaya jika disulami cinta suci
Binikuku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah biniku selama-lamanya
Di kala hidup ini rasa tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya
Cinta ku bermakna kerna sama saling memahami
Cinta ku bercahaya kerna disulami cinta suci
Biniku...
Itulah lagu untuk biniku, diubahsuai dari lagu Gadisku (Search)... sempena ulangtahun ke-8 perkahwinan kami. Nak berjiwang sangat aku tak berapa reti, jadi lirik di atas jelas menerangkan maksudnya.
.
TQ yang....kalo abg nyanyi lg cedap....nanti nyanyi untuk ibu yeee...
ReplyDeletemasuk la duit... singgit je selagu....
ReplyDeletepehhhh... jiwang gila....
ReplyDeleteJiwang karat beb..nampak je brutal @ ganas tapi dlm hati ada taman......huhuhu
ReplyDeletebiasa la tu, bila dah kahwin kena la reti berjiwang... kalo tengok mafia2 dlm godfather...atau gengster2 dlm young & dangerous pun dlm hati ada taman beb... anak bini tak terabai...
ReplyDeleteehh...setan mana pulak tanpa nama ni???