![]() |
gambar yang indah ni dipinjam dari brader Seme |
- Paling best boleh memancing dari balkoni chalet je. Memang best la bagi kaki pancing. Bagi yang tak minat memancing, bolehlah join trip naik bot menyusuri paya bakau sambil tengok spesis burung penghijrah. Kalau tak minat juga... senang cerita tak payahlah datang.
- Aku start memancing petang... malam berhenti sekejap pergi makan seafood yang fresh kat restoran terapung sebelah kawasan resort. Kat tepi restoran tu ada sangkar ikan, boleh pilih nak makan ikan apa (siakap, kerapu, sembilang dll) dan boleh mintak nak masak stail apa... tauke restoran takkan marah asalkan kita bayar. Pastikan pakai seluar panjang lengkap berstokin & berkasut sebab kat bawah meja makan banyak nyamuk... adehhh, tak tenang jiwa aku nak melantak! Kalau tiba-tiba restoran tu bergegar macam nak runtuh, itu tandanya sedang dihentam ombak yang terhasil selepas bot lalu... Jangan panik macam mak mertua aku... hehe!
- Lepas makan, hujan renyai-renyai kadang-kadang lebat, sambung balik memancing sampai pukul 3.00 pagi.Dapat ikan kecik-kecik je... gelama & ikan duri lebih 20 ekor... kalau nasib baik macam jiran chalet sebelah aku, dapatlah menaikkan ikan tuka & sembilang.
Dah malas nak cerita, lagi gambar & info pergi ke page FB Kuala Gula Sanctuary Resort
No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.