Kereta putus dua diseret lori
SEREMBAN: Sebuah kereta Perodua Kancil terputus dua dengan bahagian belakangnya diseret sebuah lori tangki kosong, hangus dalam kemalangan di Bukit Mantin, di Batu 7 Jalan Seremban-Mantin, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pemandu kereta yang dikenali sebagai Muhammad Mohd Rashid, 25, dari Kampung Batu 8, Mantin mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa terperosok ke bawah lori tangki berkenaan hingga menyebabkan bahagian depan kenderaan berat terbabit turut hangus.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kakitangan Jabatan Perangkaan Shah Alam, Selangor itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Seremban ke rumahnya di Mantin, manakala lori terbabit dari arah bertentangan.Aku rasa Allahyarham mungkin antara orang yang bertuah sebab ditakdirkan mati muda...bermakna kurang melakukan dosa. Agaknyalah...dosa pahala bukan bidang kuasa kita..dan ini hanya pendapat peribadi aku.
Sebut pasal mati, aku memang takut sangat. Sebab? Sikit sangat rasanya kebaikan & amalan aku nak dibawa ke 'sana' nanti. Bila nak berubah? Ntahlah!
Al-Fatihah.



No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.