
Namun perasaan simpati itu bertukar menjadi jeles bila aku terbaca sepotong hadis riwayat al-Hassan bin Safwan, Tabrani dan Ibnu As-Sahin dan Salamah menjelaskan tentang kelebihan yang diperolehi wanita yang mengandung, melahir, menyusu dan memelihara anaknya:
"Apakah redha hai golongan wanita bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil daripada suaminya yang telah menikahi dengan halal (menurut syariat Islam). Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia berasa sakit untuk melahirkan anaknya, maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu. Apabila telah lahir lalu disusui anak, bagi ibu itu setiap teguk dari susunya, Allah memberi dia pahala satu kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah."Maka ingatlah pesanan ini anak-anakku, sesungguhnya 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' kerana pengorbanan ibumu mengandung, melahir, menjaga dan mendidikmu memang melayakkan untuk ibumu mendapat penghormatan itu. Tapi ingat anakku, itu hanyalah perumpamaan. Janganlah kau mengada-ngada dan memandai-mandai untuk melihat dan meneropong tapak kaki ibumu, kau tak akan nampak syurga di situ. Sebenarnya ayah risau kau akan ternampak 'syurga ayahmu' kat area situ! Hohoho! Cukuplah aku melalut.
Kemungkinan bila-bila masa dalam dua tiga minggu lagi anak aku yang ketiga akan keluar melihat dunia (kalau jangkaan doktor tepat). Beg berisi barang kelengkapan untuk dibawa ke hospital telahpun disiapkan dan dah masuk dalam kereta. Isteri aku pun sudah mula bercuti seminggu, menghabiskan cuti-cuti yang tak boleh dibawa ke tahun depan... Tolong doakan mereka sihat serta selamat melahirkan dan dilahirkan. Terima kasih.
Hayati video ini...kita semua pernah berada di situ selama 9 bulan!
Pesan aku: Sesapa yang tergamak menderhaka kepada ibu yang bertarung nyawa melahirkan kau...memang celakalah hidup kau! Walaupun perangai mak kau macam celaka sekalipun (mungkin buang kau merata-rata masa kau lahir dulu)...cubalah jangan derhaka dan doalah yang baik-baik untuk ibu kau...OK
bersyukur kerana dilahirkan...
ReplyDeletewww.pengeRindu.com
...dan masih hidup sampai hari ni...
ReplyDelete