Pada 1981, Manchester United menewaskan Selangor 3-1.
Pada 1995, Manchester United menewaskan Selangor lagi 4-1.
Apasal ni asyik lawan Selangor je? Macam takde team lain kat Malaysia ni!
Manakala pada 2001, anak2 buah Sir Alex Ferguson membelasah Malaysia Bawah-23, 6-0! Huh, kalah teruk la pulak. Kalau macam ni baik hantar team Selangor je lah. Ahaks.
Kalau sesapa masih ingat, pada 2006 M.U turut dijadualkan datang ke Malaysia tapi terpaksa dibatalkan kerana pada tarikh yg sama Malaysia sibuk menjadi penganjur/tuan rumah bersama Piala Asia.
Pada tahun 2009 ni, Malaysia berpeluang menentang M.U dua kali, setelah satu lagi perlawanan M.U menentang Indonesia di Jakarta dibatalkan akibat insiden pengeboman. Keputusannya semua dah tau, cuma aku nak abadikan di blog ni aksi2 menarik perlawanan tu.
Layan video ni: Perlawanan pertama; 18 Julai 2009
Dalam dua perlawanan ni ada la nampak sikit semangat melawan pada pemain2 negara. Terima kasih juga pada pemain2 negara kerana berjaya bertahan dgn baik & cuma kalah tipis, walaupun hakikatnya M.U hanya bermain dengan 60-70% tahap sebenar mereka. Maka rakyat Malaysia keseluruhannya bolehlah rasa bangga sikit dan tidaklah 'besar kemaluan' masing2. Harap ini merupakan titik perubahan bolasepak Malaysia kerana rakyat Malaysia dah terlalu lama diberi harapan palsu. Apapun,gol pertama Amri Yahyah tu memang 'World Class'...
Komplen aku: Setiap kali team luar datang main kat Malaysia, mesti kondem pasal kualiti padang. Tak boleh ke orang kita tanam rumput elok2 sikit + sistem saliran yg lebih sempurna??? Ini tak, asal sepak bola je dgn rumput sekali terbang. Asal hujan je padang dah jadi sawah bendang! Susah2 sangat pakai rumput tiruan je lah!

No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.