Hari pertama, Ahad, 17 Dis;
pagi tu kami sekeluarga pergi melawat Bukit Tinggi Resort dulu. Jalan-jalan kat Colmar Tropicale (bandar ala-Perancis), Japanese Tea Village, Botanical Garden & Rabbit Park. Bayaran masuk ke semua tempat ni sekali bayar shj. RM 16 sekepala (dewasa) & RM 8 utk budak2.
sekitar Botanical Garden & Rabbit Park
Dulu pernah singgah ke sini tapi cuma di Rabbit Park shj. Kali ni repeat balik ronda semua sekali. Percutian di sini lebih kepada utk menikmati alam semulajadi dan sedikit permainan utk keseronokan budak2. Kalau nak hiburan & permainan utk mak bapak budak, sini bukan tempatnya, pergilah naik Genting. Petang, pendaftaran & check in hotel. Aktiviti bebas sampai malam.Hari kedua, Isnin, 18 Dis; mendengar taklimat dan sesi perbincangan dari pagi sampai ke petang. Anak bini aku lepak bilik je, keluar pun di sekitar hotel shj. Petang tu ada bawa anak aku si Aiman mandi kolam, tapi dia cuma bertahan tak sampai 5 minit je, airnya sejuk gila...ditambah pula dengan hembusan angin bukit yg sejuk, menggigil budak tu. Lepak kat gym pulak la, nak panaskan badan yg sejuk.
Hari ketiga, Selasa, 19 Dis; sebelum balik tengahari tu, kami satu rombongan sempat singgah buat lawatan ke Ladang Bunga Eksotik di Janda Baik. Lepas tu terus balik KL. Singgah di Sungai Buloh, shopping sikit barang2 keperluan terutamanya utk anak yg bakal lahir bila2 masa je ni. Biasalah, baru dapat gaji & bonus.
sekitar hotel & nurseri bunga Janda Baik





No comments :
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
namun jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen untuk memudahkan komunikasi... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.