AKU DAN LARI

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Mulai hujung tahun 2015, umur pun dah masuk kategori veteran... terasa nak mencuba sesuatu yang baru dengan berjinak-jinak menyertai acara larian sekali-sekala. Tujuan utama bukanlah nak menang, tapi sasarannya hanyalah nak sampai ke garisan penamat. Dengan berlari dapat juga mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif, meningkatkan stamina dan menguatkan otot. Kalau jogging sendiri-sendiri keliling taman pun bosan juga.

2013

26 Okt ~ StatsRun, 10km - 1jam : 30minit : 00saat

2015

17 Okt ~ StatsRun, 10km - 1:18:18
20 Dis ~ MyBuddies Run, 10km - 1:23:03

2016

17 Jan ~ Shah Alam Night Run, 21km -3:47:45
6 Mac ~ Bukit Jugra Trail Run, 8km - 1:21:00

2017

17 Dis ~ Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ke-3 Klang, 10km - 1:21:33

2018

18 Mac ~ BBR Trail Run 0.2 Challenge, Sg. Buaya, 15km - 2:48:00



Kebaikan Berlari / Jogging Pada Tubuh Badan


1. Jantung

Jogging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk menggalakkan otot jantung anda bekerja. Apabila anda kerap berjogging, aliran darah di dalam badan akan menjadi lebih baik dan secara tidak langsung akan merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok.


2. Berat Badan

Kepada yang ingin menjaga badan, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika anda jogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau lebih pantas.


3. Osteoporosis

Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia.


4. Mental

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jogging mampu meningkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Selain itu jogging juga mampu untuk mengurangkan simptom kemurungan.


5. Tidur

Jogging juga membantu anda untuk tidur awal dan lebih lena pada waktu malam. Ianya sangat bagus untuk pengidap imsonia.


6. Tekanan

Jogging dapat meningkatkan keupayaan anda untuk menangani tekanan dengan lebih teratur. Ia dapat mengurangkan tekanan kerja ataupun belajar.


7. Rasa Bahagia

Jogging mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin. Hormon ni diberi nama jolokan hormon kebahagiaan. 


8. Kerungsingan

Secara umumnya, mereka yang kerap jogging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda. 


9. Imunisasi

Jika anda seorang yang kerap jogging, anda akan mendapati anda jarang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Ini menunjukkan sistem imunisasi anda sangat kuat. 


10. Otak 

Semasa jogging, darah akan membawa oksigen ke otak. Ini menyebabkan otak mendapat bekalan oksigen dan nutrien lain yang mencukupi. Dengan itu segala kerja akan menjadi lebih produktif.


11. Kulit

Jogging akan merangsang pengaliran darah di dalam badan. Oleh itu pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit menjadi lebih halus.


Aktiviti berjogging perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapat kesan yang diharapkan. Selamat berjogging. 


.

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...