22 October, 2017

Pendakian Trans Gunung Gerah - Bieh - Bilah (GBB) - 4H3M

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18-21 Oktober 2017 (Rabu-Sabtu) - Ini log pendakian ke Gunung Gerah, Gunung Bieh & Gunung Bilah yang terletak dalam Hutan Simpan Belum di sempadan Perak-Kelantan, dengan 13 orang line-up: Sham Castello (Nature Explorer) sebagai Gogo/Guide, Syida@Acik Kantin, Nazry@Boss, Boy@Sweeper, Uncle Chris, Pokli, Sham, Izzu, Faizun, Najah, Sal, Hanna & Wani. Turut bersama adalah satu lagi kumpulan pendaki lain dari Green Outdoor Adventure (GOA) dalam jumlah yang sama.

INFO: 
~ Tempat permulaan trek pendakian adalah di Kg. Orang Asli Rantau, Grik; berdekatan Pos Kemar. Tempat permulaan yang sama untuk mendaki Gunung Ulu Sepat.
~ Gunung Gerah termasuk dalam kategori gunung G7-11, iaitu 4 gunung yang berketinggian menghampiri 7000 kaki atau melebihi 2100 meter, termasuk Gunung Irau, Benum dan Batu Putih. 4 gunung tersebut juga tambahan kepada 7 puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia atau G7... menyebabkannya digelar G7-11.
~ Ketinggian Gunung Gerah adalah 2103m / 6898 kaki dari paras laut, Gunung Bieh 2073m / 6800 kaki, manakala Gunung Bilah setinggi 2081m / 6830 kaki.
~ Trans Gerah-Bieh-Bilah adalah dalam kategori pendakian hardcore kerana jarak laluan pendakian yang jauh, maka perlu buat persediaan fizikal dan mental yang mantap.

HARI PERTAMA (RABU; 18 OKTOBER 2017)
~ Tarikh pendakian ni kebetulan serentak dengan waktu melawat Along di asrama. Ini kali pertama dalam tahun ni tak dapat melawat dia... tapi dia kata tak kisah... harap-harap dia ok.
~ Petang semalam lepas kerja terus bertolak ke Ipoh, tinggalkan anak bini di rumah mertua, kemudian terus bertolak ke Gerik.
1.00 am - tiba di Masjid Jamek Gerik..tidur-tidur ayam sementara menunggu subuh.
7.00 am - breakfast & tapau lunch.
8.30 am - tiba di Jeti Awam Tasik Banding, tunggu bot...
9.40 am - naik bot ke jeti Pos Kemar.
11.30 am - tiba di Pos Kemar, naik powil ke starting point Kg. Rantau.
12.15 pm - start hiking... laluan ada kesan-kesan gajah baru lalu.
3.20 pm - tiba di campsite Kem Sg. Y. 

HARI KEDUA (KHAMIS; 19 OKTOBER 2017 )
8.30 am - Gerak dari Kem Sg. Y menuju ke campsite Kem Perodua. Akan jumpa simpang ke Gunung Ulu Sepat.
10.40 am - tiba di puncak Bukit Bongok, trek sebelumnya agak landai, lepas puncak ni trek menurun makin curam... terbayang pewai masa nak balik nanti.
12.30 pm - tiba di Kem Sg. Agek; lunch & solat.
1.45 pm - Gerak, lalu Kg. Agek... kampung orang asli.
5.00 pm - selepas meredah hujan lebat,  tiba di campsite Kem Perodua.

 hari pertama & kedua

HARI KETIGA (JUMAAT; 20 OKTOBER 2017)
4.00 am - dari Kem Perodua, daypack ke puncak Gunung Gerah, Bieh & Bilah.
6.30 am - berhenti solat subuh
8.00 am - tiba di Kem Sarsi, take 5.
12.00 pm - tiba di puncak Gunung Gerah, lunch. Ada beirut di sini. Dari sini kelihatan puncak Gunung Chamah & Ulu Sepat.
12.50 pm - gerak ke puncak G.Bieh, treknya bermula dari puncak G.Gerah.
2.20 pm - tiba di puncak G.Bieh... solat. Cantik juga mossy forest di Bieh ni.
2.50 pm - gerak balik ke puncak G.Gerah.
3.50 pm - tiba di puncak G.Gerah, dah boleh bagitau orang aku dah 2x naik G.Gerah hihi... take5.
4.10 pm - ke simpang Gerah-Bilah untuk ke puncak G.Bilah. Kononnya 1/2 jam je dah boleh sampai puncak.
5.20 pm - jalan sejam lebih baru tiba di puncak G.Bilah... cis kena game. Apapun alhamdulillah berjaya sampai di ketiga-tiga puncak.
5.55 pm - balik ke simpang Gerah- Bilah.
7.05 pm - tiba di simpang Gerah- Bilah.
8.00 pm - tiba di False Peak Gerah... rehat 1/2 jam... ada yg masak maggi & milo panas. "dah tau balik malam kenapa tak bawak dapur?" "Saya budak baru belajar hiking bang!!!" Dahlah tengah pewai kena sound pulak.. huhu.
9.20 pm - tiba di Kem Sarsi, rehat 10 minit... teruskan perjalanan dengan longlai dan lemah gemalai.
1.00 am - selamat sampai di Kem Perodua. 21 jam hiking... pewai!!! Tengah malam berendam dalam sungai membersihkan diri, pekena maggi & air panas... hampir jam 3.00 am baru tidur.

 di puncak Gunung Gerah

 di puncak Gunung Bieh

di puncak Gunung Bilah

HARI KEEMPAT (SABTU; 21 OKTOBER 2017)
10.45 am- Semalam dah pewai dan tidur lewat, hari ni kemalasan. Agak lewat dari Kem Perodua nak gerak balik.
1.30 pm - singgah Kg. Agek serah lebihan ration kat orang asli.
2.00 pm - tiba di Kem Sg.Agek,  lunch & solat.
6.10 pm - selepas pewai mendaki Bukit Bongok, tiba di Kem Sg. Y... jumpa grup baru turun dari CUS camping di sini.
6.35 pm - teruskan perjalanan balik.
8.50 pm - selamat tiba di starting point Kg. Rantau... kalau tiba awal sepatutnya naik bot balik ke Jeti Awam Tasik Banding, tapi malam-malam bahaya naik bot, risiko tinggi langgar tunggul dalam tasik, maka terpaksa redha terkandas semalam lagi di sini.
9.30 pm - naik powil dibawa bermalam di Kuarters TNB Pos Kemar. Dijamu nasi lauk ikan gerut masak singgang, ikan pekasam & teh o panas... terbaik &  terima kasih ustaz yang juga pemandu bot.

HARI KELIMA (AHAD; 22 OKTOBER 2017)
8.00 am - naik bot dari jeti Pos Kemar.
10.00 am - tiba di Jeti Awam Tasik Banding. Penamat xpdc dengan melantak KFC di Gerik.

hari keempat & kelima

* Terima kasih kepada semua sahabat yang menemani sepanjang perjalanan. Maaf jika ada perbuatan/perkataan yang mengguris perasaan... niat hanya untuk gurauan semata. Jumpa lagi.


2 comments :

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...