30 September, 2017

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 28-30 September 2017, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 kali ke-12, yang merupakan penjenamaan semula Sukan Antara Zon (SAZ). Temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan & Selangor) dan telah diadakan di Pusat Latihan Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.

Acara-acara yang dipertandingkan: Bolasepak 9-Sebelah, Futsal lelaki, wanita dan veteran, acara balapan, Sorakan, Bola Tampar lelaki & wanita, Badminton, Ping Pong, Bola Jaring, Sepak Takraw, Tarik Tali lelaki dan Boling. Ditutup dengan acara dinner Malam Perangkaan.
Aku sepatutnya main untuk 2 acara; futsal veteran dan bolasepak padang 9-sebelah (ada 2 kuota pemain veteran). Malangnya ditimpa kecederaan pangkal paha (groin) masa main acara futsal... terus tak dapat main untuk acara bolasepak 9-sebelah.


Tapi kalau tak cedera pun memang dah tak larat rasanya nak main bolasepak padang lagi... lutut dah tak mampu nak menanggung tekanan permainan intensiti tinggi ni. Memang dah patut bersara le tu. SSK akan datang mungkin cuma boleh main futsal je la kot. 


20 September, 2017

Memancing di Kelong Kupang, Sabak Bernam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak mancing laut. Nak mancing atas bot dah tentu mabuk. Jadi pancing kat kelong pun jadi la. Lokasi dituju... Kelong Kupang Sabak Bernam. Naik dari jeti nelayan Kg. Banting... bukan kat Banting tapi kat area BNO Sabak Bernam.

Harga kalau ambik satu kelong RM400 untuk 24 jam, maksimum boleh masuk 8 orang je... lebih-lebih takut roboh. Bajet sorang  untuk kelong RM50 tak termasuk umpan. Kemudahan lengkap; bilik untuk tidur, tandas, dapur dan bekalan elektrik dari genset.


Umpan; sotong kurita hidup, udang hidup, udang lipan, udang & sotong pasar dan juga isi ikan.

Hasil; Seekor pari seberat 4kg++, Tetuka, Tetanda, Senangin, Kitang dan semestinya paling banyak gelama & ikan duri. Lepaslah nak buat lauk 2-3 hari, memang sedap makan ikan segar belum kena ais & ubat.


17 September, 2017

Sukan Tahunan MTI 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Sukan tahunan MTI. Nak tengok Along masuk acara apa la agaknya. Tengok fizikalnya yang chubby takkan la terpilih masuk lari 100 meter kot... hihi. Ya itu dia... masuk acara kawad kaki, sukaneka lari ikat kaki dan sepakan penalti. Walaupun tak menang kami tetap bangga dengan Along!


10 September, 2017

Jalan-jalan Melaka Wonderland

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Cuti sekolah. Masa sesuai untuk bawa anak-anak bercuti melegakan otak yang penat belajar. Destinasi ke Melaka Wonderland, Ayer Keroh bersama keluarga sebelah orang rumah.

Dah puas mandi-manda, menginap di Ar-Raudhoh Homestay di Pantai Puteri. Lokasi mengadap pantai, bilik agak luas dan selesa serta layanan terbaik dari tuan rumah.


Jalan-jalan cari makan pulak; ke Batu Berendam... dah tentu la pekena coconut shake & kuih keria gula melaka yang tengah tular sekarang ni. Dalam perjalanan balik pulak naik River Cruise dan singgah lunch kat Ikan Bakar Malim, MITC.


Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...