09 February, 2017

Catatan Pendakian Gunung Angsi via Bukit Putus & Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Februari 2017 (Khamis) - Cuti Hari Thaipusam. Plan mengejut berdua dengan Shahrul untuk mendaki Gunung Angsi, N.Sembilan. Sebelum ni pernah ikut trek dari Ulu Bendul, kali ni nak cuba trek dari Bukit Putus. Catatan ringkas je, dah malas nak tulis panjang-panjang.

9.50 am - Mula mendaki, kena bayar permit masuk hutan simpan RM5 seorang di pondok Jab.Perhutanan. Trek mula-mula agak mencanak, lepas tu trek agak landai dan santai. Kami pun jalan santai-santai juga. Trek jelas, insya Allah takkan sesat.
11.50 am - Sampai checkpoint Waterfall View, tapi takde pulak nampak waterfallnya.
12.20 pm - Sampai puncak, dah ramai pendaki lain yang sampai awal. Masak megi, lama tak pekena megi kat puncak.
1.30 pm - Lepas waktu zohor, mula bergerak turun.
2.40 pm - Sampai tempat permulaan.
3.00 pm - Mandi sungai menyucikan diri kat Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan solat.

Gunung Angsi

4.30 pm - Hari masih awal, bertolak ke Port Dickson, plan nak naik Bukit Batu Putih pulak.
5.30 pm - Sampai PD, pekena laksa di medan selera Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)
6.00 pm - Mula mendaki dari tempat permulaan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, betul-betul sebelah PNB Ilham Resort. Kena bayar RM1 seorang. Permulaan ikut jalan tar, kemudian masuk trek hutan sikit.  Ada dua pilihan trek di sebelah kanan jalan. Trek pertama akan lalu pantai seterusnya perlu mendaki bukit yang agak curam. Trek kedua jalan terus hingga nampak rumah api dan masuk simpang trek hutan tak jauh dari situ (ada marking).
6.30 pm - Sampai puncak Bukit Batu Putih... puncak kecik je, penuh dengan pendaki lain nak layan sunset.
7.00 pm - Sempat layan sunset kejap, lepas tu turun balik sebelum maghrib. Singgah Rumah Api Tanjung Tuan selfie2 kejap.
7.30 pm - Sampai di tempat permulaan.
8.30 pm - Singgah di R & R Seremban, mandi, solat & makan.

Bukit Batu Putih

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...