04 August, 2016

Alkisah Ramadhan & Syawal 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hari ni hari terakhir dalam bulan Syawal 1437H. Bersawang dah blog ni lama tak update... sibuk melampau campur malas sebenarnya... haha.

Ramadhan

~ Along (12 tahun) macam biasa berjaya berpuasa penuh tahun ni tanpa sebarang rungutan lapar dahaga. Angah (10 tahun) pulak berjaya berpuasa selama 29 hari, tertinggal sehari sebab sakit perut katanya. Aina (7 tahun) pulak baru belajar puasa setengah hari. Walaupun sering mengadu penat dan dahaga, dapat juga 10 hari puasa penuh. Waktu bangun sahur pun taklah susah sangat nak kejutkan mereka. 

~ Tahniah kepada Along, Angah dan Aina. Walaupun belum wajib berpuasa, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tiada sebarang unsur paksaan untuk mereka berpuasa... cuma menggunakan teknik pujukan, teknik melekakan dengan bawa ronda-ronda naik motor sebelum waktu berbuka dan juga menjanjikan sedikit ganjaran duit raya lebih sikit dari ayah dan ibunya ni.

~ Tahniah buat Along kerana berjaya mencapai azamnya tak nak tinggal solat terawih dan witir. Angah pulak dapat solat terawih 4 rakaat je lepas tu tidur kat belakang... penat le tu.


Syawal



~ Tahun ni giliran beraya di Pahang dulu. Balik kampung dua hari sebelum raya. Beraya sekitar Bera - Mentakab - Lanchang. Petang raya kedua, balik ke rumah kami di Sg Buloh... balik menjenguk kucing- kucing... si Oyen, Taro & Tompok.

~ Raya ketiga balik Ipoh pulak. Cuma beraya di sekitar Ipoh je. Memandangkan dah raya ke -3, ramai ipar duai yang tak sempat berjumpa... tapi masih tetap meriah. Owh... ada juga sambutan hari lahir untuk ahli keluarga yang lahir bulan Julai... terima kasihhh.

~ Alhamdulillah tahun ni tak terperangkap dalam trafik jem!

~ Birthday tahun ni jatuh dalam bulan Syawal. Terima kasih kepada semua sahabat yang mengucapselamat di FB & whatsapp... aku doakan semoga segala doa yang baik-baik yang sahabat semua doakan untuk aku akan berbalik kepada sahabat semua... agar kita semua sama-sama panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan paling penting hidup kita diberkati, dirahmati dan diredhai oleh-Nya... amiin.

~ Salam Aidilfitri, maaf zahir batin dari kami sekeluarga buat semua yang mengenali kami. Maaf atas segala keterlanjuran perkataan mahupun perbuatan. Mohon dihalalkan yang termakan dan terminum. Mohon dihalalkan segala hutang piutang jika ada.. (bab nak halalkan hutang ni payah la kot... haha)


1 comment :

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...