12 March, 2016

BoboiBoy The Movie

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Sebenarnya dah seminggu si Along & Angah ajak tengok BoboiBoy The Movie ni. Sepanjang minggu asyik bercerita kawan-kawan ramai yang dah tengok, dan sepanjang minggu juga asyik melukis gambar kartun BoboiBoy je... teruja betul tu. Akhirnya hari ni tunaikan juga permintaan anak-anak. Itupun jenuh nak beli tiket online sebab dah penuh orang tempah. Seat yang tinggal pun cuma dua barisan depan je... jenuh pulak mendongak nanti... Survey punya survey dapat juga seat bahagian atas sikit.


 ~ Jalan cerita dan kualiti animasi filem ni memang 'Terbaik'...bak kata BoboiBoy. Penuh aksi, kelakar, jalan cerita pun tersusun dan tak membosankan... sesuailah ditonton seisi keluarga. Lebih penting lagi anak-anak gembira.

~ Anggaplah juga ini hadiah untuk Along yang dapat keputusan 6A 2B dalam peperiksaan UPKK baru-baru ni... tahniah Along. Terbaik macam BoboiBoy.


No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...