25 October, 2015

Gebu selamat beranak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Semasa kami balik kampung dan mungkin sedang berseronok-seronok berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, rupa-rupanya si Gebu bertarung nyawa seekor diri di rumah melahirkan anak-anaknya tanpa kami di sisi... cheh.

~ Sampai je di rumah dari kampung, tak nampak pula kelibat Gebu menyambut kepulangan kami di muka pintu seperti selalu. Rupanya sedang sibuk menyusukan anak-anaknya sebanyak 3 ekor semuanya. Mujur juga kami dah sediakan kotak tempat Gebu nak beranak sebelum balik kampung.
 


~ Gebu seekor  kucing berwarna putih yang tak pernah keluar rumah, manakala kekasih gelapnya cuma seekor kucing jantan warna kelabu bernama Labu yang selalu masuk rumah tumpang makan... Yang peliknya, takde seekor pun anak-anaknya yang sama warna dengan Gebu. Maknya warna putih, bapaknya kelabu tapi anak-anaknya dua ekor warna coklat, dan seekor lagi kekuningan... heran...heran!


24 October, 2015

Berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Balik kampung menziarahi mak dan saudara mara, sempat singgah bawa anak-anak berkubang di Kubang Gajah Mini Waterpark, Temerloh. Taman air ni sebenarnya dah lebih setahun dibuka, tapi kami biasanya lalu je tak terlintas pulak nak singgah.

~ Lokasi berdekatan jambatan Temerloh dan bersebelahan Stadium Mini Temerloh. Nama je mini waterpark tapi agak besar juga kawasannya. Bayaran masuk pun boleh kata murah; RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun cuma RM8.

~ Mini waterpark ni hanya sesuai untuk kanak-kanak sebab kolam mandinya cetek je, golongan dewasa jadi tukang layan anak-anak boleh la.


~ Tak macam taman tema lain, di sini boleh bawa masuk makanan sendiri, berapa banyak nak bawa pun boleh tapi di dalam ni pun ada jual makanan.

~ Dari waterpark ni dibuka jam 9.00 pagi hingga masuk waktu zuhur, puaslah si Along, Angah dan Aina bersama Pokde dan acik Ijah mereka berendam dan main gelongsor sepuas-puasnya. Lain kali balik kampung nak datang sini lagi kata mereka.


17 October, 2015

Larian Statistik (StatsRun) 2015 - Putrajaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

StatsRun kembali lagi. Berlangsung di tempat yang sama di Putrajaya dan masih masuk acara yang sama, 10 km, cuma kategori upgrade sikit kepada Veteran seiring dengan peningkatan usia...


Kalau StatsRun 2013 dulu catatan masa 1 jam 30 minit, kali ni catatan masa turun sikit kepada 1 jam 18 minit 18 saat... ada peningkatan sikit sebab dah lebihkan sikit berlari dan kurangkan berjalan...haha. Juara kategori aku ni menamatkan larian dalam masa 38 minit je. Tak kisahlah tu, tujuan aku berlari cuma suka-suka je sambil mengekalkan kecergasan badan.



10 October, 2015

Hari Sukan Negara 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sementara Along berkayuh dalam acara Funride anjuran sekolahnya mengelilingi sekitar taman perumahan.....


... kami sekeluarga sekadar berjogging demi menyahut seruan amalan gaya hidup sihat sempena Hari Sukan Negara yang julung kali diadakan.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...