28 February, 2015

Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

~ Bila ahli keluarga atau orang yang dekat dengan kita mengidap penyakit kronik, barulah nak ambil tahu tentang penyakit tu... termasuklah aku.... huhu. Baru-baru ni semasa aku menghantar mak menjalani pemeriksaan di Hospital Temerloh, mak disahkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap 4, di mana fungsi buah pinggang cuma tinggal 30%, tapi belum perlu menjalani rawatan haemodialisis kecuali kalau dah sampai tahap 5. Semoga mak terus kuat menghadapi ujian penyakit ni. Harap-harap buah pinggang mak mampu terus bertahan tanpa perlu menjalani rawatan dialisis yang menyukarkan tu.

~ Sifat penyakit kronik, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.

~ Dah lupa fungsi buah pinggang? Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya. Di sini aku kongsikan info tentang penyakit ini untuk manfaat bersama.



PUNCA-PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG 
(Sumber: mauceriasokmo)

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.


CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.


Info tambahan: Ini info yang tersebar meluas dalam internet tentang cara mencuci buah pinggang cara mudah dan murah. Tak pasti keberkesanannya tapi tak salah mencuba kan? 

Cuci Buah Pinggang Dengan Hanya RM 1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini. Caranya mudah sahaja:

1. Beli seikat daun SUP
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba.


118 comments :

  1. Kenapa di bahagian belakang saya di bawah kiri asyik 'terkepak' dan sakit??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya sekadar berkongsi info... saya bukan pengamal perubatan maka tidak layak memberi nasihat perubatan...sila jumpa doktor...tq

      Delete
    2. Hi Ali,
      Ni daun soup biasa ke daun soup yg btg keras(daun sederi.
      Duin

      Delete
  2. bagus info ni, memang beberapa tanda ni suami saya alami, alhamdulillah dia dah oke dah..bacaan protein dah negatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah suami puan makin sembuh...

      Delete
    2. bagaimana ianya boleh pulih puan? ade tip2 yang berkesan boleh dikongsikan.

      Delete
    3. Suami saya kena buah pinggang bocor(nephrotic syndrom) ada saya kongsikan di sini ceritanya

      http://mohkitasihat.blogspot.my/2015/06/penapis-buah-pinggang-bocor-suamiku.html?m=1

      Delete
    4. Saya doakan ibu tuan juga kuat dan cepat sembuh Amin

      Delete
  3. adakah bengkak2 tu boleh merebak ke bahagian lain?

    ReplyDelete
  4. Pencerahan tentang kerap kencing pada waktu mlm tu.. kne bagi detail lg.. kalo dh mnum air byk sebelum tidor mmg la akn terjaga mlm nk kencing.. so kne betulkn mngikut situasi.. kang xpasal2 org ingt ade msalah buah pinggang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.kasih atas pencerahan... tapi kalau minum banyak air sblum tidur, paling kuat pun akan bangun kencing 1-2 kali, kalau lebih dari tu mungkin kena suspek juga buah pinggang ada masalah kot...

      Delete
  5. Thanks awak info.
    Semacam rasanya.
    Xkn lari dr sakit even fit mana pun badan.
    Again thnxs ya!

    :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kejora... kita cuba fitkan badan sbg ikhtiar mengurangkan risiko penyakit... tapi kebanyakan penyakit skrg berpunca dari makanan kita... mcm2 ada dlm mknan kita yg susah dielak

      Delete
  6. Terima kasih atas info ini, ibu saya baru sahaja mendapat keputusan dari Doktor yang beliau ada sakit buah pinggang tapi belum disahkan untuk menjalani rawatan dialisys. saya nak cuba buat air dari daun sup untuk mengubati sakitnya ini. Zaliza dari Melaka

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum....ayah saya mengalami kaki bengkak...tp ia surut...adakah ia tanda2 penyakit buah pinggang..

    ReplyDelete
  8. Salam...bolehkah beri gambar daun sup yang d maksudkan?

    ReplyDelete
  9. zaliza- sama2, selamat mencuba, smoga mujarab insya allah.
    zul- wsalam, mungkin, tapi utk lebih kepastian lebih baik buat pemeriksaan doktor
    anon- wsalam, sila google atau tanya penjual sayur kalau tak kenal daun sup ye..

    ReplyDelete
  10. Ada info yg sy dpt rebus daun ketumbar utk merawat kencing xlws atau brkenaan sakit pd buah pnggang..wallahualam

    ReplyDelete
  11. Syukur, alhamdulillah... satu info yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  12. Thanx di info yg sgt berguna.br dpt berita dr mak saya yg juga membuat pemeriksaan di hospital temerloh, dr saspek buah pinggang bocor.saya dlm proses mengumpulkn maklumat sbb xtau ape langkah seterusnye yg perlu diambil. Thanx again

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, semoga dipermudahkan segala urusan & smga ditemui jalan kesembuhan

      Delete
  13. Maaf sy ingin bertanya...dlm 3ke 4 hr ni sy mengalami sakit pinggang,bdn2 sy sakit2 seperti ketegangngan urat sakit di bahagian tulang belikat.bdn menjadi byk angin.pening2 kepala seta mata menjadi kabur.buang air kecil skang pn da xlawas kerap ke tandas sehingga xslesa di buat nye.g check hospital asyik dpt ubat angin n pening je..ape patut sy buat..mohon pencerahan..sgt buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya sekadar berkongsi info... saya bukan pengamal perubatan maka tidak layak memberi nasihat perubatan...sila jumpa doktor... kalau doktor bagi ubat yg sama je mungkin patut jumpa doktor/hospital lain... smoga menemui jalan kesembuhan.. tq

      Delete
    2. pergi ke klinik buat pemeriksaan urine utk buah pinggang...

      Delete
    3. terima kasih en.anon sudi berkongsi info

      Delete
    4. Saya pon dlm situasi yg sama dengan abng , doctor kata x ada pa2 cuma bagi ubat cuci air kencing . tapi saya sakit sgt di bahagian buah pinggang , terasa menyucuk mnyucuk

      Delete
  14. Sy hanya ade tanda2 sakit dbelakang??tu kira mcm mne

    ReplyDelete
  15. salam encik Ali, sekadar nak berkongsi..jika mahu ikhtiar untuk penyakit ini boleh hubungi saya di 0148222310.ramai dah berjaya alhamdulillah.namun semua adalah dengan izinnya.kita usaha,doa dan tawakal, insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam puan, insyaAllah, sesiapa yg nak berikhtiar sila hubungi puan juliana, terima kasih

      Delete
  16. Salam...smua...sye nk brkongsi sdikit, untuk pnyakit buah pinggang dh ad pnawar nye walau pon dh smpai thp 5,dn untuk pnyakit kronik lain pon ad ubat nye jika ingin kn rwtn sila hubungi WAN AISHAH 016-6590313, klo yg brada d mlaka dtg je d kipmart bachang,ad pusat rawatan kami d sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, t.kasih sudi berkongsi,kpd pesakit/waris pesakit buah pinggang bolehlah save no.hp di atas utk berikhtiar...

      Delete
  17. Perkongsian yg sgt menarik sekali.

    ReplyDelete
  18. Sakit buah pinggang ni, walaupun tak 'nampak' pada mata kasar, tapi tetap merbahaya. Makan minum semua kena kawal.

    pantang larang pesakit buah pinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pn. fatimah tony sudi share pantang larang... sesiapa yg sakit buah pinggang & nak berikhtiar dgn produk shaklee sila hubungi pn.fatimah..

      Delete
  19. Saya di sahkan ada batu krg dlm buah pinggang knn sejak thun lps.Hanya buat pengambilan ubt utk pecahkan batu, namun doktr kata buah pinggang skrg ada takungan air yg hrus dibuang.Skrg makin kerap sakit pinggang dn efek ke tulang blkng,simptom lain juga ada.bln dpn br mahu buat scan utk tahun ini.Lama juga tak ambil ubt fktor busy dgn kerja.Rs kali ni sudah melarat sakit.Terima ksh kongsi petua itu. - Byu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 byu, semoga kembali sembuh spt sediakala..

      Delete
  20. Salam...suami saya baru meninggal 3 minggu lepas akibat kegagalan buah pinggang. Beliau telah discan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis namun merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. sebelum ini mendiang suami memang bertemujanji darah tinggi dan kencing manis, namun x sangka penyakitnya sudah di tahap kronik. Rakan2 sekalian, cegahlah penyakit sebelum parah, dan kongsikan dengan keluarga apa2 pun keputusan pemeriksaan doktor. Saya masih terkejut dan sukar menerima pemergian suami yang saya sangka sihat2 belaka. Doakan saya dan anak2 (masih sekolah rendah) tabah mengharungi dugaan ini.- Puan Ida

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam takziah puan Ida, semoga puan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Harap kita semua ambil pengajaran dari pengalaman puan Ida ni...

      Delete
  21. Trima kasih atas perkongsiannyg bermanfaat..selain tu boleh amal makanan sunnah sprti minyak zaitun, madu lebah, dan jus delima untuk membantu pulihkan kesihatan..

    ReplyDelete
  22. salam..
    sy mengalami sakit cucuk2 di sblah kanan..atas pinggang.. dah sbulan lebih..1st klinik pergi buat check urine ada sikit tompokan darah dan kuman..then dr.suspek sy batu karang.. kemudian diberi ubat pecah b.krang..tapi kencing lawas.minggu kemudian sy ke klinik lain utk ultra sound.result nye tiada batu krang di hempedu,pinggang dan pundi kencing.. sy confius sekrg..huhu. darah semua normal..

    en.ad.. 30.male.thanks!

    ReplyDelete
  23. wsalam en.ad... mungkin kena check dgn dr.pakar pulak tu...

    ReplyDelete
  24. saya mengalami kencing tidak lawas selama seminggu dan bila berjumpa doktor doktor kate kencing sy xkotor sgt..kaki saya rasa bengkak n bila picit lekuk tu lambat naik..adakah itu tanda buah pinggang saya problem?

    Miss D.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih kongsi info. Sy mngalami masalah sakit pinggang belah kanan n blakang dah masuk hari ke 3, kencing xde masalah. X sakit, x pedih. Cuma Kadang2 warna jernih, Kadang2 wrna kuning PEKAT. Xda jugak masalah bengkak2. Sy mmg bermasalah bab minum air ni. Selalu lupa. Tp bila dh sakit pinggang gini, Baru rasa takut, Baru nak minum byk. Kdg2 wktu mlm pun sy minum dgn kuantiti yg byk. Sbbnya nak bg warna air kencing tu clear balik. Tp sakit pinggang nya x jugak surut. Dgn baca perkongsian blog2 mcm ni, Baru la rasa kesedaran pentingnya kena minum air putih, jaga kesihatan. Thanks jgk utk petua tu. Boleh Cuba, mana nak tahu rezeki nak baik semula

    -Pak abu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 pak abu... kalau xde masalah kencing, bengkak pun xde, mungkin salah urat kot, cuba jumpa tukang urut dulu kot... apapun mohon dijauhkan dari sakit buah pinggang ni...

      Delete
  26. Hi ..seperti yg awak kata kat sy ada rasa sakit di bahagian belakang dan tepi sebelah bawah pinggang .. rasa takut la pulak .. adakah ini tanda2 buah pinggang nk rosak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iswary, kalau ikut tanda2 awal no.9 tu, kemungkinan tu ada... utk lebih kepastian sila berjumpa doktor...

      9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

      Delete
  27. Assalamualaikum.. men 'drill' papan yg keras mmerlukan kekuatan tenaga yg trtumpu pd perut. Slepas prtukangangn itu, saya rsa sakit d bawah buah pinggan kanan.

    Keesokn nya, doktor bagi suntikan punggung, ubat tahan sakit dan ubat saraf. Namun rasa makin tak selesa. Seluruh pinggang rasa sakit hingga tulang belakang.

    4 hari saya tahan, kerap kencing pula dtg. Pergi jumpa doktor smula, d scan, jumpa batu karang.
    D bagi ubat pecah batu dn lawas kencing untuk 10 hari. Alhmdullah.. kencing dah lawas dn sakit da hilang.

    Tp, rsa tk selesa pd buah pinggang dtg smula slepas 3 hari rsa sihat.

    Soalan saya, siapa tahu boleh la info..
    1. Bolehkah persetubuhn mnyebabkn sakit buah pinggang?
    2. Bolehkah bersenam walau pinggang rasa tk selesa atau sakit? - mohsin

    ReplyDelete
  28. knpa kdua2 terletaknya buah pinggang saya trrasa sakit, nak batuk pun sakit.. knpa yee?

    ReplyDelete
  29. salam.. sayasendiri pernah mengalami seperti sakit di atas, saya bersukurkepada allah kerana sya telah berjumpa oleh dokter pakar sakit buah pinggang, suruh sya mengamalkan perubatan seperti yang tertera itu,hanayalah daun sup.tapi alhamdulillah, doktor telah mengesahkan buah pinggang saya normal seperti biasa..

    ReplyDelete
  30. Terima kasih..info berguna.

    ReplyDelete
  31. Sy mengalami ruam dan kegatalan serta keletihan dan baru ni rakan sy tegur sy nampak kurus.adakah ini simpton..mohon pendapat semua...

    ReplyDelete
  32. Salam...saya juga ingin berkongsi di sini

    Untuk amalan harian, boleh juga anda cuba minum air barli secara harian. Ia amat berkhasiat di mana selain membantu memelihara kesihatan buah pinggang, ia juga dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, melawaskan kencing dan membantu sistem penghadaman.

    Jika dah cuba nanti, boleh juga kongsi di sini jika ada apa-apa perubahan yang positif setelah anda mengamalkannya...Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, terima kasih sdra shamsul sudi berkongsi

      Delete
  33. Assalamualaikum...thanks pd yg memuat naik info tanda2 penyakit buah pinggang...bbrp petanda tersebut terdpt pd emak sy antaranya ialah :
    1)bengkak pd kedua2 tgn dan kaki
    2)kegatalan yang melampau
    3)berasa sgt sejuk hinggakan tgk air pun dh takut
    Jika benar itu petanda sakit buah pinggang,apa yg harus sy lakukan?pernah mendptkan rwtn di hospital...dktr hya bekalkan sejenis pil...yg mana ia membantu utk membuang air kecil dan Alhamdulillah slps mengambil ubat tersebut bengkak di kaki dan tgn surut.dan dktr nasihatkan kurgkan pengambilan air.cumanya setiap kali temujanji,darah akan diambik utk diuji namun tiada sbrg laporan diberikan kerana itu sehingga kini km tidak mengetahui penyakit sbnr emak.slps membaca artikel ini shj sy rs kemungkinan emak mengalami mslh buah pinggang...

    ReplyDelete
  34. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Sakit Buah Pinggang Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. saya selalu rasa sejuk pada bhagian kaki.. kadang2 time berdiri tumit kaki rase mcm kene cucuk... kencing pula kerap jugak..tp keluarnya sikit saja.. selera mkn berkurang.. bila tgk mknn mmg rse lapar.. tp bila dh mkn 2/3 suap saya rase xde selera dan rase nak muntah.. dulu saya aktif sukan.. skrg tak lagi sbb kaki saya lemah tak tau kenapa... ada masa tgh berjalan tetiba je jatuh... kebelakangan ni juga saya selalu sakit belakang.. bengkak pada bhgian badan tu kira mcm mana eh? Adakah ini tanda2 sakit buah pinggang? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    Wani,17

    ReplyDelete
  36. Salam, saya pun nak kongsikan satu petua tradisional menggunakan daun sup

    Ia merupakan kaedah rawatan pembersihan semulajadi yang terbaik untuk buah pinggang. Ia mampu ‘mencuci’ buah pinggang kita. Caranya adalah dengan merebus daun sup dan meminum air rebusan daun sup tersebut. Amalkan segelas setiap hari, insya Allah akan terlihat kesan perubahan kesihatan buah pinggang melalui pengumpulam garam dan racun yang keluar dari buah pinggang melalui air kencing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, memang dah dikongsikan dlm post ni tuan shamsul...t.kasih :)

      Delete
  37. Sakit buah pinggang awal, boleh cuba rebusan air akar lalang

    ReplyDelete
  38. Doktor kata elakkan guna gula sebaliknya guna Stevia kerana ianya pemanis semulajadi tanpa kalori. Nak Stevia boleh hubungi saya 0184074009

    ReplyDelete
  39. Salam. Ayah saya bengkak betis & kaki, susah buang air besar, sakit melampau di bahagian pinggang. Macamana nak ubatinya. Ada sesiapa tau tips utk kurangkan kesakitan.

    ReplyDelete
  40. salam...saya juga nak kongsikan masalah kesihatan sy kalau ada boleh berikan pendapat yang berguna...saya mmg takut nak jumpa dgn dr...maslah saya...sy kencing tak berapa lawas...walaupun sy minum air byk...tapi sy paksa juga buang air kencing....bila tido sy akan bangun 2 kali utk kencing...mungkin sebab siangnya sy minum byk air....setakat ini tiada bengkak apa2 di kaki atau tangan....cuma sy mmg selalu ngantuk...walaupun pada waktu pagi....sila bagi nasihat kat sy....

    aris

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum dan salam sejahtera
    Saya berkongsikan pengalaman saya bkenaan dgn pmasalahan buah pinggang. Kawan saya mengidap penyakit
    1. Kedua2 buah pinggangnya rosak pada tahap 4
    2. Batu karang
    3. Darah tinggi.
    Setelah dia minum air suling gaharu kayuragi kesemua masalah diatas hilang dan rasa sakit pinggang yg sebelum ini amat sukar utk mengerakkan badan kembali normal tidak sakit lagi.
    Baru2 nie kawan saya pergi medical check up amat mengejutkan kesemua penyakitnya telah hilang.
    Untuk keterangan lanjut air kayuragi boleh hubungi saya call/wsap 0163798687 hisham.

    ReplyDelete
  42. http://ruqyahquranicsolution.blogspot.my/2015/02/manfaat-kayu-gaharu-untuk-atasi-sihir.html?m=1

    ReplyDelete
  43. https://m.youtube.com/watch?v=OxzMnn6egPI

    Call / wsap 0163798677

    ReplyDelete
  44. https://m.youtube.com/watch?v=OxzMnn6egPI

    Call / wsap 0163798677

    ReplyDelete
  45. Masalah buah pinggang bocor ataupun rosak memang bahaya.
    Disebabkan lama kelamaan mungkin kena dialisis kan.
    Boleh dapatkan doktor untuk pemeriksaaan.
    Kalau ada alternatif boleh cuba kan..

    ReplyDelete
  46. Assalam . Saya nak kongsi beberapa pengalaman yg saya hadapi skrg ni, iaitu mak saya sndri. At least mak merasa skit lebih kurang 7 bulan yg lalu .. first mak sya rasa sakit di bahagian pinggang seblah kanan. Asal bergerak jak mesti rasa sakit n ada merasa mcm kejutan elektrik.. setelah mndpt skit itu . Mak sya x boleh berbaring di katil cuma hanya boleh tidur di kerusi dgn cra duduk sahaja.berapa bulan dia cuma tidur di kerusi itupun tidur x selesa.asyik terkena kejutan elektrik shaja. Dah byk tmpt sya bwk berubat semua tiada prubahan .. lma kelamaan mak tiada selera mkn, berat bdnya menurun, asal mkn mau muntah telan nasi pun x boleh. Ada 1 ary pergelangan kakinya bengkak.. dan skrg ni perut dibhgian samping merasa skit dan keras kerana susah mmbuang air kecil dan skrg mak sya x boleh bangun berjalan dan duduk hanya boleh berbaring tp terbatas prrgerakan kerana terlalu skit.. adakah itu semua tanda" masalah buah pinggang ?

    ReplyDelete
  47. T.kasih infonya..

    ReplyDelete
  48. as'salam,sy nak cerita sedikit pengalaman yg abg sy hadapi. Abg sy disahkan sakit buah pinggang semasa umur 22 tahun selepas tamat belajar. Masa tu hanya allah saje yg tau betapa sedihnya melihat abg sy yg dulu sgt aktif smpai abg sy tak bole terima hakikat. Punca abg sy kena buah pinggang kerana kerap makan panadol,minum air coke dan air tebu sewaktu zaman belajar. Buah pinggang abg sy dua2 rosak kini lebih 10 tahun abg sy buat dialisis.Mudah2an abg sy dipanjangkan umur :(

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Masalah buah pinggang ini bukanlah sesuatu masalah yang boleh dipandang remeh.Baca Tanda Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi Dan Cara Mengatasinya Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete
  50. Elok buat ujian darah dan air kencing untuk pastikan tahap kesihatan buah pinggang kita sekurang kurangnya setahun sekali

    ReplyDelete
  51. Kalau ada seaiapa yg bermasalah buah pinggang atau yg sudah hemodialisis....
    In Sha Allah dah ada penawarnya, tanpa makan ubat atau suntikan....dah ramai testimoninya...
    Sesiapa yg perlukan rawatan pencegahan dan penyembuhan sila hubungi whatsapp saya 0138593888...

    ReplyDelete
  52. Kaki saya Tak nampak bengkak...tapi bila solat..bila sujud Dan duduk takhiyat..kaki dan jari2 terasa keras sangat Dan sukar dibengkokkan .. adakah itu petanda bengkak...Dan saya sering rasa letih...simptom diabetes ker?

    ReplyDelete
  53. Pertama kali dengar tips daun sup ini. Terima kasih sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  55. Kesian tengok orang yang sakit buah pinggang ni..terpaksa buat dialisis setiap minggu. Jadi, jagalah kesihatan buah pinggang kita masing-masing ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... mencegah lebih baik dari mengubati

      Delete
  56. JUS HERBA JUTAWAN HERBS akan membantu anda merawat batu karang secara semulajadi daripada 100% HERBA ASLI

    - Jutawan Herbs adalah Pengeluar *Jus Herba* yang telah mengadunkan ramuan herba turun temurun *TANPA* bahan kimia tambahan.

    - Kami menetap kan hanya herba yang TERPILIH dan BERKUALITI sahaja untuk di adun menjadi *Jus Herba* khas untuk batu karang.

    - Jus herba ini terbukti berkesan MERAWAT batu karang dalam masa yang singkat

    - Tiada kesan sampingan yang menyakitkan

    - Jus Herba keluaran Jutawan Herbs bukan sekadar mengurangkan batu karang seperti herba keluaran lain yang ada di pasaran. Ia merawat dan menyembuhkan

    - Bagaimana ia nya dapat merawat?
    Dengan pengambilan jus herba secara tepat,ia mampu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.

    - Rawatan secara semulajadi dan TIDAK menyakit kan

    ๐Ÿ‘‰๐ŸผDisarankan pengambilan yang *konsisten* akan mempercepat kan lagi rawatan dan pemulihan secara total.

    ๐Ÿ“žUntuk pertanyaan dan ORDER boleh terus hubungi pengasas Jutawan Herbs

    *Encik Mohd Zuhairi*
    ๐Ÿ“ž 0174687570
    ๐Ÿ“ž 0174687570
    *WhatsApp dan SMS*

    INFO SILA LAYARI *JUSINFINITI.BLOGSPOT.COM* untuk testimoni lebih menarik

    ReplyDelete
  57. Info yang bermanfaat dan amat membantu. Terima kasih .
    -Mir

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama mir... segala yg baik dari Allah belaka...

      Delete
  58. Assalam Semua...

    Sesiapa pesakit buah pinggang yg memerlukan buah pinggang, saya sanggup menjual sebelah buah pinggang saya atas masalah kewangan saya. Saya sihat tubuh badan. tidak merokok. Darah B+. Saya berada di KL & Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya 011-1019 2098. Tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan tuan... dan semoga diberi jalan keluar dari masalah tanpa perlu jual buah pinggang..

      Delete
  59. Sy umur 22.dan tlah mngalami simptom2 buah pinggang bocor baru baru ni. Sekarang sy msih ikhtiar sblum mnjadi teruk.sy pilih vivix..sy harap dpat smbuhkan semula buah pinggang sy.nanti sy akn update lagi slepas appointnmen doktor kat sini sbb sy tgk blog sini aktif..doakan sy yer.. dan anda harus jaga buah pinggang anda baik2.

    Klau anda ada knl org yg dah sembuh boleh la pm sy untuk tambahkan semangat sy.
    0139737521-ws
    Alif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2lah kita doakan Alif kembali sembuh seperti sediakala... aamiin

      Delete
  60. Terima kasih atas info yang bermanfaat...

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  62. ๐Ÿ’Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
    ๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐Ÿ‘‰๐Ÿผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐Ÿ‘๐Ÿป

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
    *-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*

    7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐Ÿ’ช๐Ÿผ

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    ๐Ÿ‘๐ŸปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ

    *NOTE* :

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  63. saya ba ru saja disahkan penghidap penyakit buah pinggang......ia memangmenyakitkan...berpunca dr period yg kah apekah???...yg tak itulah...tp yg pasti pendarahan yg byk sehingga ketulan dr yg kluar dr kemaluan...sehingga sampai tempah untuk 3 bulan saa mengalami sukar hendak kencing...sakit sangat apabila sampai tahap diakhir pembuangan air kencing peringkat yg hujung....sampai terpaksa kehospital SGH,kuching,Sarawak...utk memudahkan saluran dr pundi kencing saya...pada masa itu...blum lagi dsahkan penghidap penyakit buah pingang 30.03.2019....setelah diCT Scan...sya disahkan...penghidap penyakit tersebut.......skrg cuma tggu untuk di radioterapy saja....darah masih lagi trus keluar dr pangkal rahim sehingga disah penghidap Kanser serviks.....???....saya musykil dengan penyakit kanser servik tapi kenapa tidak kaser saluran air kencing......????.......skrgmasih lagi sakit membuang air kencing dan mengalami gatal sangat2 dibahagian saluran kencing...bukan dipangkal rahim....

    ReplyDelete
  64. yes betul bahayalah sekarang ni..macam2 penyakit ada. tu lah makanan cheese lah viral lah..nih semua penyebabnya. sama-samalah kita menjaga kesihatan buah pinggang kita..

    ReplyDelete
  65. Perdamaian dan rahmat Allah menyertai kamu semua.
    Adakah anda mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda kerana masalah kewangan, sila hubungi kami hari ini, kami akan menawarkan anda jumlah yang sangat baik untuk buah pinggang anda. Kami pakar dalam pemindahan buah pinggang dan juga membeli dan menjual buah pinggang dengan penyumbang yang sama. Jika anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, sila hubungi kami melalui e-mel: sathyaspecialisthospital@onet.eu
    WhatsApp: 919902828861

    ReplyDelete
  66. Apakah Anda ingin membeli Ginjal atau ingin menjual ginjal Anda?
    Apakah Anda mencari peluang untuk menjual ginjal Anda untuk mendapatkan uang karena gangguan keuangan dan Anda tidak tahu apa yang harus dilakukan, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan kepada Anda sejumlah uang untuk Ginjal Anda. Nama saya Dokter Raymond seorang Ahli Nefrologi di rumah sakit klinik UBTH. Klinik kami mengkhususkan diri dalam Bedah Ginjal dan kami juga menangani pembelian dan transplantasi ginjal dengan donor yang hidup. Kami berlokasi di India, Turki, Nigeria, Amerika Serikat, Malaysia, dan Inggris. Jika Anda tertarik untuk menjual atau membeli ginjal, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui email. Email: drkennethraymond@gmail.com atau drkennethraymond@outlook.com (Adamfred24@gmail.com) whatsapp +17022133132


    kami menunggu tanggapan mendesak Anda

    drkennethr Salam Hormat


      Dr Raymond.

    ReplyDelete
  67. Selamat hari setiap orang,
    Jual buah pinggang dan Simpan nyawa dan dapatkan wang, saya doktor alex dengan nama a
    neughrogist
    dalam Pembelian Ginjal, Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk menyelamatkan nyawa?
    mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk harga yang baik supaya anda
    boleh membayar hutang anda? Ini adalah peluang untuk anda menjual buah pinggang anda
    600,000.00 $ dan ke atas. Semua penderma yang berminat perlu menghubungi pasukan kami
    maklumat lanjut melalui e-mel: dralexspeciallist@gmail.com Atau apa
    permohonan?
    +2348162029187 Pastikan anda tidak teragak-agak untuk menghubungi kami seperti yang kami kehendaki
    Pasti pastikan kami bekerjasama dengan anda dan juga Kami akan pastikan anda
    nikmati perniagaan dengan kami

    E-mel: dralexspeciallist@gmail.com

    ReplyDelete
  68. Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk wang? Hospital kami khusus dalam Pembedahan / pemindahan Buah Pinggang dan rawatan organ lain, akan segera memerlukan O + ve, A + ve dan B + ve buah pinggang penderma dengan atau tanpa pasport dan kami akan menawarkan anda jumlah tampan $ 1,000,000.00US dolar. Mana-mana orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel: apollohospitalonline@gmail.com

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum..sy nk kongsikan sedikit ..sesiapa yg telah menjalani ujian darah,dan dr sahkan buah pinggang spt bermasaalah dan perlu menjalani dialisis..cubalah berikhtiar minum air rebusan barli tanpa gula setiap hari dan minum air rebusan daun telinga kera(sila google) bersama kurma merah..insyaAllah..buah pinggang akan kembali normal,minum juga air rebusan daun pasley berselang seli dgn minuman ini..utk mencuci buah pinggang..,.dlm masa yg sama..elakkan mknn tinggi potasium dan protein...info ini dari sahabat sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alibukansetan18 July, 2019 17:15

      Waalaikumussalam, terima kasih en. anon sudi berkongsi info

      Delete
  70. Assalammulaikum, Saya mengalama masalah buah pinggang kedua2 belah di tahap 5. Sampai sekarang saya cuma ada petanda letih dan lesu saja dan masih belum buat dialisi. Saya buntu dan tidak tau tahu dimana lagi mahu mencari penawar. Terima kasih atas tips yg bagi.

    ReplyDelete
  71. Perdamaian dan rahmat Allah menyertai kamu semua.
    Adakah anda mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda kerana masalah kewangan, sila hubungi kami hari ini, kami akan menawarkan anda jumlah yang sangat baik untuk buah pinggang anda. Kami pakar dalam pemindahan buah pinggang dan juga membeli dan menjual buah pinggang dengan penyumbang yang sama. Jika anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, sila hubungi kami melalui e-mel: sathyaspecialisthospital@onet.eu
    WhatsApp: +917428564310

    ReplyDelete
  72. Adakah anda ingin membeli Buah Pinggang atau anda ingin menjual anda buah pinggang? Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk wang akibat krisis kewangan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan buat, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan sejumlah wang sebanyak $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya Doktor MOHAMMED adalah seorang ahli nefrologi di HOSPITAL FRANCISCO. Hospital kami khusus dalam Pembedahan Buah Pinggang dan kami juga berurusan membeli dan transplantasi buah pinggang dengan hidup penderma yang sepadan. Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai Jika anda berminat untuk menjual atau membeli buah pinggang, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui e-mel. E-mel: franciscohospital1988@gmail.com

    Selamat sejahtera

    DR MOHAMMED

    ReplyDelete
  73. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  74. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  75. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  76. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan, Jordan dll
    Sangat segera. B + ve, O + ve dan A + ve
    Whataspp: +917204719376
    Whataspp: +917204719376
    sunajkidneyfundation@gmail.com
    Dr Sunaj

    ReplyDelete
  77. Adakah anda mahu menjual buah pinggang anda untuk wang? Hospital kami (Appolo) adalah perlu keperluan untuk O + ve, A + ve dan B-penderma buah pinggang dengan atau tanpa pasport dan kami akan menawarkan sejumlah 5crore yang kacak. Mana-mana orang yang berminat Sila hubungi kami melalui email:apollohospitalonline@gmail.com
    Telefon whatapp: + 919108260840

    ReplyDelete
  78. Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda untuk wang? Hospital kami khusus dalam Pembedahan / pemindahan Buah Pinggang dan rawatan organ lain, akan segera memerlukan O, A dan B penderma buah pinggang dengan atau tanpa pasport dan kami akan menawarkan anda sejumlah besar $ 1000000. Mana-mana orang yang berminat perlu menghubungi kami melalui e-mel: apollohospitalonline@gmail.com
    Whatapp Telefon: 919108260840

    ReplyDelete
  79. Adakah anda ingin menjual buah pinggang anda, Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda kerana masalah kewangan, sila hubungi kami hari ini, Kami pakar dalam pemindahan buah pinggang dan juga membeli dan menjual buah pinggang dengan penderma yang sama. Jika anda berminat menjual atau membeli buah pinggang, sila hubungi kami melalui e-mel: sathyaspecialisthospital@onet.eu
    Whats App: 00919902828861

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...