31 January, 2014

Denggi menyerang lagi

11 tahun yang lalu - awekku pernah diserang demam denggi. Sepanjang 8 hari terlantar di wad,  aku sebagai pakwe yang bertanggungjawab (cheh!) setia menemani... Kesian pulak tengok penderitaan orang yang kena demam denggi ni... Demam dan sakit kepala yang teruk, sakit sendi, otot dan macam-macam lagi, kena masuk air berbotol-botol... hanya orang yang pernah mengalami saja yang tahu macam mana rasa azabnya penyakit yang boleh membawa maut ni.

aedes durjana.... gambar dari SINI
11 tahun kemudian - awek yang telah menjadi isteriku itu diserang demam denggi lagi. Tanda2 awal tak sedap badan mula dirasai ketika melawat  Farm in the City pada siangnya dan tengok bola di stadium pada malamnya. Mulanya ingatkan demam biasa, tapi selepas 3 hari demam makin teruk, terbaring je sepanjang hari. Pergi ke klinik check darah, terus rujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Keputusannya... sudahlah demam, ditambah pulak dengan tekanan darah rendah dah tentulah kena tahan di wad.


Sepanjang 3 hari 2 malam menginap di wad, aku sebagai suami dan ayah mithali lagi bertanggungjawab (cheh sekali lagi!) setia menguruskan rumahtangga serta makan pakai anak2. Malamnya pulak ke hospital bawa anak2 melawat ibunya bagi melepas rindu. Beberapa jenis petua mengatasi denggi yang orang suruh seperti... bagi minum air 100 Plus banyak2, masak sup ketam dan bagi minum jus daun betik... selagi benda tu munasabah semua aku ikhtiarkan demi kesembuhan isteri tersayang.

Hari ke-6 - Alhamdulillah, demam dah sembuh, tekanan darah dan sel platlet semakin meningkat walaupun belum mencapai paras normal. Kalau terus duduk hospital pun cuma diberi ubat dan masuk air je, minta kebenaran doktor untuk bawa balik. Walaupun agak keberatan, doktor benarkan juga dengan syarat kena buat ujian darah kat mana2 klinik dan update bacaan darah terkini kepada pihak hospital.

Lega!  Dapatlah teruskan perancangan yang telah dirancang sebulan sebelum ini untuk bawa mak, pak tiri dan adik2 bercuti di Cherating.


25 January, 2014

Hogoh Pahang Hogoh

Balik dari Farm in the City, singgah pulak di Stadium Selayang. Perlawanan Liga Super antara Pahang vs Sime Darby FC. Ini pertama kali kami sekeluarga menonton bola di stadium bersama. Sebelum ni cuma bawa si Along & Angah je.


Malam tu stadium dipenuhi penyokong Pahang, maklumlah pasukan Sime Darby yang berstatus kelab bukannya ada penyokong sangat. Sekelompok penyokongnya pun mungkin terdiri dari staff agaknya.

Apapun, setiap kali aku tengok bola kat stadium, keputusan sering berakhir dengan pasukan yang aku sokong kalah... Pahang kalah 0-1... arggghhh. Rasa macam tak nak pergi stadium lagi je! 

*Mungkin ramai yang tak tau maksud Hogoh tu. Hogoh maksudnya menggegar, menggoncang atau menggoyang sesuatu dengan kuat.  

Melawat Farm in the City, Seri Kembangan

Kebetulan ada urusan di Seri Kembangan... sempat bawa anak bini masuk Farm in the City... ladang di dalam bandar! Bagi golongan marhain macam aku, tergaru-garu kepala juga bila tengok harga tiket...


Tapi bila fikir balik, mungkin logiklah harga tu untuk tampung kos penjagaan haiwan-haiwan di sini. Masuk sajalah asalkan anak-anak gembira.

Berkonsepkan petting zoo, yang menariknya di sini, boleh kata semua haiwannya jinak-jinak belaka dan boleh dipegang oleh anak-anak. Kalau berani nak cium pun boleh. Ada aktiviti menunggang kuda pony, menangguk anak ikan dan memberi makan haiwan (makanan disediakan, mungkin dah termasuk dalam harga tiket).


Memang bagus tempat ni untuk mendidik anak-anak mengenal dan mencintai alam semulajadi khususnya alam haiwan. Masa nak keluar, semua pengunjung akan diberi sijil kehadiran. Untuk maklumat lanjut sila tengok FB Page Farm in the City.

15 January, 2014

Selamat datang Memey!

Di kala si Mebius bebas berkeliaran di luar rumah dan dah jarang-jarang nak balik kecuali tengah malam mengetuk pintu rumah bila lapar, keluarga kami menerima seekor ahli keluarga baru yang kami namakan Memey.

Anak kucing berwarna putih ini dipungut oleh bini aku... ditemui seekor diri sedang mengiau-ngiau mengekori orang yang lalu lalang berhampiran sebuah kedai runcit Acheh.

Memey... di belakang tu  si Mebius yang kebetulan balik makan
Tak susah pun nak mengajarnya membuang isi perut dalam bekas pasir yang kami sediakan. Ada la 4-5 kali kencing atas kain alas kaki... tapi lepas seminggu dah pandai... memang budak betina yang baik (good girl).. Betul ke baik? Memey laaa...

12 January, 2014

Trekking ke Air Terjun Lepoh, Ulu Langat

12 Januari 2014 (Ahad) - Pergi jungle trekking dengan beberapa rakan sepejabat  menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Bawa si Along & Angah sekali, biar budak-budak ni lebih lasak dan cintakan alam semulajadi.

8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.

9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Mula trekking melalui dusun buah, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang taklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Si Angah laju je kat depan, si Along pulak agak slow sebab badan dah makin berat... sampai termuntah dia sebab perut penuh nasi lemak... haha.


11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Angah yang dah sampai dulu dah siap terjun berendam dulu, tak sabar-sabar! Last2 dia yang naik dulu, menggigil kesejukan. Memang sejuk betul airnya. Along rilek je sebab simpanan lemak dia agak banyak. Penat mandi, makan bekalan yang disiapkan ibu mereka subuh2 tadi.

2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.


Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...