06 October, 2014

Salam Aidil Adha...Berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 Oktober 2014 (Ahad) ~ Salam Aidil Adha. Kami cuma mengorbankan diri dengan tak pulang ke kampung, sebaliknya cuma beraya di rumah sendiri. Selesai solat raya dan tolong melapah seekor lembu yang dikorbankan di kejiranan aku, melepak saja di rumah bersama keluarga.

6 Oktober 2014 (Isnin) ~ Cuti gantian sebab raya semalam jatuh hari ahad. Pagi tu kami merancang nak berkelah di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu. Masa pergi Bukit Kutu minggu lepas, ternampak satu port baik untuk berkelah sebab bebas dari pencemaran, insya Allah mintak dijauhkan dari virus kencing tikus. Airnya juga taklah terlalu dalam dan deras jadi sesuailah untuk budak-budak main air.


~ Untuk ke port ni perlu trekking kira-kira 1 km melalui trek yang agak landai, dua kali menyeberangi sungai menggunakan dua jambatan besi dan sekali lagi lintas sungai dengan meranduk air. Sebenarnya di sebelah bawah pun boleh berkelah, tapi biasanya ramai pengunjung dan banyak pulak sampah. 3.00 PM - cuaca mula mendung... masa untuk balik. Kira puaslah anak-anak mandi-manda dari pagi sampai petang.

3 comments :

  1. Sungai Pertak... memancing dapat ikan tak? Nampak macam best je ni...

    ReplyDelete
  2. mancing main2 je umpan roti... dpt anak tengas sekor pastu ikan taknak makan terus bebudak tu boring nk mancing dah hihi

    ReplyDelete
  3. info yang menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...