19 October, 2014

Mendaki Bukit Tabur East, Taman Melawati

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Oktober 2014 ~ Setelah mendaki Bukit Tabur West beberapa tahun lalu, kali ni nak mendaki Bukit Tabur East pulak bersama grup Putrajaya Adventure Team (PAT). Disertai agak ramai juga pendaki, kira-kira 30 orang, termasuk seorang anak kecil berumur 3 tahun++ . Ini catatan ringkas log pendakian pada hari tu:

INFO: 
~ Bukit Tabur dengan ketinggian 396 meter terletak di Taman Melawati, Gombak. Bukit yang membentuk rabung kuarza yang dikatakan terpanjang di dunia sepanjang lebih kurang 14 km ini berada dalam Hutan Simpan Hulu Gombak Tambahan 1 dan ianya boleh dilihat dari lebuhraya MRR2. Dari atas bukit boleh nampak pemandangan indah sekitar Ulu Kelang, bandaraya Kuala Lumpur, UIAM Gombak, lebuhraya Karak serta tasik Empangan Klang Gates.

~ Terdapat empat trek di Bukit Tabur: West (446 meter d.p.l), East (275 meter), Far-East (tiada info ketinggian buat masa ni) dan Extreme (396 meter). Di sesetengah tempat, treknya sangat berbahaya dengan laluan rabung sempit serta terpaksa memanjat tebing berbatu yang curam. Banyak kes kemalangan terjatuh gaung dan kematian terjadi di sini terutamanya di Tabur West. Tidak digalakkan mendaki ketika hujan kerana laluan akan menjadi licin dan berbahaya.

~ Walaupun ramai yang main redah je, Permit Memasuki Hutan Simpan sepatutnya perlulah diperolehi terlebih dahulu daripada Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dengan bayaran sebanyak RM5/seorang.

~ Dah malas pulak nak tulis, aku dah jumpa info yang lebih lengkap, sila ke SINI.

                                                           gambar dari kamera hp aku


LOG:
6.30 AM ~ Berkumpul di gerai nasi ayam dekat Balai Polis Tmn Melawati utk sarapan.

7.30 AM ~ Bergerak ke starting Point berdekatan pintu masuk Empangan Klang Gates.

8.30 AM ~ Memulakan pendakian secara santai. Berhati-hati dengan struktur batu yang agak longgar, ada batu-batu yang bergolek ke bawah, termasuk sebiji batu sebesar penumbuk yang kena tepat kat kepala aku...adehh... pening sekejap nasib baik tak pecah kepala. Di awal pendakian, trek Tabur East ni agak mencanak tapi taklah terlalu sukar berbanding Tabur West, cuma puncak terakhir yang menegak agak mencabar terutama bagi yang gayat. Kena panjat bergilir-gilir dengan sokongan tali .

11.30 AM ~ Sampai di puncak. Minum pagi berserta hotdog disediakan oleh Cif & krew.

1.00 PM ~ Mula turun. Agak lama menunggu giliran untuk menuruni puncak terakhir tadi seorang demi seorang. Balik ikut trek kebun dan keluar melalui Kg. Klang Gates.

2.30 PM ~ Sampai di parking. Makan nasi ayam di Taman Melawati sebelum bersurai.


                                     gambar yang dibelanja oleh kawan-kawan dan penganjur


~ Terima kasih kepada penganjur Putrajaya Adventure Team (PAT) kerana menganjurkan pendakian ini serta semua peserta yang bekerjasama menjayakan trip ni. Ramai sangat sampai tak sempat nak kenal semua. Jumpa lagi.

12 comments :

  1. Tuan, tahniah. Gambar last tu aku gayat nak tengok... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun dah gayat... inikan pulak aku yg berdiri tepi gaung tu... gigil lutut ooo... hehe

      Delete
  2. teringin nak daki gunung/bukit kat msia, tapi takde geng. bila dah jumpa geng yg handle trip, masa tu nak balik czech dah. setakat ni, pulun daki kat sini je. :D kadang2 ada kawan yg nak ikut, tapi ada yg taknak sbb tinggi sangat kata mereka. :) advantage hiking sini, route semua dah clear dah, siap ada penanda2, nak hiking sorang pun insyaAllah takde problem. :D jemput datang hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.kasih sudi jemput amanina.. yg berjiran dgn msia pun sy belum sampai... inikan pulak nk smpai ke czech nun hehe... bahaya tu dik hiking sorang2... kena terkam dek rimau czech naya je... ehh czech ada rimau ke?)

      skrg dah banyak grup yg buat hiking trip kt msia ni... cari je dlm fb...

      Delete
    2. hehe takde kot rimau. alhamdulillah setakat ni takde binatang bahaya pun. ada sekali jumpa ular kena gelek tapi tu pun panjang 2 jari hantu, :D

      yepp, dah jumpa few groups :D gunung online etc.

      Delete
    3. orait...dah jumpa group mungkin satu hari boleh gi hiking sama2... :)

      Delete
  3. bestnya...tapi tak boleh nak g panjat gunung ni..semput

    blog lama dah simpan dalam gobok..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer org semput panjat gunung... tapi kena bawak tong oksigen sekali la...hehe

      Delete
  4. Salam kenal..
    Terbaik tuan..pose membelakangi curam..thumbs up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga... t.kasih sudi singgah ke sini... :)
      walaupun gayat kena posing juga hihi..

      Delete
  5. Sy baru panjat Tabur east last week. Start naik 4 pagi. Naik 5 orang, start je tempat berbatu ada geng2 vateran hiking consist of 3 hikers join. Memang syok la. Sampai ke puncak dalam jam 5.15(lebih kurang) masa sampai ke puncak memang gelap gelita lagi. Alhamdulillah kami berjaya tengok sunrise di puncak. Bila nak start turun tu Hujan renyai2 turun. Trail turun terus jadi licin macam lubricant. Sampai je ke bawah ada amah indonesia yg kerja dekat rumah juta-juta kat situ jamu kami air teh. Heaven di puncak heaven juga dia bawah. Alhamdulillah tu ada perkara tak diingini/mistik berlaku(AmarOwen)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah selamat...dengar cerita kau je pun dah terasa heavennya amar... hihi

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...