23 February, 2014

Mendaki Bukit Kledang, Ipoh

Dah lebih 10 tahun bertemu jodoh dengan orang Ipoh, baru hari ni tergerak hati nak mendaki Bukit Kledang yang terletak di Menglembu, Ipoh. Bukit setinggi 800 meter (2640 kaki) ni adalah salah satu lokasi orang Ipoh beriadah. Sampai di kaki bukit 7.30 pagi, dah ramai orang rupanya. Dari peringkat warga emas, dewasa hinggalah budak-budak, kebanyakannya berbangsa cina. Sikap mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan dengan selalu bersenam patut kita contohi.

- Tanya kat sorang apek, katanya nak mendaki bukit ni ada 3-4 laluan. Tapi yang biasa orang buat adalah ikut jalan tar tapi agak jauh, atau ikut laluan bertangga yang lebih dekat. Nak yang lebih mencabar boleh ikut trek hutan. Jadi untuk pendakian solo pertama ni aku bercadang waktu naik nak ikut jalan tar dan balik nanti ikut tangga je.

- Sepanjang laluan jalan tar, terdapat banyak kemudahan seperti wakaf tempat rehat, tandas, kemudahan senaman, taman bunga dan ada juga air terjun kecik semulajadi. Ramai juga yang mendaki dengan basikal.

- Yang ramai-ramai tadi kebanyakannya mendaki sampai stesen seismologi je (rasanya tak sampai setengah perjalanan sampai ke puncak.) Sampai situ ramai yang lepak sambil buat senaman ringan, lepas tu turun balik.

- Puncak tertinggi di sini adalah puncak yang ada menara pemancar RTM. Selepas dua jam mendaki aku cuma mampu sampai menara pemancar TV3 je... jarak antara keduanya lebih kurang setengah jam mendaki je (kalau orang yang aku tanya tu tipu maka fakta yang aku bagi ni pun tipu jugak la).

nampak rendah je... tapi dari tempat gambar ni diambil nak ke menara TV3 tu
kena mendaki selama lebih kurang 45 minit lagi


- Balik ikut trek bertangga... aku macam biasalah bila turun bukit... tangkap lutut woo!


12 comments :

  1. Salam, nak tanye kalau kita mmg takde geng /kawan nak naik bukit kledang ni, disarankan pergi ke tak pergi ea? Kalau ramai org kat sana, teringin jugak nak follow diorg. ;)

    ReplyDelete
  2. wsalam amanina, setakat pertengahan bukit mmg ramai org terutama weekend...boleh je kalau nk naik solo... tapi selepas dari tu tak digalakkan sebab tak ramai yg naik & jln agak sunyi...

    ReplyDelete
  3. Yeahh..mmg best!!now tgh daki..sampai tower tv3 je kowt..lain kali la sampai ke tower rtm plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus.. nnti kita naik sesama... saya pun x pernah sampai tower rtm tu

      Delete
  4. Salam. Boleh naik ngan motor tak melalui jalan tar tuh?

    ReplyDelete
  5. Baru je semalam sampai kat tower rtm..ikut tangga..non stop ambik masa dlm 1jam 30 minit laa

    ReplyDelete
  6. Salam... Saya cadang nk pegi hari ni... Dengan xtido haaaa... Tawakkal ja. Hahaahah... Doakan saya berjaya smpai ke menara RTM.. ����������

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu ngantuk berenti tido dulu...
      gd luck bruno...yakin boleh...

      Delete
  7. salam,pukul berapa boleh start hiking dekat situ? Kitorang plan nak sampai atas before matahari naik huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam nurul amira, baru ni nk jenguk blog hihu... seeloknya awal pagi antara 7.00-7.30 dah boleh start hiking..

      Delete
    2. thanks! hehe we've been arrived there at 630am. Sempatlah tengok sunrise hehehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...