12 January, 2014

Trekking ke Air Terjun Lepoh, Ulu Langat

12 Januari 2014 (Ahad) - Pergi jungle trekking dengan beberapa rakan sepejabat  menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Bawa si Along & Angah sekali, biar budak-budak ni lebih lasak dan cintakan alam semulajadi.

8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.

9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Mula trekking melalui dusun buah, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang taklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Si Angah laju je kat depan, si Along pulak agak slow sebab badan dah makin berat... sampai termuntah dia sebab perut penuh nasi lemak... haha.


11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Angah yang dah sampai dulu dah siap terjun berendam dulu, tak sabar-sabar! Last2 dia yang naik dulu, menggigil kesejukan. Memang sejuk betul airnya. Along rilek je sebab simpanan lemak dia agak banyak. Penat mandi, makan bekalan yang disiapkan ibu mereka subuh2 tadi.

2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan trekking keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.


2 comments :

  1. assalam saya rozi nak tanya direction dari klang valley ke air terjun.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. wsalam rozi.... sila google direction dari rumah anda ke pekan batu 18 ulu langat... pastu terus ke depan lagi smpai jumpa simpang kampung Hulu Pangsoon yang terdapat papan tanda arah ke ASLI Adventure di sebelah kiri jalan raya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...