26 January, 2013

Singgah Lata Kinjang

Dalam perjalanan balik ke rumah mertua di Ipoh, tiba-tiba tergerak nak singgah berkelah di Lata Kinjang, Tapah. Sebenarnya Lata Kinjang ni memang terletak di tengah perjalanan setiap kali nak balik rumah mertua. Dah dekat 10 tahun kahwin baru ni tergerak nak singgah, padahal nak ke sana cuma 8 km dari jalan lama Ipoh-KL. Kalau dari hiway memang nampak jelas air terjun Lata Kinjang ni.


Malas nak cerita dah, biar gambar yang bercerita!

11 January, 2013

Angah dah sekolah

~ Rasanya baru bulan lepas Angah sambut harijadi yang ke-6 tahun, tiba-tiba dah sekolah Tahun 1 pulak. Oh lupa pulak, Angah kan lahir hujung tahun. Sama macam masa si Along nak masuk Tahun 1 dulu, kami laki bini masing-masing ambil cuti 2 hari untuk merasa nikmatnya menghantar anak masuk sekolah.... Nikmatnya tersangkut dalam trafik-jem, nikmatnya bersesak-sesak dengan para mak bapak mendengar taklimat pihak sekolah (sementara anak menduduki ujian diagnostik) dan nikmat juga beratur panjang membayar yuran dan mengambil buku teks...

~ Angah kemain semangat lagi nak sekolah, nasib baik tak susah sangat nak kejutkan dia pagi-pagi. Kejutkan 2-3 kali je terus bangun gi mandi dengan abangnya. Kat kelas pun tak perlu ditunggu lama-lama. Kami cuma tunggu dia sampai waktu rehat je sebab nak tunjukkan kantin sekolah. Kononnya nak ajar dia beli makanan kat kantin tapi malangnya kantin terlalu sesak dengan mak bapak budak lain, samalah tu nak ajar anak masing-masing beli makanan. Takpelah Tahun 1 ni Angah bawak bekal je lah ye. Lepas waktu rehat kami laki bini pun balik sebab Angah kata ayah dan ibu dah boleh balik... heh baguslah.


~ Sebelah petangnya hantar ke sekolah agama pulak. Waktu nak balik, muka Angah masam je... "kenapa lama sangat kena sekolah ni?"... tanya Angah. Penat le tu, maklumlah masa sekolah tadika tahun lepas masa belajarnya 3-4 jam je... Sabarlah Angah, lama-lama nanti biasalah tu.


SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN, ANGAH DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, ALONG (DAH TAHUN 3).

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...