08 April, 2013

Berkhemah di Santuari Ikan Sungai Chiling

6-7 April 2013 (Sabtu-Ahad) - Cubaan membuat pakatan tak rasmi untuk perkhemahan keluarga di Sungai Chiling sambil 'reunion' dengan beberapa sahabat lama sepergunungan tidak kesampaian. Mungkin sibuk dengan urusan masing-masing, hanya Wak Rashid sekeluarga yang berkelapangan untuk turut serta. Apadahal, dua keluarga berkhemah bersama pun dah cukup meriah.

~ Sungai Chilling ni terletak 14 km dari pekan Kuala Kubu Bharu, jalan menuju ke Fraser Hill. Lepas Empangan Sungai Selangor dan lepas satu jambatan kecik, nampak banyak kereta parking tepi jalan kira dah sampailah tu. Jalan masuknya melalui pintu gerbang tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tempat ni dibuka untuk pelawat hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari lain tutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.

~ Dari pintu masuk kena trekking lebih kurang 500 meter sampailah jumpa tapak perkhemahan yang cukup luas dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, wakaf dan kaunter pendaftaran. Tempat ni sekarang dijaga oleh Jabatan Perikanan. Dah lebih 10 tahun tak ke sini, nampak banyak perubahan bila tempat ni dimajukan. Bayaran masuk cuma RM 1 seorang.

ada peta takkan sesat kot...
banyak pantang larangnya tuu...

~ Tapi kalau nak berkhemah kena bayar deposit minimum RM 150 sekumpulan atau RM 10 seorang bagi kumpulan melebihi 15 orang. Tujuan dikenakan deposit adalah untuk menjaga kebersihan tapak perkhemahan. Kalau balik tinggalkan sampah bersepah maka hanguslah deposit jawabnya. Masa kami sampai selepas asar, ramai pelajar dari UPSI turut berkhemah di sini.

~ Dah siap pasang khemah, 'ground & fly sheet', lepaskan anak-anak yang dah tak sabar-sabar nak mandi sungai. Sungai di tapak perkhemahan ni memang jernih dan agak cetek, sesuai untuk budak-budak mandi. Banyak ikan kelah dan tengas berkeliaran dan akan mendekati kita kalau ditabur makanan. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran pada harga RM 2 sebungkus kecil, kalau bawa sendiri lagi menjimatkan sebab kalau anak-anak yang bagi, sekejap je habis makanan ikan tu ditaburnya. Ikan-ikan di sini bersaiz agak kecil, mungkin ada ikan saiz besar di lubuk-lubuk tertentu.

geramnya tengok ikan kelah ni.... rasa macam nak tebar jala je...
santai petang

~ Dilarang sama sekali memancing ikan di sini.  Kalau ada berani dan sanggup ambil risiko didenda atau penjara atau kedua-duanya sekali, silakan memancing tapi kalau kantoi jangan kata aku yang suruh. 10 tahun dulu masa tempat ni belum diwartakan sebagai santuari ikan kelah, aku pernah memancing kat air terjun tingkat ketiga paling atas. Meleleh air liur bila tengok sekumpulan besar ikan kelah dan tengas sebesar lengan tapi seekor pun tak menyangkut, mungkin sebab umpan tak sesuai (masa tu kalau tak silap aku pakai cengkerik je).

ada berani???

~ Menjelang maghrib hujan renyai-renyai mula turun dan kadang kala agak lebat. Tanpa dirancang kedua-dua keluarga berkongsi makanan seadanya. Menu malam ni nasi berlauk kari sardin, kari ayam, ayam BBQ, sosej dan sayur kubis masak kicap. Ahh, dalam hutan makan apa pun sedap. Kekenyangan melanda... malam pun masih muda, tapi hujan masih belum reda... apa lagi tidur le jawabnya... (ada unsur-unsur pantun di situ nampaknya).

santapan malam

~ Ahad, menu sarapan pagi ni agak mewah... nasi goreng, mi segera, sandwich dan roti john. Anak-anak terutamanya perlu makan banyak sebab hari ni akan banyak menggunakan tenaga nak mandi sungai sampai kecut. 


~ Kelihatan ramai yang mula trekking naik ke air terjun, memakan masa kira-kira 45 minit dan kena melintasi sungai 6 kali termasuk 1 jambatan gantung (sungai yang sama sebenarnya, cuma kena lintas banyak kali sebagai jalan pintas ke air terjun). Selepas 3.00 petang tak dibenarkan mendaki ke air terjun atas sebab-sebab keselamatan. Petang-petang selalu hujan, khabarnya di sini bila hujan sering berlaku kejadian kepala air, kalau terkandas atau dilanda kepala air buruk padahnya.

pandangan dari atas jambatan gantung berdekatan tapak perkhemahan
mandi la puas-puas...

~  Memandangkan aku bawa anak kecik, lain kali je lah aku trekking ke air terjun, tunggu anak-anak besar sikit. Lebih kurang jam 3.00 petang, elok-elok siap je berkemas nak balik, hujan turun... nasib baik sempat lipat khemah semua.

OK, cukup setakat ni... lepas ni nak camping di mana pulak?

 

14 comments :

  1. Trip yg marbelous...cun la Ali ok next planning kalau ada umur panjang kita gi lagi. ermmm rasanya macam nak pergi air terjun LATA BEREMBUN... nanti aku selidik tempat tu lama tak gi sana....

    ReplyDelete
  2. insya allah... tp lata berembun tu agak xtreme x boleh le nk bawak family... kita2 boleh le...

    ReplyDelete
  3. Salam bro

    Kereta kene park dekat luar tepi jalan tu je kan? Malam ok je kan?

    ReplyDelete
  4. Kereta kene park dekat luar tepi jalan tu je kan? Malam ok je kan?

    ReplyDelete
  5. wsalam bro..ye moses, kena park kt luar atas tnggungjawab sendiri.. tak jamin selamat la, tapi masa kami camping tu alhamdulillah ok je

    ReplyDelete
  6. Thanks Bro. Mungkin buat day trip dulu.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..kalau nk BBQ ada tempat disediakan ke

    ReplyDelete
  8. wsalam, boleh bbq di campsite, tapi pastikan jaga kebersihan & peralatan kena bawa sendiri...

    ReplyDelete
  9. salam, kalau camping tu time malam nak masak ada lampu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... ada lampu di beberapa tempat....

      Delete
  10. Tent have to prepare by self or I can tent it on there ?

    ReplyDelete
  11. low; khemah sila bawa & pasang sendiri... hanya tapak khemah disediakan..

    ReplyDelete
  12. boleh berkhemah di campsite yg disediakan shj... kat air terjun x boleh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...