30 June, 2012

Mini SUPES 2012

Mini Sukan Perangkaan Selangor 2012. Main futsal & karom berpasukan.


Acara futsal... rasanya masih boleh bersaing lagi... walaupun terpaksa guna knee-guard... balik rumah baru terasa azab sakitnya lutut.

Dalam acara karom single... agak teruja dapat menewaskan dua-dua otai macam dalam gambar atas tu...

Dua-dua acara jadi naib johan je!

29 June, 2012

Makan-makan ala Potluck

Sambutan harijadi kawan2 kat ofis aku dengan jamuan ala potluck... masing2 kena bawa juadah sendiri...


 Sebab dah ada yang bawa nasi himpit & kuah kacang, jadi aku bawa kuah lontong je... hasil air tangan aku dan orang rumah aku... eh air tangan aku pun ada? Ye la..air tangan tukang potong sayur & tempe je... hehe.

24 June, 2012

Picnic @ Ulu Kenas

Menghantar orang rumah & pak mertua  menghadiri mesyuarat agung tahunan koperasi kat Kuala Kangsar. Mesyuarat yg mesti pergi sebab elaun datang mesyuarat pun dah RM300. Kaya betui koperasi nih.


Mesyuaratnya dari pagi sampai ke tengahari, takkan aku & anak2 nak tunggu kat tempat mesyuarat.
Ada lagi bagus bawa anak2 pergi berkelah kat Hutan Lipur Ulu Kenas...tak jauh dari Kuala Kangsar... sambil makan durian tepi sungai... oh nikmatnya!

22 June, 2012

Apa dah jadi Along???

Ambil cuti sehari untuk menghadiri Hari Interaksi Bersama IbuBapa, Guru dan Murid kat sekolah anak aku yang sulung tu. Dalam bahasa senang nak pahamnya kena pergi ambil report card le tu... supaya dapat la berbincang sikit sebanyak perkembangan prestasi pelajaran anak dengan guru kelas.

bukan along punya
Pagi pergi sekolah agama... petang lepas solat Jumaat pergi sekolah kebangsaan pulak.

Keputusannya.... prestasi si Along agak merosot... mungkin sebab persaingan lebih sengit tahun ni selepas dinaikkan pangkat ke kelas yg lebih 'atas'... atau mungkin sebab banyak main-main...

Takpe... ayah takde le nak pressure sangat janji Along dah usaha... kita tengok result hujung tahun ni pulak... kalau teruk jugak siap la kau... (ehh tadi kata tak nak kasi pressure sangat???)

17 June, 2012

Kelong Greenway @ Pulau Ketam

16 Jun; Balik je dari kursus, join trip mancing la pulak kat Kelong Greenway, lokasinya berdekatan Pulau Ketam, Port Klang. Trip last minute ni cuma disertai 4 org... aku, Aie, Fais & Ashim.


Perjalanan Pergi :
Keluar dari rumah pukul 7.00 pg. menuju Port Klang. Singgah Pasar Jln.Meru beli umpan udang & sotong sikit. Sampai jeti Southport Port Klang, parking kereta kat situ kena bayar RM 3.00. Kawan2 pun belum sampai lagi, lepak minum dulu. Bila kawan2 sampai, diorang pun belum minum lagi...lepak minum lagi. Lagipun sebenarnya feri pertama dari Port Klang ke Pulau Ketam 8.45 am dah terlepas, terpaksalah tunggu feri kedua 9.30 am. Tambangnya RM7.00 sehala...

Dari Jeti Port Klang ke Jeti Pulau Ketam ke Kelong Greenway:
Perjalanan naik feri ke P.Ketam ambik masa dlm setengah jam je..ferinya laju gak..agak selesa macam feri gi Langkawi je... aircondnya pun sejuk giler. Sampai kat jeti P.Ketam, tunggu bot nak ke kelong pulak. Kali ni naik bot nelayan je yang dipandu sendiri oleh tauke kelong tu, Mr. Calvin. Dari jeti nak sampai ke kelong makan masa 15 minit..


Kelong Greenway : 10.45am; sampai je kat kelong terus si Calvin collect duit..satu kepala RM20 untuk memancing sampai pukul 4.00 ptg.. Kalau nak mancing semalaman siap dgn bilik kena bayar  RM60 sekepala.. kelong ni memang agak selesa tempatnya, lengkap semua kemudahan... ais pun disediakan.

Apa lagi..masing2 dah tak sabar2 memancing..yg dpt lesen memula si Aie..baru 10 minit letak joran, dapat  ikan merah je.... Lepas tu joran Ashim pulak ntah mcm mana boleh naikkan ketam pulak.. ni baru betul, mancing kat Pulau Ketam mesti la dpt ketam. Lepas tu suasana sunyi sepi je... joran aku pun tak diusik langsung. Tengahari pulak hujan lebat dlm setengah jam.

Lagipun air tak berapa cantik sgt, mungkin disebabkan kelong ini terapung di tengah2 kuala antara dua buah pulau menyebabkan arus di sini laju dari masa ke semasa. .air laut dah mcm air kat jeram, batu ladung no.10 pun boleh hanyut..aku try tambah batu no.8 dah jadi 18 dah ni, pun hanyut gak... Suasana sunyi sepi berterusan sampai ada yang terlelap atas buaian gantung yg disediakan... bosan le tu.

Pukul 3.00 ptg, baru le ada rasa ikan cuit umpan...karau punya karau memang rasa ada ikan ni.. last2 tersangkut pulak kat tali sauh... tarik punya tarik patah le pulak rod murah aku tu...adehh. Nasib baik ada spare sebatang lagi... lepas tu ada la si Fais & Aie naikkan 3-4 ekor ikan duri... aku & Ashim cuma meleleh air liur je... biasa le adat memancing... kali ni takde rezeki.


4.00 ptg; bersiap nak balik. Kali ni naik speed boat pulak lebih kurang 5 minit je dah sampai jeti P.Ketam. Sempat sembang dgn pemandu bot tu, dia kata ikan2 kat P.Ketam ni memang standard makan masa air surut je... waktu petang menjelang malam memang time ikan makan. Lain kali kalau nak mancing sini memang kena bermalam le  nampaknya. Sampai jeti P.Ketam, feri dah ada menunggu. 5.00 ptg sampai jeti Port Klang.

Perjalanan Balik :
Yg pasti semua tengah kebulur nasi.. mana taknya atas kelong makan kudap2 aje.. mana boleh tahan. Kitorang pun sepakat pergi makan kat medan selera kat Tanjung Harapan. Lepas tu lepak kejap kat Kolam Pancing Sea Lion, seronok gak tengok orang naikkan ikan2 besar macam siakap, jenahak, senangin, kerapu dll... tapi yg pasti kena sediakan wang besar jugak... RM75 utk 3 jam memancing... ada berani?


Trip Seterusnya :
Ishh... tak puas hati betul trip kali ni kumpau... ada masa sesuai nak repeat balik tempat ni... tapi nak bermalam pulak!!! Sapa nak join???

15 June, 2012

Cuti Sekolah Jun 2012

Huh, dah sebulan tak update blog ni... kononnya sibuk mengalahkan menteri.

Entri bergambar ni sekadar nak mencatat peristiwa2 yg terjadi sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun 2012 selama 2 minggu... semuanya dilonggokkan dalam 1 entri ini...


1-2 Jun (Jum-Sabtu); Pergi kenduri kahwin kat rumah kakak ipar kat Bangi. Selamat Pengantin Baru Wawa & Wan, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... 1 Jun juga bermakna aku & isteri pernah menjadi pengantin baru tapi peristiwa tu dah 9 tahun berlalu. Sila ucapkan 'happy anniversary' kpd aku & isteri.



4 Jun (Isnin);  cuti sekolah ni Along mintak nak duduk kampung ayahnya sampai hujung minggu ni... seronok le tu duduk kat kampung. Ambik cuti bawa anak-anak dan adik-adik sepupu mandi-manda kat Bukit Gambang Waterpark. Petangnya terus balik KL. Nampaknya minggu depan kena balik kampung lagi ambik Along.
 


9 Jun (Sabtu); Petang ada kejohanan bowling tertutup anjuran ofis aku. Disebabkan tak terrer lagipun main setahun sekali je, aku main sekadar untuk memeriahkan acara.... Tapi bini aku walaupun tak terrer juga, ntah macam mana tahun lepas bini aku termenjadi juara kategori wanita...rupanya ramai lagi yg tak terrer... kiranya dialah yg paling terrer di kalangan yg tak terrer tu...huhu. Tahun ni dia jatuh no.5 mungkin sebab yg tak terrer tu dah berlatih bersungguh-sungguh utk menterrerkan diri masing-masing gamaknya. Habis acara dah nak maghrib, terus balik kampung nak jemput Along balik.




10 Jun (Ahad); Hari ni hari terakhir cuti sekolah. Dari kampung, sempat singgah makan kenduri kahwin sahabat lama kat Gombak. Selamat pengantin baru Khairul Ikhsan & isterinya... semoga kekal bahagia hingga ke syurga....


Kalau lepak lama sikit mungkin boleh jumpa kawan-kawan lama. Tapi tak dapat nak lepak lama sikit sebab kena bergegas pergi kursus selama 3 hari kat Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai (naik kenderaan jabatan).Walaupun malas nak berkursus  tapi terpaksa pergi juga.

Tammat...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...