20 February, 2012

Berkhemah di Pantai Bagan Lalang

~ Ini aktiviti yg tak dirancang. Petang Sabtu...bosan tiada aktiviti. Tanya bini nak ke ke mana kita? "Dah lama tak pergi Bagan Lalang". Jom! Sebelum tu pastikan anak-anak siapkan kerja sekolah. Bawak la sekali khemah, toto & pakaian lebih... kita camping je la.

~ Kami sampai dah dekat pukul 6.00 petang. Cari port berkhemah dekat dgn tandas, surau dan medan selera. Nanti senang nak mandi, solat & melantak. Anak-anak terus bukak baju main kat pantai sampai senja, kecuali si Angah mandi sekejap je sebab katanya kesejukan rasa macam nak demam...pulak dah. Ayah & ibu mereka pulak bertungkus-lumus memasang khemah 6-man-tent yg dah bertahun tak diguna. Dah siap, bentangkan toto pulak... fuh memang luas, mewah dan selesa khemah ni. Kat sebelah kiri kanan ramai juga orang yg berkhemah... oklah tu meriah sikit.

~ Malam; lepas maghrib jalan-jalan cari makan kat kedai makan berdekatan khemah...seberang jalan je. Lepas tu lepak je kat khemah bersembang dan menyanyi anak beranak sambil menikmati unggun api dari jauh (budak-budak khemah sebelah punya). Pukul 11.00 mlm, semua dah ngantuk....penat le tu.


~ 1.30 pagi... terjaga bila rasa khemah bergoyang kuat ditiup angin yg agak kencang juga... macam nak hujan je. Ditambah pulak berkhemah bawah pokok rhu... deruan angin terdengar begitu kuat. Mungkin ada yg tak tau daun pokok rhu kalau ditiup angin akan menghasilkan bunyi 'rhuuuuuu'.... dari situlah pokok tu mendapat nama. Lepas tu hujan mula turun walaupun tak berapa lebat... apalagi.. sambung tidur la, anak-anak pun dah lena tak sedar apa dah.

~ Esoknya, sarapan roti canai beli kat gerai berdekatan. Lepas tu bagi peluang anak-anak berkubang lagi kat pantai. Aku cakap berkubang sebab pantainya agak berselut. Agak-agak matahari pun dah terik, bersiap dan berkemas untuk balik. Kalau dibiar lagi lama... rentung la anak-anak aku ni kena 'sunburn'.


.

16 February, 2012

Percutian di Kuala Selangor : Menyelami Dunia Haiwan

Salam Maulidur Rasul.

Cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul & Thaipusam. Sepatutnya kena datang kerja pada Sabtu & Isnin untuk mengerjakan kerja yang bertimbun, tapi aku datang hari Sabtu je sebab dah tak sanggup dikerjakan. Kebetulan ada bajet lebih sikit, ada lagi bagus aku bawa anak bini pergi bercuti. Ini kisah percutian kami di Kuala Selangor.

6 Februari 2012 (Isnin) 

~ Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Parit 9 Sekinchan, lebih kurang 30 km dari Kuala Selangor. Selepas Pekan Sekinchan cari Jalan Parit 9 sebelah kanan... merentasi kawasan sawah terus sampai hujung jumpa Jalan Terusan Utama. Kemudian belok kiri jumpa la restoran ni. Teringin nak menikmati makanan eksotik seperti landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk atau kancil dll, kat sinilah tempatnya selain satu lagi iaitu Restoran Selera Rimba yang agak jauh ke dalam. Namun hari tu cuma ada stok daging landak dan pelanduk shj. berharga RM120 sekilo. Dah namanya pun makanan eksotik memanglah mahal sebab bukan senang nak dapat. Tapi tak kisahlah sekali sekala berhabis sikit sekadar nak merasa.

~ Menu kami hari tu, daging landak (300 gram) masak rendang dan daging pelanduk (200 gram) masak kicap dimakan bersama nasi putih dan macam2 jenis ulam. Alhamdulillah memang sedap hingga menjilat jari walaupun bilnya bernilai RM80 tak begitu sedap untuk membayarnya. Hidangan lain yang ada (nasib le bergantung kepada stok) adalah seperti ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut dan udang galah. Kalau nak pastikan stok apa yang ada, sebelum datang call dulu 019-6108355 / 019-3934521. 



~ Kemudian kami berpatah balik ke Kuala Selangor lalu check in hotel bajet di pusat bandar Kuala Selangor, berharga RM 70 semalam, betul2 berhadapan pintu masuk naik ke Bukit Melawati. Chehh macam pelancong dari jauh je...padahal jarak dari rumah ke Kuala Selangor ni lebih kurang 40 km je...kui3.

~ Lepak sekejap di hotel. Lepas Asar pergi pasar Pasir Penambang. Sebelah pasar tu ada satu lorong kecik ke jeti untuk aktiviti 'eagle feeding'. Tak payah pergi Langkawi, kat Kuala Selangor ni pun ada. Harga boleh tahan... RM 25 satu kepala (dewasa) & RM 15 (kanak-kanak 3 tahun ke atas). Jangan risau jaket keselamatan disediakan termasuk saiz budak2.

~ Sampai di tempat yg dituju (tak berapa jauh pun dari jeti), pemandu bot akan mematikan enjin bot lalu mencampakkan sikit lemak & kulit ayam. Maka berterbanganlah helang2 menyambar di permukaan air, tapi agak takut2 untuk mendekati bot kerana jarak paling hampir pun lebih kurang 50 meter kot dari bot kami. Ada 3 jenis helang kat sini iaitu helang besar berwarna hitam putih, helang warna coklat dan helang warna coklat berkepala putih (helang winston)...ntahapa ke nama spesis yg sebenar aku pun tak pasti. Apahal pun anak-anaklah yg paling seronok dapat naik bot terutamanya si Along sebab dapat menyaksikan haiwan yang paling diminatinya...katanya la! Kalau berminat contact Johnson, 019-2639123 atau pergi je terus ke jeti, masa nak tengok helang adalah dari 4.00 pm -6.30 pm shj.



~ Dah pukul 6.00 pm lebih. Daging landak & pelanduk tengahari tadi mungkin telah selamat dihadamkan, sebab tiba2 kami terasa lapar. Masa untuk jalan-jalan cari makan. Cadang nak pergi Pantai Remis tapi dalam perjalanan ke sana ternampak satu tempat makan yg nampak macam best je kat Taman Merpati (tak berapa jauh dari simpang nak ke Bukit Rotan/KL).

~ Suasana kat kedai makan beratap nipah ZackTwoTen Corner ni agak mendamaikan sebab dipagari barisan pokok kelapa gading. Meja makan pun betul2 bawah pokok kelapa. Jadi kami pun pesan air kelapa 2 biji segar dari ladang, mee udang banjir (yg banjir cuma kuahnya, udangnya cuma 2 ekor), mee kari ketam (ketam kecik je), udang kertak (atau udang lipan) goreng, nasi goreng pattaya & lempeng kelapa dicicah dengan sambal tumis ikan bilis. Berselera pulak Angah pekena lempeng sampai kena order satu lagi sebab berebut dengan Aina. Semua yg dipesan rasa boleh tahan sedap la...bil semua sekali RM33. 



~ Lepas solat maghrib, apa lagi aktiviti nak dibuat ni? Alang-alang dah tidur sini, moh kita tengok kelip-kelip kat Kg Kuantan. Baru tau rupanya keajaiban kelip-kelip Kg. Kuantan ni dah terkenal seantero dunia sebab setibanya kami kat sana, berduyun-duyun pelancong mat saleh dan cuma beberapa kerat pelancong tempatan sedang beratur panjang menunggu giliran naik sampan. Sewa sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang dewasa) harganya RM40. Masa mulai senja hingga 11.00 malam.

~ Agak2 setengah jam jugalah kami beratur, nasib baik agak banyak sampan yg disediakan takde la lama sangat kena menunggu. Menarik juga dapat pengalaman baru menyusuri tebing sungai dalam gelap sambil menikmati cahaya kelip-kelip yg banyak hinggap kat pokok berembang, terutama buat anak-anak yg tak pernah tengok kelip-kelip. Cuma nak ambik gambar kelip-kelip payah sikitlah sebab kalau pakai flash nampak terang sangat sampai tak nampak cahaya kelip-kelip, lagipun memang tak dibenarkan pakai flash sebab kelip-kelip akan merajuk tak nak berkelip selama 5 minit. Itu kata brader pendayung sampan tu kalau dia tipu aku pun tipulah. Kalau tak pakai flash langsung tak nampak apa2 pulak. Mungkin kalau pakai kamera mahal bolehlah kot. Setakat kamera handphone macam kami ni rentikanlah. Cerita banyak pun tak guna, datanglah sini dan alamilah sendiri.




7 Februari 2012 (Selasa)

~ Bermalas-malasan di hotel. 10.00 am baru keluar dari hotel mencari sarapan. Pergi jauh sikit ke Tanjung Karang semata-mata nak mengecas bateri handphone dlm kereta. Pekena nasik lemak kat ntahapa ke nama restoran tu aku tak ingat.

~ Lepas sarapan, patah balik ke Kuala Selangor dan destinasi seterusnya yg kira wajib pergi kalau sampai Kuala Selangor ni iaitu Bukit Melawati. Pada hari biasa boleh bawa kereta sampai atas puncak bukit tapi pada hujung minggu dan cuti umum, pelawat kena naik trem yg disediakan kat kaki bukit. Tarikan utama ke sini pastilah kehadiran puluhan lotong jinak kat puncak bukit tu, menunggu pelawat beri makanan. Ehh rasa macam dah pernah cerita dulu kat SINI.


~ Tapi pastikan ada pakaian bersih untuk ditukar sebab bila-bila masa lotong ni akan memanjat badan kita macam dah kenal lama je. Almaklumlah lotong-lotong ni tak reti beristinjak jadi ada sisa-sisa najis kat punggung dan kaki mereka, kalau terkena baju dah tak boleh bawa solat.

~ Dari Bukit Melawati, kami bertolak ke Pantai Remis nak jalan-jalan cari makan. Ohh tidak... tersangkut pulak dalam kesesakan jalan sebab ada perarakan Thaipusam kat sini. Ingatkan kat Batu Caves je ada perarakan. Sampai Pantai Remis dah pukul 2.00 pm lebih, lepak sekejap ambil angin sambil menunggu Aina bangun tidur. Pantai ni tak berapa sesuai untuk mandi manda sebab berlumpur, setakat nak ambil angin, main layang2 dan memancing oklah.. Kat pantai ni jugak banyak gerai menjual segala jenis kerang, siput sedut, mentarang, lala, remis dan ntahapa jenis haiwan bercengkerang lagi.



~ Lepas tu lepak kat satu warung sambil pekena kerang bakar, sotong bakar dan udang bakar. Senang cerita semua menu kat sini yg bakar-bakar je... bakar sampai hampir rentung pun ada. Rasa biasa2 je, lain kali tak nak makan sini dah. Lepas makan hari hujan pulak, anak2 agak kecewa tak dapat main layang2. Lepas tapau 2 kg kerang bulu, kami pun balik ke rumah. Malam tak makan nasi dah... melantak kerang bulu rebus je. Itu je kisah percutian kami kali ni. Sekian terima kasih.

~ Sesuai dengan tajuk entri ni; Menyelami Dunia Haiwan, mari aku copy paste balik berapa banyak jenis haiwan yg disebut dalam entri ni: landak, rusa, kijang, napuh, pelanduk, kancil, ayam kampung, ayam hutan, burung wak-wak, burung puyuh, ikan puyu, sepat, baung, belut, udang galah, helang, remis, merpati, kelip-kelip, udang, udang kertak(udang lipan), ikan bilis, ketam, lotong, kerang, sotong, siput sedut, mentarang, lala... dan akhir sekali yg kami tapau iaitu kerang bulu.


Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...